lama tak tulis...
sejak pencerobohan sulu...
sebenaqnya sedikit sibuk, dengan anak transfer tadika baru, bisnes, home re-decoration...memang full lah time. Insyallah nanti i buh pola baju dress Wendy yg jadi kegilaan anak dara i. dia ni nak pakai dress princess saja...tidur malam pun ber dress...
Sebenarnya terasa syukur sangat pada Allah yang maha esa. Kerna rezeki yg dicurahkan. Cukup buat kami. Tak berlebih tapi cukup...rasa macam...jalan yg kupilih ini sangat aku suka...aku enjoy...enjoy sangat dengan bisnes aku dan kehidupanku ini. Alhamdulillah.
Hubby pun dah percaya dengan bisnes aku ni. Dia pun nak melabur $$$ untuk ku kembangkan. Maklumlah kami kan tak amik pinjaman...Sebelum ni duk sembang-sembang dengan hubby pasal rumah kedai, aku ajaklah dia duduk di rumah kedai sebab senanglah kan boleh biz sampai malam...tak pelulah terkejar balik rumah...tengok orang cina, komitment dalam perniagaan macam mana? depa sanggup duduk dalam gudang perabot beramai-ramai demi biz depa...
Tapi hubby aku kata takde gate kang orang pecah keter plak...betui gaklah...tapi kalau tengok tokey cina memang depa berniaga kat bawah, tinggal kat atas...
Insyallah nanti cukup duit aku beli satu rumah kedai buat second home. Kat Kulim ni adalah rumah kedai konsep duduk situ...taktaulah dalam macam mana tapi ada area parking kereta gated lah for security....
Pasal Adam plak, so far dah 2 minggu kat tadika baru. Dah pesan kat cikgu, kalau dia taknak buat kerja dalam kelas, biarkan ajer, nanti kami habiskan kat rumah...Adam ni moody, kalau ok cerialah dia, kalau tak, muncung sepagi. Dalam kelas taknak buat apa-apa pun.
Taktaulah nanti masuk sekolah camner. Cikgu kat sekolah mesti lagi teruk dari ustazah haritu...okeylah tak semua teruk but i alaways prepare for the worst... tak perlu tengok tempat lain, member fb berlambak jadi cikgu sekolah...perangai asyik komplen pasal job ajer...macam tak care ajer....macam meluat ajer....asyik nak cuti pastu lepas cuti semua sedih nak balik ngajar...
Setakat tadika bolehlah nak tukar2 tapi kalau dah sekolah larat nak layan? Semoga dapat cikgu caring...
da...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
memang org Cina beniaga macam tu..terai baca buku 'Syed Mokthtar Albukhary: A biography'. Dia pun duk atas umah kedai 10 tahun. (Org Kedah yg wat masjid albukhary, la ni dh jd tansri). T bukan nak iklan buku ni..tapi t rasa buku ni baguih utk org beniaga baca esp. org melayu. Rega pun tak mahai RM20 t beli kat tesco. Nipis saja..baca sat saja dah abih.
ReplyDelete