Hari ni pergi beli barang dapur...ok, ikut plan nak pegi pukul 10.30pg macam biasa. Sempatlah habis soping pukul 11.30 terus ambil Adam di tadika.
Tetiba, supplier call...nak hantar barang lagi 15 minit sampai? Berapa ringgit semua ni? RM800 ++. Alamak awatlah tak call awal-awal? Selalunya akaun department akan call dulu hari sebelum. Dah sudah tergedik-gedik pegi bank...si adik tak sempat salin cd. hanceng giler... dari rumah ke kedai jauhla jugak, dalam 15km jugaklah...dah settel semua, malaslah nak buka kedai harini lagipun takde barang nak bungkus. Lepak rumahlah.
Tukar plan, lepas ambil Adam baru ke Tesco...beli itu ini itu ini...si adik pun mengantuk tunjuk tantrum. Masa bayar pulak cubalah cari counter yang jauh dari grolier...dah takde, depa buka 3 kaunter betul-betul depan tu. Dah habis bayar ni, cam biasa mamat grolier akan mai masa tengah terhegeh-hegeh simpan duit dalam dompet...layan sikit la, bagitau 'saya dah beli'...dah, depa nak nama kawan untuk program referal pulak...haritu cakap dengan mamat lain, hari ni mamat lain...sama jer program referal tu bukan sesuka hati aku boleh bagi nombor kontek kawan aku...kena tanya dulu. Adik dah takmo duduk dalam trolley, nak dukung..camner nak dukung? nak tolak trolley lagi, aku letak jer dalam tu, menjerit gila baban punya...semua orang tengok. Come on laa...tak pernah tengok budak nangis ker? Aku cool jer...Aku, kalau nampak budak/anak orang tantrum aku akan cuba buat tak tengok, kesian parents dia...Normal la weh. Menjerit histeria tahap gaban sampai masuk keter...aku letak kat belakang, terus balik...histeria sampai rumah...sakit telinga tau dak....
bersambung...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
No comments:
Post a Comment