Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya 2011

Masih packing, banyak nak pack...balik seminggu la katakan. 
Semalam Adam kena Flu Like Infection. Demam hi-fever 39-40 c. Risau sangat...Dia pun tidur jer sepanjang hari. Kesian anak mama. Selalunya aktif melompat, berlari dan memekik...selalu dimarahi tapi bila sakit dan berbaring...betapa aku rindukan pekikan dan lolongan yang menyakitkan telinga tu. Adam ni memang TAKNAK langsung ubat....semua ubat DR bagi akhirnya simpan je dalam peti. Alhamdulillah, dah sihat cuma dia asyik mengadu sakit perut pulak. Harap nothing serious with his stomach. Tapi kalau berlanjutan nak jumpak Dr jugak. Mana tahu kot appendices ke, hernia ke. Who knows. Nasib baik pakar kat Kulim Child Specialist ni memang bagus...setakat ni apa dia kata semua betul. Very reliable....

Semalam sempat lagi buat kueh peanut butter. Tu jelah kueh raya setakat ni. Tart nenas dan Peanut butter cookies. Samperit nanti beli kat Jitra. Nanti sampai Alor Setar baru buat cupcakes and cheese cake heaven,,,, 

Baju masih tak habis jahit manik...tak sempatlah. Esok siap kot. Terpaksa bawak balik bekas maniks...
Selamat Hari Raya....Maaf Zahir Batin... 

Tuesday, August 23, 2011

Adam's 4th Besday

Seharian sibuk di dapur lagi. Semalam adala buat cupcakes kononnya untuk celebrate birthday Adam. Tapi masa berbuka bila rasa....Ya Allah...sangatlah tidak sedap. Buang jelah sapa nak makan. Walaupun cuba rescue dengan siraman air gula, bebudak ni cuma makan topping jer. 

So, terpaksalah buat another cake today. Sebab kesuntukan masa, buat kek kukus je. Banyak kali juga buat experiment icing. Lastly baru jadi lepas sieve the icing sugar. Kalau pemalas memang tak jadi buat icing. Membazir jer nanti. Masuk tong.

Petang...masak untuk berbuka pulak...ayah sibuk harini. Cadangnya harini nak ke kedai. Petang just beli je kat bazar. Lagipun ni minggu akhir sebelum beraya, malas nak beli lauk basah dah...

Tapi sebab cupcakes disaster, kedai ditutup. Haripun gelap jer, macam nak hujan. Kedai tu, hari cerah pun customer jarang apatah lagi hari hujan. Bulan puasa memang tak de customer...Semoga customer akan ramai lepas raya ni. 

Stok pun kena up lepas raya. Kalau order sekarang susah lak nanti nak cuti raya lak. Apa-apapun tunggu lepas Raya baru nak buat semua benda.

Semoga Adam dipanjangkan umur, dijauhkan penyakit, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang taat serta menunaikan sembahyang. Mummy LOVES you!

Adam is 4 

Disastrous cupcakes

Cake for Adam

Monday, August 22, 2011

Tidur satu hari?

Ayah ni sakit ke? Harini dozz off je. Katanya sakit perut dek tak makan nasi semalam. Kalau tahu perut kong kenapa tak makan nasi? Sumbat jelah. Pastu harini dah...masuk angin pastu tak larat. Dah kena buka puasa lagi. Ayah ni asyik tak larat jer. Jealous tengok dia tidur seharian. Even sekarang pukl 12.03 am pun still tidur. Bila tanya dia kata tak larat...aku tanya balik tak larat buat apa? Tidur jer...ntah la kengkadang sungguh mengecewakan. Bab ni pun dah tambah lagi segala kekusutan di antara kami. Tak tahulah. Don't wanna think bout it.

Harini  sibuk bebeno...seharian kat dapur. Pagi-pagi dah start buat tart nenas. Guna resepi di belakang acuan jer. Ok...sedap dah taklah rapuh sangat macam guna resepi mentua. Tensen je sakit jari picit acuan tuh. Kalau sempat nak buat satu adunan lagi. cukuplah tuk raya tahun ni. Then buat cupcakes tuk celebrate besday Adam esok...nak buat choc cupcakes tapi cooking choc hilang? penat korek peti ais tapi still. Hairan juga haritu dah letak balik kat drawer sayuran bawah ni. Esok terpaksa gi beli nak buat topping cupcakes...

Okaylah, taktahu la rajin ke tak nak memunaikan tarawih malam ni. Bangun lewat ni. Nasib baik rumah dah cuci, sapu, dishes dah cuci...DAMN!!! lampin berpoopy....sahur nantilah cuci. Malas nak menyental tengah malam ni. 

Saturday, August 20, 2011

Nyaris terbabas lagi...

Harini ialah Ramadan ke-20 1432M/2011. Wah...cepat sungguh masa berlalu. Dah nak raya. I ni memang teruk bab bangun pagi-pagi. Kalau ayah tak gerak memang selamat la...tadi pun ayah sempat gerak lagi 15 minit nak habis waktu bersahur. Sebab semalam berbuka tak makan nasi so pagi ni kenalah makan nasi. Goreng telur sikit. Oklah tu. Harini tak tahu samada ayah nak gi soping baju raya ke tak...nanti I tanya. Maksudnya baju kurung dan melayu for my lil angels. Kalau ikutkan I memang tak beli baju tradisional sebab nanti memang tak akan pakai dah. Rugi je beli. I just order baju bebudak tu online jelah. Dress & T-shirt Mc Queen. Tu pun tak sampai lagi. Kalau harini tak sampai kena call check tengok. Dah lama ni. Patut sampai hari Khamis haritu. Kena korek email cari tracking numbernya.

Raya ni cuma nak cari selendang baru, kasut, blouse putih. Haritu ternampak kat Tesco tapi tak beli coz tak cukup budget. Tengoklah kalau sempat beli sebelum balik kampung...

Esok, buat tart nenas dan cupcakes untuk Adam's birthday. I decided to celebrate his birthday anyway. Simple pun celebrate on The Day. 22th August every year. Teringin sangat nak tempah ice cream cake Baskin Robin tapi jauh la plus I have no budjet la. So, korek-korek recipe cupcakes online dan frostingnya. Hopefully jadilah. Siang nanti nak pi kedai bakeri cari lilin, topi, belon....bagi meriah sikit.

Semalam tidur lambat la, buat terawih then baca buku anger management untuk parenting...Ya Allah, berilah kesabaran yang melimpah ruah untukku hari ni. Semalam dah visualization. Harap tak melenting harini. Amin. 

Friday, August 19, 2011

Surat untuk Adam - Happy Birthday ke- 7

22 Aug 2014

Assalamualaikum my son Adam! Selamat Hari Jadi yang ke-7. Wah! Dah besar anak teruna mama. Kek besar tak? Kalau mama ada, mama mesti masakkan kek harijadi coklat untuk Adam.
Macam mana sekolah? 
Tahu tak, mama awal-awal lagi dah daftarkan Adam masuk sekolah. Risau takut tak dapat tempat dekat dengan rumah...Kalau diikutkan mama, nak masukkan Adam ke sekolah Cina tapi Opah la pulak tak bagi... dia kata biar dekat dengan akhirat bukan dunia semata. 
Apa-apapun, mama gembira dengan keputusan untuk sekolahkan Adam di sekolah kebangsaan. 
Kalau diikutkan plan mama, Adam akan ada tutor bahasa Mandarin untuk pastikan Adam tak ketingalan di dalam aspek duniawi dan ikuti kelas bahasa Arab untuk akhirat...Semoga Adam buleh catch up dengan segala aktiviti yang mama aturkan...
Ikutkan plan mama, Adam akan masuk ke kelas piano juga bila Adam dah pandai tekan c,d,e,f,g,a,b,c...
Banyak sangat plan mama...mama harap mama dipanjangkan umur untuk berpeluang mengikuti zaman persekolahan Adam, hantar Adam pergi dan tunggu Adam balik sekolah, hantar Adam kelas Qiraati, kelas piano, tolong Adam buat homework, melukis, shopping as always....
Andaikata mama tiada, ikutlah cakap ayah okay? Memang ayah sibuk dengan kerja tapi dia sangat sayangkan Adam. 
Takde apa yang mama minta cuma harapkan Adam sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan & jadi good boy. Jaga Adelina tau.
Akhir kata, Happy Birthday anakku sayang...I love you.
Ini kek B'Day Adam yang ke-4

Surat untuk Adelina - Happy Birthday ke 2

Surat ini ditujukan khas untuk Adelina pada hari jadi adik yang kedua...5 Jan 2012 in case anything happened to me and i am not around anymore.

Adik ingatlah mama sayang sangat kat adik. Adik tau tak, mama selalu nak anak perempuan sebab mama nak namakan dia Adelina. Alhamdulillah yang Maha Esa kurniakan adik kepada mama. Mama happy sangat masa dapat tahu baby mama ni baby girl....happy sangat. Masa kandungkan Adelina, memang mama muntah-muntah sampai bulan ke empat. Satu kerja pun mama tak buleh buat. Dapur tunggang langgang, lantai kotor, rumah sepah...masuk tesco lah tak buleh ke bahagian basah. Nak muntah. Busuk giler...kesian abang Adam selalu kena marah time tu. Dekat-dekat due date, mama suruh ayah hantaq mama balik Alor Setar. Nak lahirkan di Kedah. Nak lahirkan dan disambut oleh doktor muslim. Biar dengar kalimah Allah bila keluar di dunia ni. Tulah harapan mama sebab abang Adam tak dapat semua tu dulu. Tak banyak Dr. muslim di Kedah...semua cina, india...dll. Dr. yang sambut adik tu namanya Dr. Annuar Husainy. Baik orangnya dan pak haji. Semua kawan mama rekomen dia. So, oklah, hari kelahiran adik, ayah tak sempat datang. Tapi mama ingat lagi dalam kabur tengok adik disambut dan dibaca kalimah Allah buat kali pertama, then...lelap. sedar-sedar ayah, opah dan abang Adam duduk disisi. Ayah ingat mama tak bersalin lagi...teruk betul ayah tu. Lepas bagitau dia ' dah beranaklah!' dia terus gegas nak tengok adik kat nursery...lawak la time tu. Mama ingat lagi muka ayah...ha ha ha.

Anyway, mama harap adik gembira membesar bersama mama di sisi adik. Mama sayang adik dan selalu doakan adik supaya menjadi hamba yang solehah...insan yang berguna di dunia akhirat. Love you.

My short fuse

2 years Later

Hi....alloooo,

Sudah 2 tahun berlalu since my last entry. Dulu selalu depress la sampai takde mood nak blogging. Rasanya I created another blog to express my feeling but already deleted the blog due to some depressing situation. Actually becoming a full time mom is very depressing and overwhelming. Leaving your job, it is fun at first but when there's no $$$ comin in, really tense la.

I pun dah adapt with my situation. Having another baby...chaos! kalut jugak hidup kami. At the end of the day, I am happy coz I have all the time in the world with my kids. (kengkadang really wish to be alone for a while).


Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...