Sunday, April 30, 2017

Camne nak buat website bagi orang biasa-biasa

Saya tulis berdasarkan pengalaman. Kalau ada soalan komen la kat bawah.

Saya orang biasa tak ada pengetahuan dalam programming. Kalau nak buat website yang e-commerce tu seriously you kena ada sombody yang tau. Contohnya seseorang yang ada degree dalam computer science. Sebab depa belajar subjek buat website satu sem kalau x silap...nanti saya tanya husben. Memang kena tahu bahasa C tu. Okay.

Ada banyak template nak buat web ni. Banyak yg free. Cuma kena ada tukang program saja. Dan upah mahal. Benda yang perlu masa dan ilmu mesti la mahal...nak murah buka page kat pehbuk la. buka insta...free.

Tapi saya tak suka berniaga kat fb. FB page tu hanya untuk saya berhubung dengan customer dan bakal customer saja...dan buat iklan untuk tarik sales.

Insta lagila saya tak suka. Semak. Ada akaun just nak share gambar baru produk je...

Pasal pengalaman buka website...saya guna template zencart. Ada banyak templat: Zencart, OS commerce, etc.
You buleh gugle free template zencart maka akan keluarlah pelbagai web. You juga buleh beli template yang cantik sikit dari yang free tadi. Kalau beli. harga dalam rm450 satu template paling murah kot. Then you customize la.

Pendek kata, buka website ni...leceh juga kalau buat sendiri. Tapi nak upah bajet ciput...

Saya tak buat program semua. Semua tu husben saya buat. Saya cerita apa yg saya buat saja.

Bila semua dah ready. saya hanya tangkap gambar setiap produk. Edit dan masukkan dalam website. Sekali dengan produk description, harga, berat dan lain2.

Bila ada customer order, saya akan dapat notification. Dan depa akan proceed buat bayaran.. Kat sini lah kita panggil payment gateway. Cara customer you all bayar kat you. Dalam website saya yang dulu, customer boleh bayar secara manual online banking, pi mesin atm atau kalau nak guna kredit kad, pakai paypal.

Cara2 set bayaran semua ni memerlukan programmer la. Nak set tu...
Cara macam mana nak set template tu  kira harga harga shipping berdasarkan berat pun satu cerita...bila kompeni kurier update price, jenuh nak tukar setting...leceh tul.

Lepas customer dah bayar, saya update order kat dalam zencart tu dan pos. Lepas pos pun update lagi ship details...

Basically ini la yg saya buat setiap hari....

Lupa nak bagitau, sebelum buka website, fikirlah nama website you.
Camner nak semak nama web available ke tak?
Camne nak register website?
Camner nak ambil plan data website?
Peningkan kalau jadi orang biasa ni kan?
Nanti saya sambung. Kbai.

No comments:

Post a Comment

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...