Sebelum ni memang mama menentang keras idea ni.
Dua sebab utama ialah:
1 - Mama tak reti mengajar sendiri
2 - Profesional kata jangan homeschool
Tapi kan, setiap kali paksa anak mama princess ni pi sekolah, hati mama pilu. Pilu sangat tengok anak mama menagis tanpa suara. Hanya air mata mengalir. Mama terpaksa bawa dia naik jumpa cikgu, dah jumpa dia akan pegang erat tangan mama. Nak cakap dah tak boleh. Hanya pegaang macam maksudnya 'please dont leave me here'. Lepas tu mama pergi juga. Mama tak toleh belakang. Tapi masa keluar mama tengok juga princess hanya duduk atas lantai berteleku...
Kesian cikgu, kesian princess...mama acap kali menangis tak tahu nak buat apa. Adakah ini betul? Betul ke kalau tak pi sekolah dia akan jadi lebih teruk? Takut untuk fikirkan dia tak bercakap bila dewasa nanti....from video utube, ada sampai adult tak bercakap. Adakah mak ayah mereka homeschool atau adakah mereka dipaksa ke sekolah. Macam mana???
Nak explain susah. Semua orang ingat ini bukan masalah sangat. Hanya nangis masa pergi. Once dah di sana happy main dengan kawan. Cikgu pun kata macam tu. So mama rasa sedikit lega. Bila dia balik, banyak yg dia cerita happy2. Oh gembiranya mama. Adakah pagi2 resistance ke sekolah hanya tabiat? Kenapa dia tersiksa sangat masa mama nak drop dia di sekolah tu??
Pagi2 cerita lain, tak de sapa nak kawan dan main dengan saya...kadang2 mama keliru. Dia seronok ke tidak? Di sini mama tak kisah sangat pasal pelajaran dia. Yg penting masalah sosial ni.
Minggu lepas macam big blow kat mama.
Minggu sebelum tu mama dan Aisha si adik masuk hospital pasal scoliosis Aisha. So ayah kena deal with morning drama (baru dia tau!). Ayah stress tengok dia macam tu. Sampai terus shut down. Kali kedua ayah hantar terus ayah suruh homeschool. (Ayah senang cakap bukan dia yg akan buat nanti). Dia pun tersiksa tengok anak dia. Bayangkan org laki pun tak tahan...kita ibu2 ni macam mana??? Sebelum ni bila mama rasa sedih pasal princess, ayah selalu pujuk cam ni
"anak kita tak mau pi sekolah saja, cuba tengok yg lain (autism/cp/down syndrome) yang lebih teruk" lepas tu dia suruh baca buku happiness.
Mama pun cecepat insaf dan banyakkan zikir. Bersyukur dgn apa yg ada....macam tulah cycle mama.
Sekali ayah pun sedih dia pula suruh princess sekolah kat rumah saja. Terus mama guna ayat yg sama...hehe
Tapi kan sejak kebelakngan ni idea homeschool ni asyik duduk dalam otak. Semalam sampai tak boleh tidur. Google dan google about selective mutism homeschooling. Parents yg ada anak yg sama macam mama ni mereka decided untuk tarik anak dari sistem dan buat cara sendiri. Dan kebanyakkannya berjaya dan anak mereka pun membesar dengan elok saja tahap sosial nya....
Mungkinkah mama patut ikut jejak langkah mereka? - against the odd. against the professional advice?
Apa2 pun mama masih dalam kajian research macam mana nak execute idea ni secara legal di negara kita Malaysia. (update: boleh isi borang di kpm, dapatkan surat doktor, masalahnya kita kena follow sistem sekolah kssr dan wajib ajar sendiri di rumah akan dan ada spot check anytime!)
Mungkin mama terpaksa bawa dia jumpa dr sekali lagi untuk clearance school. Mungkin ini yg terbaik who knows?
Harini pun ponteng sekolah....minggu ni ponteng. Dan bagitau guru besar sekolah minta excuse sebab minggu ni praktis sukan saja. Lagilah dia akan berteleku sebab kawan semua gembira main2.
Lupa nk info, last week dia ada playdate with kawan rapat di school...
Update: semasa playdate dengan kawan sekolah,, dia tak bercakap. Hanya senyum dan bermain seperti biasa. - maksudnya: kawannya (dari sekolah itu 'contaminated').
Next step: mama nak cari rakan sebaya yang bukan from school. Nak tengok reaksi dia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
No comments:
Post a Comment