Tuesday, November 26, 2013

Refashion old shirt


Yep,...dah lama nak tulis pasal ni tapi ada masalah dengan mood. I m not in a very good emotional state last week...
Akhirnya aku buat keputusan untuk self teach my son. Thinking bout sending him to reading class, they have been teaching him for one year using bacalah anakku method without success why would i trust them to teach him reading in one month? Honestly i ajaq sendiri, english, buku 3 dah nak habis. BM buku 2 dah...plus worksheets i diy and print from the net which i will post later lah. Now i know where he's at and what to focus.

Ok baju....i buat fesyen 'peasant' iaitu fesyen 'jerut' yang sangat senang. Sebab tak perlu jahit butang/zip. Bubuh getah jer...serius dah banyak buat untuk anakku si Adel.

Untuk template, sila jengah ke blog Jamie. Download PDF file dan print. Banyak sangat tutorial dia....kalau banyak masa boleh buat banyak fesyen....kalau takde masa, korek la masa...mesti ada :)


 Ini kemeja lama....

 Potong mengikut pattern.

 Dah siap potong. 

 Untuk lengan, i guna fabrik lain sebab tak cukup.

 Lepas tu jahit pertemuan leher dan lengan.

 Lepas tu jahit pertemuan sisi badan dan bawah ketiak.

 Di bahagian leher, buat lipatan untuk masukkan getah nanti. Jangan lupa tinggal lubang untuk susup getah.

 Sama juga dengan bahagian lengan. Nak masukkan getah dalam lipatan tu.

 Dah siap jahit, susupkan getah. Getah kecil saja, beli di kedai jual manik/alatan kahwin/jahit. Takde di pasaraya.

 Dah siap masukkan getah di dalam lipatan tadi, matikan getah dan jahit lubang.

 Ulang yang sama dengan kedua lengan.

Ini poket...i buat so anak i boleh simpan duit dan mainan...

Tada! Dah siap untuk digayakan.


Monday, November 18, 2013

Cari kelas iqra

Kat sini, ada kat masjid (kafa) hmm tak pasti kat sini budak masuk start darjah 1 ke dua. Nanti bulan 12 time banner register dah keluar baru nak tanya. Kat kedah ni susah nak dapat maklumat...website jabatan agama pun aduh....kasihan. Dan tak wajib hantar anak pi...kebanyakan ngaji biasa jer kat rumah kampung atau surau komuniti. Tanya-tanya, banyak yang tak hantar kafa. So, bab kafa atau spi aku kiv dulu....sampai bulan 12.

Dulu aku ajar sendiri...guna buku Iqra pantas tu. Tapikan time tu anak2 belum ready kot. Depa takmau...
So, aku stop...sebab nanti aku naik marah budak tak fokus.

Kat taman sebelah aku ni ada tapi...aku plak takde....kedai kat sebelah sana pekan so takkan nak balik hantar anak ngaji plak sebab kelas tu sebelum asar...aku still tak balik lagi time tu.

So, nak cari kat berhampiran kedai...tanya orang, adalah tok ni dia ajar ngaji tapi kaedah dulu2. Tak ambil bayaran la pulak....(aduih) dan masa tak tetap. Susah juga kalau masa tak tetap ni...nanti jadi buang masa pegi hantar dia takde....

Ada lagi, kat area kulim perdana tapi ambil budak darjah 2 plak....

Lagi, kaedah baghdadi....yang ketuk2 tu....agak dekat dengan kedai nanti aku pi tanya kos. Tengok blog mahal jugak lah benda ketuk2 tu....

Takpelah...aku try buka buku iqra tu balik....ajak depa ni mai ngaji. Aku ajaq sendirilah kan...saja nak test kot depa dah ready.
Yang syioknya, depa dah buleh....
Sehari saja, dah boleh sebut (aku buat petang dan lepas maghrib)
So, sementara nak masuk kelas bagdadi/kafa tu, aku diy jer dulu....aduh banyaknya nak buat.
Patutnya bab ngaji/solat, bapa yg buat....kan?

Thursday, November 14, 2013

Anakku dah habis tadika tapi masih tak boleh baca...

Akhirnya habis tadika 3 tahun.
3 tahun masuk tadika....boleh dapat kawan jelah kot. Bersosial....Dari segi pelajaran memang takde lah...takpe aku takmo risau sangat sebab apa tau, anak aku nanti besar dia dah ada kerja dah tak perlu dah interview susah2 kan?
Sama macam makcik malas lipat kain, aku pun stress juga bila orang duk hapdet pasal kecemerlangan anak masing2....nak buat gumana aku manusia ada perasaan kalau tak de kira bukan manusia plak...
meluat pun ada. sorrylah kalau anak you pandai...memang jales tengok anak org dah baca buku cerita lancaq....
Tapikan, anak ku ni dia buleh kut lain. Tahap problem solving memang tinggi. Kalau dia takmau kerja dengan aku nanti dengan izin Allah dia jadi jurutera...
Pasal bacaan, aku memang struggle ajaq dia. Aku tunjuk buku hijau tu terus dia mengelupur takmau baca. Bila buka buku tu, dia tolak-tolak dengan tangan dia....buku hijau bacalah anakku. Tapi aku didik ikut kaedah biasa jer.
Yang peliknya, yg bahasa Inggeris dah buku 3. Yg aku ajar la. Kalau kat tadika buku 1 tak lepas 2 tahun sebab dia taknak sebut. Dengan aku oklah dia mau sebut.
Risau juga kaedah band-band ni kena budak sebut mungkin anakku ni sangkut kat band 1 tak lepas2.
Walau dia tak sebut dia ingat....sebab hari2 cikgu suruh baca benda sama dia jadi boring.

Yg bahasa inggeris aku yakin boleh habis sampai buku 8 sebelum masuk sekolah.
Yg BM....aku cuba kaedah tanpa buku. Guna, easel saja atau papan hitam kecik....so far dia mau sebut dan tengok. Kalau tidak, aku yg sebut, aku yg tengok...dia tutup mata masa aku ajar. Stress ajaq budak ni.

Ingat nak hantar dia masuk kelas prep darjah 1 tau....tapi pikiaq balik, karutlah. No need to be so kiahsu. Cuti aku hantar kelas mengaji saja. Dan kelas taekwondo (kalau bapak dia bagi)...happy school holidays mummies. Selamat pening kepala jaga anak. ha3x!

Wednesday, November 6, 2013

I want IKEA kitchen...bahagian enam: Siap!

Siap dah sebulan lepas....satu part tak pasang lagi. Plinth, ada masalah nak potong kayu. Biarlah nanti beli gergaji bulat tu baru boleh potong. Akhirnya siap 99%.
Kos SEMUA RM6588 (termasuk lantai kayu, electrical, piping, hood, meja, algot system dan aksesori) sahaja. Tunai. Tidak termasuk kos lori.
Yes, i love my new kitchen. I love my personal finishing touch and still touching up a lil bit here and there.
It suites us, a family of four.

Macam nilah jadinya dapuq i.....banyak juga barang yg i let go supaya nak muat masuk dapuq. Blender saja ada 3 (hadiah kawin). Let go 2....banyak lagi perkakas buruk i pi derma...new kitchen, new beginning....let go old stuff.  Blind tingkap tak siap lagi....kena tempah. Adalah benda kecil nak bubuh. Overall, siap.

Seronok sangat lepas pasang meja ni, budak-budak bolehlah breakfast di dapur...you boleh nampaklah ada gambar macam lain background sebab snap waktu beza...

Sebelah kiri dinding kami letak wardrobe system Algot. Bolehlah letak gelas-gelas dan semua bekas senang dicapai...meja drop leaf itu tajuknya Norberg. Sangat best meja itu. Sesiapa ada ruang sempit sesuai sangatlah. Nak letak island memang berangan la kan....dengan adanya meja ni, sambil masak sambil utube. 

Ini semua aksesori saja...sebab ikea memang dah sediakan aksesori yg cukup-cukup muat, tambah jelah. Seronok. 

Sudut ni ada sinki yg i sangat suka. Sebab boleh letakkan pemotong dan drainer kat atas semasa sediakan makanan untuk dimasak. Semua set Boholmen.  I juga tanak gantung periuk lagi. Siap cuci letak terus atas rack (grundal). Satu Rm99. Grundal rail yg lain semua yg sedia ada. Cuma reposition saja. Hood, kami pilih 2 in 1 boleh recirculate air. No ugly ducting needed. 

Dari sini boleh nampak i gantungkan microwave kat sebelah peti ais. Bawahnya muatkan bygel trolley yg sedia ada. 
Tu jelah...happy with the result.

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...