Harinikan, balik awal...kul 3.30pm dah tutup kedai...maaflah sapa-sapa yang order petang ni terpaksa dipos esok.
Sebabnya...
1. nak pi pos barang
2. nak hujan...kalau dah hujan payah nak masuk kereta dengan budak-budak 2 orang. dah terpaksa tunggu hujan reda.
3. Ingat nak masukkan barang baru dalam website.
4. malas...lagipun kat situ takde customer datang.
Pagi tadi sempat lagi pi Kulim Landmark...nak cari bra baru. Maklumlah dah bebas ni...bolehla pakai bra yang comel pulak...nak cari kasut tak sempat pulak dah, tengok jam dah kul 11 pagi. Nak kena masuk Giant beli barang sikit...
Malam ni ajak ayah gi Tesco lak, nak beli phone baru...phone aku RM200 saja. Semata-mata phone. Takde fungsi lain...phone CSL bodoh yang aku ada lani...hampeh. Susah nak sms.
Sebenaqnya nak tulis pasal pianoku...nilah dia he he he...
TADAAAA!!!!! |
Murah jer, masa beli haritu harga dia RM99 kot. Lani dah RM127.00 kat Giant Kulim. Bolehla nak praktis lagu-lagu. Cita-cita nak main lagu winter sonata, tapi bila try...mak aih payahnya.
Untuk pengetahuan, aku pernah belajar piano/organ masa kecil dulu tapi pembelajaran terhenti disebabkan masalah keluarga....( i am not coming from a happy family ). So, memang teringin sangat nak belajar balik, tapi takde masa dan piano. Kalau nak main kena ada piano kan? Aku lak malas nak pi masuk kelas ke hapa. Takde masa untuk tu...kena bayaq yuran pulak. So, I refresh online jer...bolehlah. Sekarang ni semua maklumat ada online. Aku pun dah ada masa untuk main. Note pun online...aku dah buleh main 3 piece iaitu, Canon in D, The Entertainer dan Fur Elise. Aku main yang level 5 intermediate. Kalau main yang bawah, terasa senang sangat...(chewah). Tapi kalau baru start kena main from level 1. Ni link tuk musical note...sekali buleh dengar piece nya.---> makingmusicfun
Bila main, rasa cam .... happy....my own sweet time.
Kena minat la. Kalau tak minat nanti jadi hot hot chicken poo...
Kena rajin praktis juga...sambil masak buleh duduk main juga...
My own sweet time... :)