Sunday, October 21, 2012

Simple Sunday Project: Foux Pearl Bracelet Beading

Tajuk macam gah...harini hujan...indoor jer nak bertaman tak leh.
Dah lama nak buat kat inner pink ini tapi biasalah...malas. So harini keluarkan mesin jahit dan buat!
Ini inner pink yang i beli harganya rm15. Kalau pakai t-shirt lengan pendek i akan pakai lah inner ini...rasanya nak buat kat leher pun boleh kot tapi dek pakai tudung...tak yah lah. Pegi cari t-shirt lama-lama yang masih elok materialnya....pastu recycle :) 

1. Gunting baju t-shirt lama atau baju tak pakai...gunting jadi macam kelebaran riben 1.5 inch. Lepas itu, you jahit jelujur halus dan tarik perlahan jadi macam renda seperti gambaq di atas...



 2. Penitikan pada lengan tadi...kalau tak konfiden nak jahit, bolehla jelujur atas lengan inner itu. Lepas tu jahit mesin corak zig-zag okay...











3. Dah siap mesin, ambil manik mutiara palsu, i guna 3 saiz ikut suka you lah yer...kaler plak guna kaler putih dan kaler mutiara...kalau guna sedondon tak cantik lah...Jahitlah maniks tersebut guna teknik 'manik susunan beriring'. Boleh rujuk internet google mesti jumpa camner nak buat amatlah senang orang ambil upah mahal ooo...



Comel tak? Masa membuatnya tak lebih 2 jam....
Tada!!!

2 comments:

  1. aku takleh pakai mende manik2 ni..pakai 2-3 kali dah cabut manik satu persatu..hahah..sungguh tak reti nak jaga..

    ReplyDelete
  2. kalau beli...memang depa jahit cukup makan jer. Guna satu benang. Pemati pun cukup makan...mahu tak tanggal....sellalu jahit kat orang jer. Aku pun tak suka pakai manik, susah nak basuh, simpan kena lipat jer jangan gantung...

    ReplyDelete

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...