Banyak aktiviti yg kami join tahun 2018. Antaranya, menyusuri Sungai, River Scientist, herbalist, book club, Exibition and so on so forth. Yg penting, mak kena rajin. Mak terpaksa rajin demi anak ye.
Tapi..... Saya tengok keadaan dia macam makin teruk. Saya ingat dia akan relax bila bebanan nak ke sekolah tu tiada. Harapan saya untuk tengok dia bercakap dengan kanak2 lain macam tipis.
Saya risau.
Dia, bila jumpa budak2 lain memang dia berdiri belakang saya saja. Pegang tangan. Geleng2 kepala dan nervous sangat. Tak cakap langsung. Kadang2 saya jadi fed up dan nak marah tengok kelaku dia. Nak ketuk ketuk luku luku je kepala tu dalam hati ni la....
Nak jerit kenapa hg macam ni haa?
Memang malu. Selalu kena explain kat ibu2 lain kenapa anak saya mcm ni.
Adiknya Aisha pun ikut. Dia pun mcm terikut dengan perangai kakak.... Stress gila. Cerita kat husband. Dia kata buat la apa nk buat. Dia dah fed up. Senang je dia fed up.... Tensen tau bila fikir. Semua atas kita je. Nangis saja saya bila sorang2. 😭😭😭😭😭😭
Sebagai org Muslim mestilah saya doa ... So saya sgt hangat hati bila org suruh saya doa. Tu yg malas nk cerita kat soc med. Semua tak faham masalah saya ni. Ramai yg kata nanti oklah tu... Anak dia pun mcm tu.... Huhuhu. Tak.. Anak kita tak sama 😭😭😭
So saya fikir2, tak boleh jadi ni. Kena ada intervention. Saya perlu proper diagnosis untuk anak saya. Takmau pi jumpa 'pakar' duit habis tapi takde diagnosis. Yes it is very important to me. Sebab I tau dia ada sm tapi takde diagnosis macam mana?
So kawan suggest pi satu center kt kajang... Mcm Islamic la. Yg sebelum ni tak... Budaya pun tak sama. Susah. Buat appointment. First session rm600 tak silap. Hangus dibuat ya 😧😱😔😑
Tapi takpe demi intervention dan diagnosis saya korek tabung haji. Laki tak cukup duit untuk belanja di luar budget. Semua family members kena hadir mcm biasa sebab dia nk rule out mcm2. Biasalah selalu budak trauma mesti ada sebab.
Ada psycologyst terus aim mak bapak sebab kes dia selalu berunsur seksual.... Kena pandai pilih psycologyst la. Cek dulu background dia. Memang sesuatu yg saya tak suka bila kena cerita masalah lampau sampai tahap masa pregnant. Kalau boleh taknak lalui sesi ni lagi.
Mcm2 test la. Banyak yg kena jawab soalan questionairs tu. Biasa ya. Adelina pun kena jawab secara bersendirian.
Dia tak bercakap di center tu.
Akhirnya dia di diagnose dengan memang saya tau dah iaitu selective mutism. Dan dia berada di tahap yg tinggi. Jika tak rawat mungkin dia akan kekal macam tu. Dia kena pi sekolah semula...
Tensen saya bila dengar kena pi sekolah.
Dan kena buat terapi. Rm200 per hour. Terberak lagi.... 😔
Tbc.
No comments:
Post a Comment