Monday, October 29, 2012

Monday no Blues

i tadak monday blues...
sama jer hari hari.

tapi hari Isnin selalunya sibuk.
especially lepas cuti umum.

hari sepagi duduk depan komputer...(dah abis baru tulis blog ini).
hari ni memang set tak buat loundering...esok jelah.

1. print order akak untuk order katalog. Perniagaan untuk adik beradik...tak ambil untung.
2. print inv untuk customer yang baru bayar. Perniagaan utama.
3. send paypal inv for customer overseas. Perniagaan utama.
4. reply email kawan I yang order kasut baby...Perniagaan sampingan.
5. email gambar set kasut, mitten, topi baby untuk kawan II. Sama..sampingan.

6. bayar bil api dan air...m2u dan cimbclicks.
7. bayar beg courier untuk packaging.
8. Tukar appointment check mata adam kat hospital...by call.
9. Call kompeni katalog tanya jumlah barangan yang ahli keluarga order...
10. Order barangan akak kat kompeni katalog tersebut...

Kejap lagi macam biasa akan kelur buka kedai...dan bungkus barang...ambil barang.

Malam nanti...
Buat banner untuk Deepavali & buat FB add untuk Deepavali Promo...
Itu jelah.


Wednesday, October 24, 2012

Esok balik...!!!

Di dalam kesibukan...esok dah Khamis. Jumaat Raya Haji...alamak! Banyak lagi kerja tak settle. Esok kalau takde order senang la sikit. Baru berangan nak buat stepping stool esok...tunda lagi projek weekendku.Baju...ada sebakul lagi tak basuh. Kalau basuh pun tak sempat kering. Musim hujan. Esok pagi basuh juga ampai kat dalam jelah.
Lampin kain...satgi tengah malam sikit basuh. Kalau sedar awal-awal harini dah dd (disposable diaper)...Packing...sekali lagi.  I hate packing.
Kucing-kucing...terpaksa tinggal lagi untuk 3 hari. Kalau dulu si bubu kami berani tinggal sampai 5 hari dalam rumah (bekal foods dan plenty of H2O) tapi dah 2 ekor...takat 3 hari boleh. Si Oren kuat makan pastu kencing merata nasib baik haritu dah alas sofa dengan plastik. Selamat sofa aku. Kali ni nak buka tingkap belakang bagi depa keluar masuk. Bukan taknak buka, dulu selalu buka bila tinggal bubu tapi kucing lain suka masuk curi foods dia ni. Takpe kot sebab sekarang ada Oren kuat lawan. Bubu dah tua tak kuat dah.

Si kecil kat kedai tue...hopefully orang yg confirm nak ambil esok jadi lah mai adopt dia. Masuk kali ni dah 4 kali orang buat main-main nak tapi tak mo...ini kali last. Kalau dia tak ambil jadi aku bela jelah. Dah comel pun. Cuma kesian la kucing kecil tu selalu di buli Adam... (perihal kucing lagi...)

Selamat Raya Haji.

Sunday, October 21, 2012

Simple Sunday Project: Foux Pearl Bracelet Beading

Tajuk macam gah...harini hujan...indoor jer nak bertaman tak leh.
Dah lama nak buat kat inner pink ini tapi biasalah...malas. So harini keluarkan mesin jahit dan buat!
Ini inner pink yang i beli harganya rm15. Kalau pakai t-shirt lengan pendek i akan pakai lah inner ini...rasanya nak buat kat leher pun boleh kot tapi dek pakai tudung...tak yah lah. Pegi cari t-shirt lama-lama yang masih elok materialnya....pastu recycle :) 

1. Gunting baju t-shirt lama atau baju tak pakai...gunting jadi macam kelebaran riben 1.5 inch. Lepas itu, you jahit jelujur halus dan tarik perlahan jadi macam renda seperti gambaq di atas...



 2. Penitikan pada lengan tadi...kalau tak konfiden nak jahit, bolehla jelujur atas lengan inner itu. Lepas tu jahit mesin corak zig-zag okay...











3. Dah siap mesin, ambil manik mutiara palsu, i guna 3 saiz ikut suka you lah yer...kaler plak guna kaler putih dan kaler mutiara...kalau guna sedondon tak cantik lah...Jahitlah maniks tersebut guna teknik 'manik susunan beriring'. Boleh rujuk internet google mesti jumpa camner nak buat amatlah senang orang ambil upah mahal ooo...



Comel tak? Masa membuatnya tak lebih 2 jam....
Tada!!!

Friday, October 19, 2012

Terpaksa balik kampung

Aku ni...tak suka balik kampung. Hometown aku pun aku tak suka, ni plak hometown hubby.
Sejak kahwin memang tak suka balik kampung dia...sometimes wonder macam mana dia boleh duduk kampung masa kecik-kecik dulu...dah kampung kelahiran, nak wat camner, hidup jelah kan?
Dah lah hari ahad ni si Adam ada periksa akhir tahun...kalau balik kg, dia asyik main jer, tak nak lah buat ulangkaji...
Bila balik kg, banyak household chores tergendala...pastu bila balik mai...berlambak kerja surirumah kena buat. Surirumah fahamla kot, kalau wanita kerjaya tak berapa faham sangat masalah surirumah yang remeh ni.
Kat kg....semua masuk kelambu awal...untuk aku yang selalu tidur pukul satu nie...terasa amatlah buang masa tidur awal-awal ni...nak stay up takut...maklumlah kampung macam-macam bunyi ada. Walaupun tak percaya karut but i pernah 'diganggu' kat sana masa mula-mula kawin. Lantak kaulah hantu, kalau bran mai....aku nak tanya banyak soalan pasal 'death'...tak dak lah gangguan lepas dapat anak.
Kat kg boring....takde apa leh buat, internet tahap G ajer...ikut angin, kengkadang H+...tetiba jadi E...hmmm
Kat kampung...tak berapa suka tandas...tandas kampung fahamlah kan. Malas nak citer.
Kat kampung kena jaga anak betul-betul sebab pintu terpelahang luas takde grill pastu ada perigilah...sungai lah....ulaq lah...asyik jerit jer panggil anak-anak yang suka berlari kat luar tu...kalau kat rumah ni....tak perlu tengok pun. Persekitaran selamat.
Next week balik lagi...sebab Raya Haji lak...bosannya! Mak aku takde kat hometown so beraya kat kampung hubby lagi...
Orang lain punyalah excited balik kampung tapi aku...malas nak packing dan unpacking balik nanti.
Takpelah...at least ada kampung halaman untuk anak-anak. Jadi apa-apa emergency boleh lari kampung kan????

Thursday, October 18, 2012

Quick update

Today, i made bunting...really quick one. Got idea from The green dragonfly. Love her blog lah!
I made it as a decor at my shop...but the pix quality is not good lah. Tablet only meh... love it (the bunting). You can decor your office space too with this cute little bunting.
I recycled my children's old and torn clothes and sew the little triangles on a ribbon....cantik tak?

I cut the clothes into little triangle and sew using sewing machine. I bought the cute paper clips at mr. DIY only RM2.50 per pack!

Background decor at my shop...

Also hang some of the buntings to spice up the mood :)

Tuesday, October 16, 2012

Serene Kulim

I love Kulim...
So serene, less people & i have everything i need here...if i need to shop for something not here, just 45 minute drive to Penang.Or...shop online.
Klinik kesihatan is less people, no foreigner of course. Klinik ibu & anak...waiting time is less than 30 minutes...(better than private clinic). The nurses are friendly...Klinik LPPKN also nearby. Just 10 minutes drive from my home.
Private Hospitals are a lot on the island and there are 2 in Bandar Perda and Bagan...just 45 mins drive also. Hospital Kulim = only 15km away (been there once 4 years ago).

My soul-mate mentioned that he wanted to apply for another job in KL. I said go ahead if the company is willing to pay higher. He is working with one of the best employer in the world.... Careful, living in a big city is very expensive...and i don't like living in high rise building. How ever  it would be fun because my sisters and brother all are there...we can do tonnes of activities together plus i can fulfill my dream to pursue phD...so many higher learning institutions over there.

I don't know if our rezeqi is there...but i love Kulim i do! I can breath very deeply to the bottom of my lungs with fresh air! I can go anywhere in 15 minutes. No jams...No flash flood...you know our 4wd broke down because of traffic jam in heavy rain but luckily managed to come back to Kulim and got fixed here. That poor diesel giant is so spoiled here in Kulim. Traffic is so smooth. Definitely gonna buy a smaller car if we have to move there.

Anyway i had a blast with my sisters and bff. Really hope to turun KL again soon ha ha!
I managed to crochet a set of baby hat and boots for my new niece.

Yesterday, I was overwhelmed by chores didn't know where to start...I am no multitask er.
I refrained myself from crochet activity until i done all my 'kedai' pending tasks. Will crochet again tonight. I miss the yarns...

Remember the kitten i saved? we brought it along to KL leaving other two in boarding. Yes, still with me coz nobody wants it. Started to fallen in 'love' with the kitten.

Friday, October 12, 2012

Shopping...

Agenda kat sini soping saja...(kat Selangor/KL)
Hubby i takde, pergi kerja la. Dia duk hotel kat area klcc tu. So, i menumpang rumah adik. Adik i ni tengah cuti study. So, dia adalah kat rumah...takde soping apa pun. Biasa jer, kali ni pergi ikea beli barang sikit sambil ambil katalog baru 2013. Tak banyak sangat membeli cuma beli tambahan drawer untuk ofis/work space kat rumah. Dulu dah beli meja. Kali ni beli drawer set dia pula...ingat nak beli tu ajer tapi sambil berjalan tangan sambil mengambil barang masuk stroler, sampai kat area toys, masing-masing rembat toys...so budget agak naik. Tapi kami semua bayaq cash tak guna cc so...poket terasa slim...tapi tak tanggung hutang. Lega fikiran.
Ah sebenarnya nak jumpa bff kat situ tapi salah bagi tarikh untuk dia mintak cuti....alamak! kesian dia minta cuti untuk next week. Sebab tu, ikut plan b, pergi shah alam jumpa sanalah, Alang-alang sampai sana boleh pergi butik-butik kat jalan plumbum...tapi kami bertolak agak lewat...sampai dah pukul 4 petang...pastu nak hujan...bawak budak 4 orang semua aktif main aci ligan (kejar-kejar) dalam butik....dapatlah sehelai shawl...jadilah. Yang penting dapat jumpa my bff. Next time pegi lagi! Balik jem plak...sebab time kerja hari jumaat plak...sampai dah lenguh badan...dah tua kot. Kalau bertolak awal sikit banyak sikit butik boleh masuk...

Kat butik tudung tu...stok tak banyak...agak kecewa juga dengan promosinya. Anyway semoga butik tu dapat membanyakkan stok dulu sebelum buat promo. Dan hirelah web designer buat website elok-elok...senang nak update stock dan untuk orang beli online macam web i...tak perlu update stock manualy. Once habis, orang tak leh beli dah...bayarlah sikit...bisnes you pun dah top kan. Orang macam i memang tak beli kat blogshop sebab kurang kepercayaan...semoga terus maju ya.

Esok...soping kasut plak :)

Sunday, October 7, 2012

It's a productive day indeed...

Baju lama budak-budak, tudung lama, baju lama i pun...baju winter pun ada... yang bertimbun dalam bilik tamu...akhirnya aku kemaskan, pilih mana nak derma, mana nak buat kraf dan mana nak buang...buruk sangat buang, still wearable---> derma dan yang sayang nak buang tapi dah buruk...buat kraf selimut.

Kipas siling 4  buah sudah dibersihkan setelah turun salji hitam...
Rumah telah dibuang sawang...mak cukup tak suka tengok sawang katanya tempat makluk halus bertenggek. (i tak percaya sangat bendak karut nie...)
Bilik tidur, office hubby pun dah divacuum.
Baju hubby yang berlambak gantung tapi tak dipakai pun telah di sort...pastu paksa dia pilih mana nak simpan dan mana nak derma.
Bilik mainan budak-budak yang bersepah dengan mainan sebab aku malas nak sort ikut pengkelasan pun...dah elok disimpan hanya tunggu dipunggah balik...dah punggah pun.

Sofa yang dikencing telah ditukar dicuci cover. Nasib baik ada salinan. Tapi kencing telah telap sampai bahagian bawah...terpaksa sembur febreez banyak gila sebab tak leh basuh bahagian tu. Yang bahagian kusyen terpaksalah basuh...nasib tak baik musim hujan taktau bila nak kering.

Sempat ke Tesco beli barang keperluan untuk 3 hari sebelum ke KL lagi. Ingat nak pi esok tapi esok nak ke hospital check mata Adam.

Topi untuk baby kawan yang dia tempah pun dijangka siap malam ni...
Kasut babies untuk sesapa yang tempah pun dah siap...
Kasut baby untuk my new niece pun dah siap...

Yes , it is a productive day indeed!

Saturday, October 6, 2012

Tiada maaf bagimu..

Sejak beberapa hari ni, si oren asyik nak duduk luar jer. dah tak nak manja-manja dah. Bila bawa masuk dalam, terus dia sibuk nak lepak kat luar...habis kotor bulu dia.
Kadang-kadang rasa terkilan plak.
Semalam bawak dia cucuk vaksin pertama, kena RM55. Semua ada 4 kali...Cucuk anak aku pun free je taw.
Anyway takpelah, dah tanggungjawab tuan kucing.

Harini, kami semua pegi melawat mak aku...maklumlah dia baru buat laser mata sebab katarak. Macam biasa, bawak si oren masuk dalam sebelum keluar, takut nanti lapar ke sebab kami akan balik lewat...

Sampai di rumah, ada bau busuk pelik...
Sebenarnya memang rasa agak pelik sebab litter box tak disentuh...sejak semalam lagi.
La...rupanya dia melepas atas sofa! Kencing situ plak...
Dah lah letak Lina kat situ. Habis busuk anak aku.
Tak guna punya kucing, penat aku buat macam-macam, litterbox mahal nak mampus,
kau melepas atas sofa? macam mana aku nak cuci?

Dah, la ni hang duduklah kat luar tuh. Dah galak sangat nak protes nak duduk kat luar, silakan. Mampus pun takper. Orang nak curi? silakan. Kalau sampai kena anak aku...memang tiada maaf la.

Wednesday, October 3, 2012

Apa patut buat?

Sebenarnya lama tak update about my kids home edu and Adam's speech development after the therapy ends kan?
Lina's brillkids dah sampai day 99! Malas nak snap pic buku tu lagi. Nanti i tulis jelah apa yang dipelajari setakat ni. Dia dah kenal banyak benda dan vocab. Dia dah pandai cakap. Insyallah tak jadi lambat cakap macam abang. Adik dah start buat pre-writing activity kat rumah...sebab nak didik dia pegang pensel dengan betul. Semua aktiviti printing pre-writing di download dari internet jer..kat link-link sebelah nie.
Adam lak banyak improve dan cepat tangkap. Sebut sekali jer dia dah ingat...cuma pegang pensel jer tak betul. Walaupun tak betul dia lebih selesa tulis macam tu dari yang cara pegang pensel yang betul. Cuti sekolah ni memang kena ajar Adam pegang pensel. Nak tanya cikgu dia ada buat kelas tambahan tak, kalau ada suruh pergi. Nanti dah buka sekolah dah lepat liat nak pergi sekolah pulak.
Untuk si Adam memang just monitor dia buat homework jelah. Tak sempat nak suruh dia buat additional activity...kertas kerja miss K bagi dulu pun still tak habis buat.

Me...i have been busy these couple of days with orders. Everyday i wish i could yarn over (crochet) but there are lots of stuff to be done at the shop. New products coming in ---> snap pics, editing & cataloging... Come back home the off to cook dinner and norm chores...I just have time after 12 midnight. I will crochet till 1 am. Wake up at 6.30 am...

Tapi sebenarnya nak cerita pasal benda lain. Baru-baru ni ada malaun (orang jahat) mana ntah yang buang baby kucing...habis semua jatuh dalam longkang. Akak-akak kat kedai makanan bawah ni dah tak kisah pasal kucing ni. Larat nak kisah, selalu sangat orang buat...jenuh la kan. Ada la seekor terselamat...tapi you taulah baby kucing perlu jagaan rapi macam baby manusia juga. Ada feeding time. Kalau i nak ambil seriously kena bawak balik rumah. Then problem with hubby plak. Nanti menderhaka macam mana? Kita nak jaga mak kita pun kena ada kebenaran suami, kalau tidak sepanjang kita jaga mak kita tu dikira berdosa bukan pahala....
So i doa jelah semoga ada orang ambil babycat tu...sedih sangat dengar dia mengiaw... ni anak kucing dalam kedai ni pun tak de orang nak adopt.... Apakah perasaan orang yang buang babycat without the mommy cat? Apa tujuan you buat macam tu? You nak lepaskan beban kat orang lain? Biar orang lain tanggung dosa? Seriously berdosa buat macam ni sebab you telah menganiaya binatang tak berdosa. Semoga Allah memberi balasan sewajarnya kepada you yang telah buang baby cat tanpa ibunya ini.

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...