Akhirnya habis tadika 3 tahun.
3 tahun masuk tadika....boleh dapat kawan jelah kot. Bersosial....Dari segi pelajaran memang takde lah...takpe aku takmo risau sangat sebab apa tau, anak aku nanti besar dia dah ada kerja dah tak perlu dah interview susah2 kan?
Sama macam makcik malas lipat kain, aku pun stress juga bila orang duk hapdet pasal kecemerlangan anak masing2....nak buat gumana aku manusia ada perasaan kalau tak de kira bukan manusia plak...
meluat pun ada. sorrylah kalau anak you pandai...memang jales tengok anak org dah baca buku cerita lancaq....
Tapikan, anak ku ni dia buleh kut lain. Tahap problem solving memang tinggi. Kalau dia takmau kerja dengan aku nanti dengan izin Allah dia jadi jurutera...
Pasal bacaan, aku memang struggle ajaq dia. Aku tunjuk buku hijau tu terus dia mengelupur takmau baca. Bila buka buku tu, dia tolak-tolak dengan tangan dia....buku hijau bacalah anakku. Tapi aku didik ikut kaedah biasa jer.
Yang peliknya, yg bahasa Inggeris dah buku 3. Yg aku ajar la. Kalau kat tadika buku 1 tak lepas 2 tahun sebab dia taknak sebut. Dengan aku oklah dia mau sebut.
Risau juga kaedah band-band ni kena budak sebut mungkin anakku ni sangkut kat band 1 tak lepas2.
Walau dia tak sebut dia ingat....sebab hari2 cikgu suruh baca benda sama dia jadi boring.
Yg bahasa inggeris aku yakin boleh habis sampai buku 8 sebelum masuk sekolah.
Yg BM....aku cuba kaedah tanpa buku. Guna, easel saja atau papan hitam kecik....so far dia mau sebut dan tengok. Kalau tidak, aku yg sebut, aku yg tengok...dia tutup mata masa aku ajar. Stress ajaq budak ni.
Ingat nak hantar dia masuk kelas prep darjah 1 tau....tapi pikiaq balik, karutlah. No need to be so kiahsu. Cuti aku hantar kelas mengaji saja. Dan kelas taekwondo (kalau bapak dia bagi)...happy school holidays mummies. Selamat pening kepala jaga anak. ha3x!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
as-salam,
ReplyDeletesaya dulu pun ada masalah yg sama mcm awak.
masa cuti ni elok hantar anak kat program bacalah anakku di mana2 pusat tuisyen, dan kat rumah ulangkaji balik yang dia belajar kat tuisyen tu. insha Allah sempat dia catch up sebelum naik darjah 1. mula2 saya stress dengan buku2 darjah satu ni. tinggi sgt level dia, nak tak nak kita kena bagi 100% tumpuan sehingga anak pandai membaca, bila dah pandai baru rasa lega. kesian kat anak kita nanti bila dah sekolah tak boleh membaca. sekarang tak sama mcm dulu, cikgu kat sekolah dah tak ajar membaca, diorg anggap budak darjah 1 dah pandai baca dan mengira. insha Allah awak pasti boleh.
salam kenal.
TRUE geng kalep ni..
ReplyDeleteKalep pun masuk darjah satu dengan ABC pun tunggang terbalik :)
Salam....last weekend rasa macam overwhelmed sebab banyaknya nak kena buat...nak ajar anak membaca/kira/iqra dan kerja kedai dan kerja rumah semestinya...tanya hubby nak hantar tuisyen tak, dia kata you kan ada...hadoih dia ingat aku ni goyang bontot ke kat rumah. Kalau tak payah basuh/ampai/lipat baju bolehlah. Tak kira cuci jamban segala lagi kerja orang pempuan tak kira kerjaya ke tak balik rumah kena cuci jamban.
ReplyDeleteBetul, kalau tak boleh baca soalan,.. susah. Jadi tak berminat nak belajar nanti. Harini, ok...oklah dia participate dengan teaching aku. Tapi kerja worksheet taknak buat.
Tadi, kemas-kemas beg sekolah dia cari buku bacalah anakku nak ajar si adik esok. terjumpa surat cikgu, katanya depa buat kelas bimbingan membaca kat tadika....la awat tak habaq awal2! Eloklah tu. Kalau dengan cikgu yg biasa dengan perangai dia ni aku tak risau sangat nak hantar banding dengan kelas tuisyen tu. Okeh, mummy dah tak overwhelmed sangat dah....boleh lipat kain :)