Tensen, bukan sebab apa, geram. Aku tahulah...budak memang nangis. Cubalah angkat. Ni tak, kata dia berak nak salin lampin. Aku tengah nak email customer ni, dia duk push-push pastu ugut nak tutup internet. Tutuplah, aku ada internet sendiri sekarang! Lemasla, hantar email kalut-kalut pastu tengok-tengok tak berak pun? Mana tahinya? Satgi dia berak sungguh aku lempaq atas komputer dia kot. Dahla aku jaga sepanjang hari dan masa...24-7 non stop. Nak push aku lagi...cukuplah. Satgi aku pi cari kerja balik kot. Balik kul 10 malam padam muka. Geram la. Setakat jumpa anak petang-9.00 malam pun....bila fikir ni memang rasa cam no more kids. Kalau takde pembantu sorry. Aku penat jaga anak sorang-sorang. Demam/sakit/susu semua aku sorang. Biarlah, niat buat kerana Allah. Apa-apapun kita buat ni satu ibadah. Kerana Allah Insyallah Dia menghargai apa yang aku buat. Fikir cam tu tak lah stress sangat. At least ada yang memahami.
Malam ni lantaklah, aku takmo sapu sampah, kemas mainan, biar semua. Cuma basuh pinggan sebab aku tak suka dirty dishes.
Aku ni memang takde human contact. Adalah tapi cuma kejap-kejap la. Takdelah sembang rabung hari-hari. Sejak benti keje, memang no adult interaction. Bila bosan, call mak. La ni, duk cakap dengan Adam sebab nak bagi dia buleh bercakap. Kalau dulu asyik marah jer. Mana nak bercakap budak tu. So, tempat aku bercakap ialah si ayah. Tapi ayah cam bosan dengar aku cakap...sebab aku asyik cakap pasal nak beli....
ish, nak beli ni...nak beli nu...and pasal anak-anak di rumah. Maybe dia bosan. Dia selalu cakap taknak la cakap dengan you nie. Asyik cakap pasal nak beli saja...
Habis aku asyik fikir tu jer. Apa yang boleh aku buat lagi? Selain uruskan bisnes yang tak berkembang tu, aku teringin nak beli ni...beli nu...adik tu rantai gelang takde beli...Anak-anakku, doakan bisnes mama cepatlah maju. Dah 3 tahun dah, still dapat sale, beli stok, dapat sale, beli stok....mana untung? Kadang-kadang rasa fed up dengan biz yang asyik macam tu. Tak tahulah apa nasibku. Apa yang tertulis untukku di masa hadapan. Semoga yang baik-baik harapnya. Semoga esok lebih ceria dan bermakna.
No comments:
Post a Comment