Skip to main content

Gempa Bumi...!!!

Hari ini, 11 April 2012, pukul 4.50 petang....

Harini cuti tergempar disebabkan majlis pertabalan Agung baru di Malaysia. Bangunan Mara tutup so lepak rumah jelah. Copy & paste Hangul lesson. Nak print sebab senang nak belajar Hangul. Konon-konon lah tu.
Masa pukul 3 tidurkan si Adelina. Pastu turun bawah surf internet sambil paksa Adam buat homework. Dah habis homework, Adam buat robot kertas, then ambil gambar dia dengan karyanya. Tetiba terdengar si adik jaga dari tidur, naik atas...lepak atas pulak. 
Baring-baring atas tilam tu, terasa goyang ke kanan...goyang ke kiri, buka mata tengok adik diam jer tengok Tv. Tak terfikir pun gempa bumi. Teringat juga time tu, terasa macam ni juga pada tahun 2004 dulu...tetiba ayah naik atas, dia tanya rasa goyang tak? Ah sudah...terus angkat budak-budak terus keluar rumah...tengok jiran depan rumah pun bising-bising dalam bahasa tamil. Tak sempat nak tanya mereka rasa tak goyang sebab masing-masing sibuk. 
Buka FB...yelah semua friends pun rasa goyang...di mana gempa ni? Macam teruk...dulu kalau rasa goyang camnie....tsunami 2004 di Acheh...tak kan kot?
Cari berita TV, internet semua takde info. Cuma web gempa bumi jer ada tunjukkan ada gempa di Acheh...
Lewat sikit baru ada berita kat google TV, al-jazeera...local news pukul 7 malam baru update.

Dulu tahun 2004, takde FB. Berita lambat sampai. Malaysian people tak aware dan tak ambil kisah pasal gempa... Kalau rasa goyang...oh ingat pening kepala. Tsunami pun tak tau apenyer tue? 
Tahun 2004, aku dan hubby tinggal dalam kondo tingkat 18. Time gempa Acheh 9.1 tue, nampak air dalam toilet bowl goyang...lepas tu pi sambung tidur (time takde anak hidup simple). Pukul 12 semua sanak saudara tepon tanya you ok ker? Naper? Ada air pasang kat pantai...(I was on Penang island at that time)...It was a wake up call for everybody. Lepas tu, goyang sikit semua lari turun bangunan, keluar rumah...lari dari kawasan pantai...panik!!!

So far, takde berita memilukan dari sana. Semoga rakan-rakan di sana selamat...Amin.

Comments

Popular posts from this blog

I want IKEA kitchen...bahagian lima: Installation

Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni.
Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat kaki kabinet.
Sebab tu macam malas nak tulis. Excited dah kurang. Next entry will be the finale, Before & After.

So....lepas beli barang dan bayar apa yg perlu dibayar....maka baliklah kami ke Kulim....
Lepas 3 hari macam tu, depa mai....first trip, hubby check semua barang. Make sure check dengan amat teliti. Sebab barang hanya akan beza di item article number.... ada barang salah hantar ada barang takde dan kotak yg kami pack macam gila kat sana haritu depa tertinggal.....beribu gak nilai barang dalam 2 kotak tu. Barang yg tertinggal tu, ada orang mai ambil dan tukar pada hari berikutnya....customer service ikea memang tip top lah jangan risau kalau ada kes macam nie...

Hubby aku punyalah excited mula nak pasang kabinet malam tu juga....sampai tumpah kicap sebotol. Rumah tengah macam tongkang pecah. Aku dah pesan, simpan dulu botol tu nanti p…

Bagaimana hendak mendaftar & mencarum sebagai Majikan di KWSP

KWSP

Bila pekerja dah mula bekerja....maka barulah si Majikan boleh pergi mendafar. Kalau pekerja belum start kita dah terhegeh-hegeh...pegawai kwsp suruh balik dulu...hahaha. Takpe kalau pekerja dah bekerja banyak bulan so bila kita mendaftar, kwsp akan charge caruman tertunggaklah yg beberapa bulan tue.

Majikan walaupun ada satu pekerja, dan pekerja tu layak dicarum..kenalah mencarum. Kalau tidak, kut depa mai check di premis kan tak pasal2 kena denda. Macam mana nak tau pekerja tu layak mencarum ke tak? maka pi lah ke website jabatan tenaga kerja...ada maklumat.

Macam aku, aku tak de bajet. Aku upah part time jer...still kena sebab waktu bekerja lebih dari 14 jam seminggu.

So, samada korang download borang KWSP 1 di website KWSP tu atau walk in ke pejabat KWSP. Baca arahan...isi lengkap. So, siap hari itu juga akan dapat nombor pendaftaran majikan secara sms. Jangan lupa daftar i-account untuk memudahkan urusan pembayaran/semakan.

Nak mancarum pula macam mana? kalau pejabat kwsp de…

I want IKEA kitchen...bahagian enam: Siap!

Siap dah sebulan lepas....satu part tak pasang lagi. Plinth, ada masalah nak potong kayu. Biarlah nanti beli gergaji bulat tu baru boleh potong. Akhirnya siap 99%.
Kos SEMUA RM6588 (termasuk lantai kayu, electrical, piping, hood, meja, algot system dan aksesori) sahaja. Tunai. Tidak termasuk kos lori.
Yes, i love my new kitchen. I love my personal finishing touch and still touching up a lil bit here and there.
It suites us, a family of four.






Tu jelah...happy with the result.