Sebenarnya bukan jalan-jalan pun cuma tunjuk muka jer kat kelab kereta hubby saya.
Adalah aktiviti makan durian dan selebihnya depa akan sembang pasal enjin kereta...boring.
Kalau ikut hati takmo ikut sebab tak minat pun makan-makan buah-buahan. Tak kira buah apa saya tak minat.
Tapi...sebab aktiviti keluarga terpaksalah ikut. Habis plan nak kait baju krismas untuk pelanggan harini.
Dah sampai tu, saya memang tak bagilah budak-budak ni masuk laut. Lagipun pantai tak bersih dan air pasang. Bahaya...! Makan durian 7 ulas..dah start muak dah. Pulut? saya tak suka makan pulut.
Adam lak asyik main panas balik rumah terus demam...Adik ok takde masalah cuma tak makan langsung di sana tadi. Minum susu jer hobi dia.
Kat sana ada lah akak ni asyik promote produk kecantikan...nasib baik dompet tinggal dalam kereta. Lagipun duit tak banyak dalam tu. Kalau tidak dah habis dah duit sebab saya jenis lemah tak leh dengar orang buat promosi nanti rasa kasihan dan terus beli. Alaa akak ni, saya ni tak kisah pun saya cantik ke tidak. Banyak jerawat ke tidak...mungkin bagi sesetengah orang kecantikan segalanya tapi bagi mak beranak dua ni, cukuplah mekap lipstik bagi nampak tak pucat dan bb cream. Buh kaler macam-macam pun nampak fake...dalam movie oklah. Muka chek pun dah clear dari J so as long as i feel happy there's no need to go spa apa bagai buang duit ajer. Target saya cuma nak beli mesin ab roller ajer sebab nak sihatkan badan...hokay?
Yang lain-lain tue sampai nak licinkan kulit sampai tahap kertas dan payu up la, bontot up la, memang saya tak layan lah sebab kalau niat tu nak tunjuk kat orang...dosa tu. Kalau niat kat hubby then its hokay. Dahlah bontot saya dah lawa besaq nie. Tak kering macam dulu. Apalah saya merapu ni?
Cuma nak habaq la, kecantikan tu luaran saja...you buat camner pun kedut tetap akan datang bila sampai masa.
Tahu tak, pada hari ke tiga kita mati di saat mayat kita membusuk dan berulat, roh kita akan datang melawat kita dan berkata 'wahai manusia alangkah rugi di saat engkau hidup engkau sibuk menjaga badan tetapi tidak sibuk menjaga amalan' lebih kurang macam tulah bunyinya. So...dah tua-tua nie kita patutlah lebih kan jaga amalan lah yer. Muka you yang cantik tu akan berulat akhirnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
No comments:
Post a Comment