Bulan lepas, aku pi perjumpaan ibu bapa di sekolah baru Adam.
Adam...dia antara pelajar yang lemah di sekolah.
Dia pendiam, bila cikgu soal dia macam tak fokus..
Rupanya dia ditempatkan di kelas yang depan juga antara 3 kelas,
jadi dia agak ketinggalan gerabak keretapi berbanding kawan sedarjah.
Sedih pula bila cikgu kelas kata dia pun pelik kenapa Adam ditempatkan di kelas dia...
Takpe Adam, mama tau di mana silapnya. Mama pun sibuk tak sempat tengok Adam. Akhirnya Adam asyik main game...latihan jarang nak buat. Harap mama suruh baru nak buat...kalau sendiri memang tak akan. Adam, dia tak suka ke kelas tuition...kalau hantar dia tetap akan ketinggalan di belakang dan cikgu akhirnya bagi homwork suruh habiskan di rumah...(baik tak payah last2 aku kena ajar sendiri jugak).
Mama juga akan ajak Adam ikut mama solat. Solat...susah mama sebab hanya mama yang solat dalam rumah ni. Tapi mama kena cekal sebab mama tak nak anak mama tak solat. Bapa mama pun dulu tak solat tapi mak mama (opah Adam) dapat ajar kami semua solat 5 waktu. Opah memang idola mama.
Jadi, mama rasa mama memang tak mampu nak tolong Adam naikkan prestasi Adam di sekolah. Soalan KBAT memang Adam tak dapat jawab. Yang biasa2 pun hmmm...soalan periksa pun susah. Kadang2 stress dengan silibus depa ni. Aku hanya ibu pun stress juga. Mama diskus2 dengan ayah, mama panggil tutor peribadi mai ajar di rumah...untuk 3 subjek teras. Matematik, BM dan BI. Matematik...memang kena banyak latihan. Kalau dapat anak rajin, memang seronok. Tapi sebaliknya lah. BM pun susah weh...BI, walaupun agak pandai dalam BI, paper 2 dia gagal....stress mama.
Oleh sebab kelas tutor private ni mahal woh...ambik 3 subjek aja...yang sains aku usahakan banyak latihan dan membaca. Haritu dapat A sains. Jawi dan Arab dia kantoi tapi aku ajar sendiri...Alhamdulillah jawi dah pandai. Lepas ni start baca buku teks. Tak kisah sgt jawi dan arab sebab tak masuk dalam merit. Cuma tak seronok sebab gagal...hmmm. Aku ingat nak upload la soalan exam budak ni sejak darjah 1,2,3...tapi yang dah berjawab ler...malu pulak ehh banyak salah anak aku buat.
Harapan mama, Mama nak Adam seronok belajar. Bila dah ketinggalan bas di dalam kelas, mungkin sedikit sebanyak jadi hambar dan terus tertinggal di belakang. Cikgu terpaksa ke depan mengejar silibus yang perlu di habiskan...Mama harap gred Adam tak fail exam akhir tahun bulan 10 ni. InSyaaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
No comments:
Post a Comment