Tuesday, July 11, 2017

Camne nak buat website bagi orang biasa-biasa |PART2

Assalamualaykum dan Salam Sejahtera.

Eh ramai pula yg bace post sebelum. Thanks...

Dah fikir nama website? Pilih yang ikut niche you. Sebaiknya buat biz kena ada niche. Kalau tak susah nanti. Tak fokus. Bisnes akan kelautan dalam. Ini menurut sifu biznes. Contohnya akak sendiri, biz utama akak ialah barangan keperluan haiwan kesayangan. >>> ONLINE PET SHOP<<<

Satu benda yang akak tukar dalam promot biz ialah promote thru IG. Before this tak pernah guna IG, ada akaun tapi tak guna. Selepas dpt tau yang millions org guna IG, rugi you tak join. JOIN. Camner nak naikkan follower? ada caranya. But here akak nak tulis tentang buat website senang. Sesenang makan kacang.

>>>Yang penting ada kredit card. In Online bisnes susah you kalau takde kredit card. Debit card I tak pasti nanti I tanya support and update as soon.<<<<

Pernah dengar EasyStore?

Akak jumpa EasyStore di iklan FB. Akak klik iklan, tanya husband ok tak kalau i buat website di sini. Dia check, from which company, reliable tak...then dia kata why not try la. FREE 2 minggu.

Husband akak ni programmer tapi dia sangat sibuk dia tak sempat nak upgrade website akak yang dah ketinggalan zaman tu. Dia IT guy yg jaga network security so his opinion really matters and i really trust him lah.

So akak trylah, FREE 2 minggu kan. Kalau tak suka unsubscribe no strings attached.

Iklan jap >>>>> EasyStore|One click away from your own online store.

EasyStore in memang best sangat. Tiap minggu ada online class...Designed for Malaysian. Ada support yang akan jawab soalan you dan macam2 lagi. Nanti akak tulis one by one? hehehehe. In a mean time trylah godek-godek.


inline-rectangle-07

Sunday, April 30, 2017

Camne nak buat website bagi orang biasa-biasa

Saya tulis berdasarkan pengalaman. Kalau ada soalan komen la kat bawah.

Saya orang biasa tak ada pengetahuan dalam programming. Kalau nak buat website yang e-commerce tu seriously you kena ada sombody yang tau. Contohnya seseorang yang ada degree dalam computer science. Sebab depa belajar subjek buat website satu sem kalau x silap...nanti saya tanya husben. Memang kena tahu bahasa C tu. Okay.

Ada banyak template nak buat web ni. Banyak yg free. Cuma kena ada tukang program saja. Dan upah mahal. Benda yang perlu masa dan ilmu mesti la mahal...nak murah buka page kat pehbuk la. buka insta...free.

Tapi saya tak suka berniaga kat fb. FB page tu hanya untuk saya berhubung dengan customer dan bakal customer saja...dan buat iklan untuk tarik sales.

Insta lagila saya tak suka. Semak. Ada akaun just nak share gambar baru produk je...

Pasal pengalaman buka website...saya guna template zencart. Ada banyak templat: Zencart, OS commerce, etc.
You buleh gugle free template zencart maka akan keluarlah pelbagai web. You juga buleh beli template yang cantik sikit dari yang free tadi. Kalau beli. harga dalam rm450 satu template paling murah kot. Then you customize la.

Pendek kata, buka website ni...leceh juga kalau buat sendiri. Tapi nak upah bajet ciput...

Saya tak buat program semua. Semua tu husben saya buat. Saya cerita apa yg saya buat saja.

Bila semua dah ready. saya hanya tangkap gambar setiap produk. Edit dan masukkan dalam website. Sekali dengan produk description, harga, berat dan lain2.

Bila ada customer order, saya akan dapat notification. Dan depa akan proceed buat bayaran.. Kat sini lah kita panggil payment gateway. Cara customer you all bayar kat you. Dalam website saya yang dulu, customer boleh bayar secara manual online banking, pi mesin atm atau kalau nak guna kredit kad, pakai paypal.

Cara2 set bayaran semua ni memerlukan programmer la. Nak set tu...
Cara macam mana nak set template tu  kira harga harga shipping berdasarkan berat pun satu cerita...bila kompeni kurier update price, jenuh nak tukar setting...leceh tul.

Lepas customer dah bayar, saya update order kat dalam zencart tu dan pos. Lepas pos pun update lagi ship details...

Basically ini la yg saya buat setiap hari....

Lupa nak bagitau, sebelum buka website, fikirlah nama website you.
Camner nak semak nama web available ke tak?
Camne nak register website?
Camner nak ambil plan data website?
Peningkan kalau jadi orang biasa ni kan?
Nanti saya sambung. Kbai.

Wednesday, April 19, 2017

Halo Halo Halo

Eh ruginya tak buat n3. Last September 2016.
Dah lama menyepi.
Sebenarnya sibuk dengan urusan seharian sebagai mak, isteri...

Tahun ni, saya nak lebih tumpukan kepada tulis bisnes.
Pasal buat iklan di fesbuk.
Pengalaman buka kedai lalala
Kurier apa nak pakai lalala
Lebih kepada kongsi pengalaman akak...

Saya juga nak tulis dalam bahasa ibunda.
Jadi, jumpa lagi.

Thursday, September 22, 2016

Kematian dan Anugerah

Bismillah...
Setiap yang hidup pasti akan mati...
Mati itu pasti...

Hari ini agak suram.
Ku lihat berita tentang seorang anak yang lebih kurang sebaya dengan anakku Adam,
maut di langgar lori...
Ketika melintas jalan raya ke sekolahnya....
Ketika ada pengawal melintas...
Ketika ada rakan2 lain juga yang melintas...
Sesungguhnya malaikat maut sudah menunggunya di situ...
Tanpa kurang sedetik atau lewat sedetik...
Masanya telah sampai...untuk berjumpa Ilahi yang Esa...
Ibunya menangis hiba...anak maut sekelip mata...
Hanya Al-Fatihah dapat ku kirimkan untuk anaknya...
Tidak dapat ku bayangkan perasaan dirinya...
Semoga kau tabah dan redha...umur kita pun nampak sebaya...
Anakmu telah tiada...sekelip mata...begitu sahaja...

Tetiba ku rasa aku insan yang tidak mensyukuri nikmatmu Ya Allah...
Sesungguhnya anugerah ada di depan mata...ku sia-siakan anugerahmu Ya Allah...
Ampuniku Ya Allah...
Anak2 yang sihat itu anugerah...
Anak2 yang nakal itu anugerah...
Yang menconteng dinding itu anugerah...
Hiruk pikuk anak2 ku satu anugerah...
Jeritan anak2 ku di dalam kereta satu anugerah...
Di saat mataku dicucuk ketika mahu berehat satu anugerah...
Di saat mereka bergaduh satu anugerah...
Mereka adalah anugerah terhebat...
Yang boleh Kau ambil sekelip mata...

Ya Allah ampuniku...
Aku insan yang tidak bersyukur...
Jika kematian menghampiri keluargaku, pilihlah aku Ya Allah...
Sesungguhnya aku tidak sanggup menghadapi kehilangan...
Al-Fatihah.

Wednesday, July 13, 2016

Anakku pelajar di bawah paras minima....

Bulan lepas, aku pi perjumpaan ibu bapa di sekolah baru Adam.
Adam...dia antara pelajar yang lemah di sekolah.
Dia pendiam, bila cikgu soal dia macam tak fokus..
Rupanya dia ditempatkan di kelas yang depan juga antara 3 kelas,
jadi dia agak ketinggalan gerabak keretapi berbanding kawan sedarjah.
Sedih pula bila cikgu kelas kata dia pun pelik kenapa Adam ditempatkan di kelas dia...
Takpe Adam, mama tau di mana silapnya. Mama pun sibuk tak sempat tengok Adam. Akhirnya Adam asyik main game...latihan jarang nak buat. Harap mama suruh baru nak buat...kalau sendiri memang tak akan. Adam, dia tak suka ke kelas tuition...kalau hantar dia tetap akan ketinggalan di belakang dan cikgu akhirnya bagi homwork suruh habiskan di rumah...(baik tak payah last2 aku kena ajar sendiri jugak).
Mama juga akan ajak Adam ikut mama solat. Solat...susah mama sebab hanya mama yang solat dalam rumah ni. Tapi mama kena cekal sebab mama tak nak anak mama tak solat. Bapa mama pun dulu tak solat tapi mak mama (opah Adam) dapat ajar kami semua solat 5 waktu. Opah memang idola mama.
Jadi, mama rasa mama memang tak mampu nak tolong Adam naikkan prestasi Adam di sekolah. Soalan KBAT memang Adam tak dapat jawab. Yang biasa2 pun hmmm...soalan periksa pun susah. Kadang2 stress dengan silibus depa ni. Aku hanya ibu pun stress juga. Mama diskus2 dengan ayah, mama panggil tutor peribadi mai ajar di rumah...untuk 3 subjek teras. Matematik, BM dan BI. Matematik...memang kena banyak latihan. Kalau dapat anak rajin, memang seronok. Tapi sebaliknya lah. BM pun susah weh...BI, walaupun agak pandai dalam BI, paper 2 dia gagal....stress mama.
Oleh sebab kelas tutor private ni mahal woh...ambik 3 subjek aja...yang sains aku usahakan banyak latihan dan membaca. Haritu dapat A sains. Jawi dan Arab dia kantoi tapi aku ajar sendiri...Alhamdulillah jawi dah pandai. Lepas ni start baca buku teks. Tak kisah sgt jawi dan arab sebab tak masuk dalam merit. Cuma tak seronok sebab gagal...hmmm. Aku ingat nak upload la soalan exam budak ni sejak darjah 1,2,3...tapi yang dah berjawab ler...malu pulak ehh banyak salah anak aku buat.

Harapan mama, Mama nak Adam seronok belajar. Bila dah ketinggalan bas di dalam kelas, mungkin sedikit sebanyak jadi hambar dan terus tertinggal di belakang. Cikgu terpaksa ke depan mengejar silibus yang perlu di habiskan...Mama harap gred Adam tak fail exam akhir tahun bulan 10 ni. InSyaaAllah.

Wednesday, June 1, 2016

MY IKEA KITCHEN II - PART 3: SHOPPING

Part 3, no need for room prep. If u have stuff, you have to prep your room lah. Painting, tiling...etc.
Since our kitchen already prepped, we can just start shopping. Best kan?
Lawatan ke bahagian dapur memang syiok...!!! dan memeningkan kalau kita tak tau kita nak apa. Jangan terjah na...study dulu.


Maka, segerombolan lah kami pi beli dapuq...
Beli apa tue?...mai kita kasi detail sikit na...ingat, dapuq kami simple sangat. Takda high cabinet. Bentuk dapur pun susah bukan empat segi...yang penting senang nak angkut bila pindah keluar lagi 2 tahun.

.......

Dah lama stop blogging tetiba teringat tulis tak habis lagi pasal dapur ni...meh nak sambung. Kut2 la ada orang baca.
Dapur dah siap lama dah. Nak kata happy tak la sangat sebab simple tapi syukur sebab ada dapur Ikea....

Yang kami beli untuk bahagian 1: Bahagian sinki dan untuk buat kerja basah, prep masak.

Bahagian 1


Bahagian 1

Bahagian 1


Worktop
LILLTRÄSK white 2.8 cm

Frame
METOD white

Front
VEDDINGE

Handle
BLANKETT

Drawer
MAXIMERA

Shelf
UTRUSTA


Sink
BOHOLMEN

Legs / plinth
CAPITA




 Untuk Bahagian 2: Tempat masak air, letak microwave, brg kering.


Bahagian 2
Semua sama kecuali kaki:

Legs & Leg frame
LIMHAMN



Untuk list lengkap, sesiapa nak intai click sini. (tunggu dulu)

Lepas shopping dapur, kita minta depa hantar rumah. Kali ini rumah dekat so lori Rm80 saja. Orang Johor, Penang tunggu....nanti tak lama lagi buka kat tempat anda.

Barang...dah sampai kita simpan buat pekasam dulu.

Testing pasang....hubby keje...weeken jer free. Lambat la siap dapur.
Sambung lagi...

 Update 2017 July >>> Laaaa post ni dah ke laut...nanti akak sambung. Dapur dah siap lama cuma semak samun di kitchen sebab bawak balik stok kedai masuk rumah...huhuhu. Habis semak dapur aku.

Nanti kak update yea.

Friday, March 25, 2016

My Biz 2016

Setelah berpindah ke Selangor, aku tutup biz 3 bulan. Kadang rasa cam nak tutup terus tapi bila tengok stok berlambak dan ada orang duk emel hari2 awat tak leh oder tanya....rasa semangat la sikit.

Sebenarnya serabut dengan tutup kedai, tutup akaun pelbagai...pindah. kos pindah (bukan murah...), cari kedai baru, update address, ngan ada orang nak mintak sponser, yang platform shopping online asyik kontek suruh akak join depa...macam2 peninglah akak dibuatnya,

Kalau tak buat biz, boring pulak duduk rumah mop lantai....at least dengan kedai ni aku ada benda lain nak fikir selain buat baju, buat lantai, buat jamban...masak apa hari ni...dll. heheh...

So memang rugila pindah ni. Tapi bersyukur sangat banyak pembaziran dibuang.
1. pekerja (dah buang)
2. kwsp n socso
3. mesin kredit kad (potong....azab nak potong servis ni, setan betul) CASH ONLY la sekarang.
4. fixed tel line (potong...last time pekerja asyik kol boipren...bangang tul)
5. unwanted seller/supplier....(bila u buka kedai, salesman akan mai dan they expect u to buy on the spot. ada yang tiap minggu mai...


1. sekarang ni, stok yang boleh expired, akak akan jual sampai habis (yg dah expired buang)...rugi tau. catit yg expired tu...produk macam ni...kurangkan. restok yg betul2 jalan saja.
2. fokus produk mana nak jual...akak dah tak nak jual produk merepek. yang branded dan premium saja sekarang. produk murah selalu akan ada problem...
3. fokus online dulu...
4. sekarang no pekerja. tapi lambat laun kena ambil juga...sekarang ni buleh cope. no walk in. sesapa nak datang wajib buat appointment. jimat duit pekerja.

My feeling?...i feel happy that i m involved 100% in my shop now. I m taking my time decorating it. Make it nice...not like typical shop....it's comfy for my kids to lepak there while i m at 'work'.
Tak macam dulu, harap orang yang bungkus...it's like a start over lah.

InsyaAllah, kalau ada masa akan ku coretkan...APAKAH langkah2 nak cari kedai dan buka kedai. Buat bisnes, semua orang macam WOW! ada kedai...tapi sepatutnya kedai tu last sekali.

Akak ni...nak wat camner, tak buleh buka gudang di rumah. Lagipun susah nak meet up supplier kalau kt rumah...semua orang macam, eh buat kat rumah jelah...kalau suami bagi dah lama dah...tapi bagus gak, kalau tak tak leh fokus. Asyik fikir nak cuci jamban, lap cermin, lap lantai, sapu sampah...dll kerja rumah yang banyak gila tu. Kbai.

Camne nak buat website bagi orang biasa-biasa |PART2

Assalamualaykum dan Salam Sejahtera. Eh ramai pula yg bace post sebelum. Thanks... Dah fikir nama website? Pilih yang ikut niche you. Se...