Tulah, demam haritu tak baik lagi.
Taktau dia nie demam sebab main panas atau sakit gigi.
Siang tadi ingat nak pi cabut gigi dia yang rosak tu tapi klinik tutup lak.
Mungkin cuti sekolah doc tutup kot. Nak cari klinik gigi lain...kat kulim ni tak banyak klinik gigi.
Apart from klinik kerajaan yang ramai nya orang tue, adalah 2-3 yang tak berapa best cerita yang didengar...camana nak buat nie? kesian anak aku sakit gigi dah takmo makan lani demam tinggi plak dah...ubat dah takmo makan...mak yang tensen nie. Kalau hari-hari biasa dia ni hokay jer telan vitamin ke ubat batuk ke tapi kalau demam...jangan sebut 'ubat' meraung terus...kita orang pempuan ni kalau anak sakit punya risau anak takmo makan ubat, bagitau bapaknya, pastu bapaknya naik atas pujuk sikit dah budak tak nak makan jugak, depa kata takyah lah makan...biaq panas. Adoihla, tak membantu langsung! Senang tul depa ni lepas tu pi tengok tv citer running man. citer korea yang bodo takde arah tujuan.
Anyway mak ni akan tabur sikit-sikit ubat demam tu campur air kat bibir dia malam nie. Nak masukkan ubat kat bonbon memang ada tapi kesian kat dia trauma kot. Dia ni dulu masa baby memang kuat sakit sebab tu mak kena quit job jaga dia. Dia ni memang anti ubat-ubatan sejak zaman baby.
Hopefully demam tak panas sangat malam ni. Mak akan jaga macam biasa sponging ajerlah kan. Itulah termampu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
No comments:
Post a Comment