Tuesday, February 28, 2012

Daging Rendang Asam

Untuk mama yang malas dan tak suka memasak macam aku ni...bulehla masak benda ni. Sangat simple senang mudah cepat sedap....Kalau balik lewat pun buleh start masak campur prep sekali. Start masak pukul 6.30 petang. Pukul 7 malam siap!

Bahan:
Daging
Asam jawa + campur semangkuk air
Bawang merah, putih
Garam, perasa, kiub stok daging
tu jer....

Cara-cara:
Tumis bawang sampai wangi, masuk daging dan air asam jawa. Masukkan garam dan perasa.
Renehkan sampai masak. Kalau nak kuah, biar berkuah. Kalau prefer kering, masak lama sikit.
Nak sedap, masukkan kiub stok daging...celery, sayur bak choy, brokoli, sweet peas...biar berkhasiat dalam satu hidangan...senang dan sesuai dengan aku yang tak suka berada di dapur.

Aku ni, goreng ayam pun takut...sebab ayam suka meletup...so bila goreng ayam, aku akan tutup dengan tudung...ha ha ha. Mak tak pernah ajar masak. Mak tak pernah suruh tolong...lepas kawin baru reti potong bawang, masak nasi, goreng ayam...anyway, i memang tak suka aktiviti berunsur makan...makan pun macam baju gak ada rentetan peristiwa yang panjang...petang ni masak ayam pulak. Mungkin masak ayam tomato.

No comments:

Post a Comment