Wednesday, April 30, 2014

Bagaimana hendak mendaftar & mencarum sebagai Majikan di KWSP

KWSP

Bila pekerja dah mula bekerja....maka barulah si Majikan boleh pergi mendafar. Kalau pekerja belum start kita dah terhegeh-hegeh...pegawai kwsp suruh balik dulu...hahaha. Takpe kalau pekerja dah bekerja banyak bulan so bila kita mendaftar, kwsp akan charge caruman tertunggaklah yg beberapa bulan tue.

Majikan walaupun ada satu pekerja, dan pekerja tu layak dicarum..kenalah mencarum. Kalau tidak, kut depa mai check di premis kan tak pasal2 kena denda. Macam mana nak tau pekerja tu layak mencarum ke tak? maka pi lah ke website jabatan tenaga kerja...ada maklumat.

Macam aku, aku tak de bajet. Aku upah part time jer...still kena sebab waktu bekerja lebih dari 14 jam seminggu.

So, samada korang download borang KWSP 1 di website KWSP tu atau walk in ke pejabat KWSP. Baca arahan...isi lengkap. So, siap hari itu juga akan dapat nombor pendaftaran majikan secara sms. Jangan lupa daftar i-account untuk memudahkan urusan pembayaran/semakan.

Nak mancarum pula macam mana? kalau pejabat kwsp dekat, korang pi jelah bayar situ...macam aku ni, takkan nak pi penang plak...dah ler takde parking. Bazir waktu dan minyak dan tenaga. Bolehlah menapak di bank...banyak bank boleh pi tapi aku pi rhb sebab dekat...

You kena print out borang A dulu setiap bulan. Fill in maklumat gaji pekerja, caruman kat you punya i-account, hantar dan cetak. Lepas click 'hantar' maksudnya you kena bayar dalam masa 15 hari dari tarikh 'hantar'. Cetak dan bawa form A tu, dan isi satu lagi form KWSP di bank, dan bayar macam biasa. KWSP akan emel resit pembayaran dah diterima...jangan lupa buat salinan. Nanti depa mai check you takde salinan dah kena denda lagi.

Satu lagi cara ialah daftar DDA (direct debit authorization) di RHB bank. So caruman boleh dibuat online di dalam i-account. You kena pi RHB, print out juga borang A, tanya pegawai dan bagitau you nak daftar DDA untuk KWSP i account. Patutnya lepas 20 hari akan dapat status....aku ni dah sebulan lebih tak dapat2 lagi apa2 jawapan pasal DDA aku....bulan ni kena jengah RHB tanya. Aku malas nak pi bank tiap2 bulan buat benda ni....tambahah lagi perut nak besar.

So, tak lah senang sangat dan tak susah juga...cuma agak leceh. Bukan senang jadi majikan walaupun seorang pekerja. Aku ada 2 (satu part time satu casual) Banyak ragam. Nak advance la sampai 2x sebulan....nak balik awal....mai awal balik awal...aduhai. Rasa macam nak pecat semua orang, kerja sendiri. Tapi kalau nak maju kita kena hire orang...takpe2. It's ok. Lagipun aku pun lagi lama lagi tak larat. Aku layan jelah tapi jangan sampai kena pijak atau di ambil kesempatan oleh pekerja kita. Kita ni kesian2...tapi ada depa nak kesian kat kita....takdenyer...

* update 7/6/14
Alhamdulillah permohonan DDA telah diluluskan. Ingatkan RHB nak email tapi takde pun. Kebetulan masuk i-account majikan check di caruman>bank...dah ada maklumat.
Sebelum boleh guna DDA, you kena activate dulu. Ada check box kecil di bawah untuk mengesahkan samada akaun bank anda itu betul ke maklumatnya...tick kat kotak tu. Lepas akaun bank anda menjadi status 'aktif'...barulah boleh mencarum straight kat website kwsp. Tak perlu lah terkedek2 ke bank atau pejabat. Aku kalau tak reti terus call kwsp call centre...tanya camner camner. So far they are very helpful.

*update lagi - baru saja memecat seorang staff sebab dia malas....suh sapu tak nak. suh mop lantai tak nak...suh kemas kedai tak nak....pastu komplen takde kerja nak buat. Blah!

*Updated March 2016.
KWSP memang mudah nak buat bayaran....start 2015, dah tak perlu DDA apa bagai....buleh terus buat online banking maybank2u. Yang penting ada akaun majikan. Tak macam Perkeso, leceh amat...

-aku surirumah bos-

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tq info puan. Memang detail. Memang saya tengah cari maklumat macam mana nak carum kwsp staf. Berniaga online je, tapi baru ada sorang staf untuk bantu lancarkan bisnes. Ye la, macam puan kata la, bisnes nak maju kena hire orang. Moga-moga semakin maju. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamm....semoga terus maju. Lama tak update pasal biz. Pastikan staff yang betul nak kerja. Saya lepas 8 orang staff terus tawar hati dah. Sekarang slow down dan jadi lazada and 11st seller. InSha Allah ada time tulis pasal ni...thanks ye godek blog kite.

      Delete
    2. W'salam. Amiiinn...alhamdulillah bisnes semakin maju, ejen pun semakin ramai, sales pun makin meningkat. Berkat doa puan. :)

      Delete

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...