Tuesday, February 5, 2013

Homework...

Anak punya homework,
Mommy yang stress...
Ingat masa sekolah kecik2 dulu, takde sapa kisah pasal homework...
Tapi kita tahu itu tanggungjawab kita dan kita buat walaupun takde sapa suruh pun...sebab esok cikgu nak tengok nanti cikgu marah kang...cikgu dulu ada rotan....
Sebab aku anak cikgu so cikgu kat sekolah tu tak beranilah nak tibai aku...
Tapi homework mesti jamin siap.

Tadi masa ambil si Adam kat tadika, cikgu tanya Adam ni memang susah buat homework ke?
aku cakap, memang susah sikit...tapi dalam hati, rasanya dah buat habis semalam ada satu page tak sempat buat.
Depa ni bagi homework banyak la plak, berhelai-helai. Dia ni sehelai pun....Masyallah nak cakap inikan plak berhelai.
Pastu cikgu bagitahu, Adam ni suka berangan dalam kelas...maksudnya hilang tumpuan. Dia tanya samada Adam ni ada masalah ke?
-Memanglah cikgu, dia ni umuq 5 tahun baru boleh bercakap so memang lewatlah dia nak catch up dengan kawan sebaya-
Takpelah cikgu kata depa tak strict sangat dengan dia walaupun homework tak siap....kalau budak lain mahunya kot 'kena',

Walaupun begitu ku rasa tak berapa seronok....check beg Adam, ada homework tertinggal ke? Takde pun...takpelah kita buat ajer homework tak habis semalam, Homework tu suruh tulis 'spell the numbers' kalau 1 spell lah 'one'...2 = two... susahnya nak suh dia buat ni. Dia tak faham...kenapa kena spell. Ada gambar sebelah tue, dia nak tulis 1 instead on 'one'...jenuhlah aku pun menggelegak.

Dia plak buat takmau tengok lah....macam biasa nak balik rumahlah...Suara aku pun start naik dah...
Then, i stopped. Tarik nafas 2x3 kali. Cari kad nombor dengan tulisan spelling...bagitau dia ini kena spell bukan tullis nombor. Lama-lama dia faham lah... lepas tu puji sket, ha...pandaipun.
Dia pun seronok...Adam pandai ke? Yelah, Adam dah pandai dah.

Kesian plak marah macam rimau beranak tak lepas tadi...
Susah betul nak mengawal temper.
Selalu ingat nak berzikir banyak tapi selalu tak sampai tahap...
Tahun ni, seriously kena rajin!

p/s- balik rumah, saja check beg Adam sekali lagi, betullah ada lagi buku homework tertinggal, nak kena siapkan....ARRGGGGGGGG!!!!!!

5 comments:

  1. bdk darjah 1 pun tak banyak homework :p

    ReplyDelete
  2. masuk darjah satu nanti mesti mak stress lebih...
    kalau tiap subject cikgu bagi homwok...macam kita dulu jenuh gak la...
    zaman persekolahan kembali!!!!
    NOOOOOO!!!!!

    ReplyDelete
  3. homework yousoffe pun susah la..macam tahap darjah 2 time kita. Semalam siap ada teka silangkata. Dia tu ejaaan pun duk terhegeh-hegeh lagi. Silangkata tu susah wo..pastu ada kena baca satu paragraph dengan ejaan yg banyak suku kata. Kesian kat dia..tapi kita tak boleh wat keja sekolah depa... Banyak pulak tue. Hemphhh...(Mum's dilemma..)

    ReplyDelete
  4. tulah pasal, harini punya homwok english... suh susun abjad berkecamuk bagi jadi perkataan.
    Eja pun tak boleh depa suh susun abjad ...
    So mak dah tulis siap-siap kat bawah bagi dia salin ajer.
    Betui ke tadika dah sampai tahap ni?
    Ni buku sekolah Pasti punya edition...
    Macam mana nak pulon nie....??? Haish...
    Rasa macam nak pinjam buku anak blackmountain hat darjah satu ushar sat.

    ReplyDelete
  5. Masa anak aku tadika Cina dulu.. aku pun selalu baran camni..
    Balik je sekolah.. dalam kete aku dah tanya..
    ADA KEJE SEKOLAH?!!

    Bila dia jawab ada je.. aku dah mula STRESS!!!

    Bagi bukan sikit2 lak tuh..

    Anak aku baru 3 1/2 tahun.. bagi homework cam bulan depan nak ambik UPSR!!!

    cukup setahun.. lansung aku bentikan sekolah

    ReplyDelete