Wednesday, February 27, 2013

Jom buat pin shawl...

senang...
sebab lanie bukan musim shawl, so dah takde jual benda camni.
kalau jumpa pun, tak cantik dan batu permata dah jatuh. Rega mahal gak dalam rm6 satu pin dengan batu senget...
aku memang selalu stuck dengan fesyen tudung terkebelakang...sekarang ni orang sibuk pakai tudung awning...layer3-4 lapis, ada lace-lace...pastu duk gayakan selendang atas tudung awning tula kan?

muka aku bulat, so bila pakai tudung fesyen terkini hat layer 3 lapis tue, muka dari comel terus nampak macam maid indon.
hubby kata huduh...
so, stuck with shawl lilit-lilit jelah...
jom buat sendiri benda cucuk-cucuk tue.

1. Bahan2: crimper/cutter macam playar tu, pin lampin, butang atau brooch yang ting tong ting tong macam janggut panjang tu & glue gun.
 
2. Potong pin tue...make sure yang coil tu termasuk dalam pin yg nak cucuk tu.
3. Letakkan atas belakang butang...pastu buh glue gan.
4. Macam itu lah rupanya lepas taruk gam. bubuh biar generous hokay...
5. Yg brooch ada ekor tadi, buka dia punya o-ring dan sangkut ajer kat coil pin tadi...tutup balik ring tu guna crimper tadi.

aku nie, beli brooch panjang-panjang tapi bila nak pakai kat bawah dagu....rasa macam janggut. so, simpan jer...

dan...
Sedia untuk dicucuk atas kepala....

Monday, February 25, 2013

i feel sad... :'(

sebab i call cikgu tadika adam tu, tanya sebab apalah adam asyik kata dia takut nak pegi school?
kan selalunya dia suka...exited nak pegi school.
dia pun bagitaulah...pot pet pot pet
macam adam ni budak bermasalahlah macam tu...
then takpelah, i kata minggu ni tak pegi lah. tengok lah minggu depan...(tak pegi dah kot)

pastu i sedih sangat...tetiba mengalir air mata ketika memandu kereta di kala hujan...

rasa macam...mungkin budak ramai sangat, so cikgu tak leh nak fokus kat dia. salah i jugak dah tahu kelas besar hantaq situ wat per?
dia tak minat dan lambat...cikgu taktau camner nak buat...(cikgu taktau camner nak buat?)
rasa macam....cuak nak hantaq situ dah...
then tepon mak...release stress, dia kata abang i yang no 2 tu macam nilah lambat, then bila besaq dah jadi doc pakar pun...so janganlah sedih. doa ajer kat Allah. Allah itu ada.
So, taktahulah, nasib baik baru bulan 2. Sempat lagi tukar tadika yg muridnya sikit.
tetiba rindu kat school adam yang dulu tue...cikgu understanding gitu. murid sikit tak sampai 10 orang. nanti i bincang dengan hubby.
bolehlah nak ajar kat rumah tapi setakat mana? setakat boleh baca dan kira bolehlah. tapi kena ada persediaan juga nak masuk sekolah nie...
kat rumah i pun amat sibuk dengan benda lain. bila pi kedai lagilah sibuk. sempat tengok sikit ajer. bila ada time baru boleh buat aktiviti dengan budak-budak nie. I am struggling...

dan...sembang dengan mak, mak kata dia takut dengan keadaan politik kat M'sia nie. Semua kawan2 dia cemas dengan pilihanraya nie. seriously i pun cemas. sebab mesti ada kekecohan nanti especially lepas bn menang. penyokong bn ramai...cuma lay low jer.
i am scared.
what if there's no more sistem beraja?
what if there's no more azan?
what if ....
sebenarnya bn banyak menymbangkan untuk Islam tapi hanya dicemuh. Bila dah benci bunga jadi tahi.

depa ni benci sangat dengat duit brim tu sampai pi bakar duit tu. kejadian ni sangat mengharukanlah...macamni ke nak jadi pemimpin negara?
Doa ajer kat tuhan Allah S.A.W. Hanya Dia mengetahui setiap kejadian.

FYI mak saya dulu ahli **S tapi...setelah melihat sendiri cara pimpinan dan lebih-lebih lagi sanggup bergabung dengan *A* terus mak cuak + mual.

Thursday, February 21, 2013

Ha?

Tetiba chat dengan adik, dia kata sepupu kami yg duduk London tu masuk ICU..
ha? Sakit apa? accident ke? Pak Ngah & Mak Ngah dah bertolak flight direct ke sana...siap pesan suruh baca Yassin. Mak pun tak tahu sakit apa. Tapi ku doa jelah. Semoga dapat update kenapa dengan dia.

Pastue...tetiba Adam kata cikgu tampaq kat sekolah, dia tak nak pegi sekolah dah la...
Ha? Bila tanya betul ke? kenapa? cikgu mana...dia marah aku plak. Ish...
Betul ke nie...
Rasa tak best.
Kalau habaq kat hubby mesti kena tukar sekolah lagi nie.
Elok2 sekolah ni balik asyik zikir Ya Allah Ya Allah...Allahuakbar lah...
Tak kan kot?
Dilema plak.

Wednesday, February 20, 2013

Barcode scanner


Tak tahu kenapa, bila pegi soping, mesti ada masalah bila nak bayar nanti dengan barcode scanner. Dalam 5 kali soping, 4 kali akan kena...
dan benda itu mesti benda yg aku nak beli betul2 nak punya.
Hubby cakap aku selalu ambil barang yang ada di depan sekali so kemungkinan barcode scanner dia dah koyak sebab kena pegang banyak kali....
Aku tanya dia? dia pernah check tak barcode sebelum beli? Dia kata tak pernah pun. Tak pernah plak jadi masalah nie. Akan jadi bila soping dengan aku dan mesti barang tu aku punya.
Kadang-kadang barang tu barcode dah tertanggal....so kena tinggal kat kaunter. Kadang-kadang lama gila pilih barang tu tapi bila sampai nak bayar, tak boleh scan sebab barcode rosak..malas nak tunggu so tinggalkan ajer kat kaunter.
Baru haritu, jadi lagi, nak beli beg first aid, comel beg tu, tapi ada masalah nak scan juga...nasib baik hubby nak tunggu so staff pegi ambil barang baru.
Dulu adalah nak beli jeans...try punya try...ambil. Bila nak bayar...jadi lagi. Barcode dah hilang. Tinggal jelah.
Hari ini, nak beli berus gigi si adik, dia punya lah pegang tak lepas berus gigi tue. Aku ingat pesanan hubby suruh ambil yang belakang...dan check barcode, but still.....masa nak bayar, tak leh scan. Barcode dia ada di produk masih elok. Aku berkeras nak beli juga sebab nanti adik nangis...staff terpaksa masuk dalam ambil yang lain dan baru boleh scan....apekah?
It happens to me like more than 100 times already i wonder why...

Tuesday, February 12, 2013

sometimes feel like doing nothing...

like tonight...i wasted my time waiting for my girl to sleep. They had early dinner. I didn't have dinner yet coz rushing to prayer...because my son got toothache so we visited the dentist at 5pm, only back at 6pm and he wanted to play game ps3 so i asked him to bath first, so both of them bathed...then it was already 7pm, i didn't prepare dinner yet, so off to the kitchen and only finished cooking dinner around 7.45pm...(the kids only have porridge since the boy suffering toothache)...then rushing to shower and prayed...suddenly my son said he wanted to sleep, it was only 8pm i said ok, brush your teeth first. He did what i told and rinsed his mouth with salty water (ayaq garam) to kill the bad germs. Then my girl came to the bed and still active, wanted to read books...after the third, i asked her to sleep, she tried...but stayed awake for 1 hour. I was hungry because i need my dinner...suddenly Adam woke up crying because of his bad tooth....i asked him to put some toothache medicine on the teeth but he refused and cried...and cried some more. So, i just went to the kitchen and had some dinner before i go mad. At the end he went to sleep...just like that. 

I bought this Hurix toothache medicine...it tastes like cengkih. Yes, cengkih is traditionally used to ease toothache...it's kind of spicy and minty. He didn't like it at all.

Since he hurt so much tonight, and woke up several times even after paracetamol, he agreed to use that medicine...just dabbed at cotton buds and applied at the bad tooth. Hope it will hold till tomorrow. My poor son...so far so good.

Oh, dentist gave some paracetamol and antibiotic just like before. Hope will kill the germs just like before too, without removing the tooth.

I think he has to skip school tomorrow-

Tuesday, February 5, 2013

Homework...

Anak punya homework,
Mommy yang stress...
Ingat masa sekolah kecik2 dulu, takde sapa kisah pasal homework...
Tapi kita tahu itu tanggungjawab kita dan kita buat walaupun takde sapa suruh pun...sebab esok cikgu nak tengok nanti cikgu marah kang...cikgu dulu ada rotan....
Sebab aku anak cikgu so cikgu kat sekolah tu tak beranilah nak tibai aku...
Tapi homework mesti jamin siap.

Tadi masa ambil si Adam kat tadika, cikgu tanya Adam ni memang susah buat homework ke?
aku cakap, memang susah sikit...tapi dalam hati, rasanya dah buat habis semalam ada satu page tak sempat buat.
Depa ni bagi homework banyak la plak, berhelai-helai. Dia ni sehelai pun....Masyallah nak cakap inikan plak berhelai.
Pastu cikgu bagitahu, Adam ni suka berangan dalam kelas...maksudnya hilang tumpuan. Dia tanya samada Adam ni ada masalah ke?
-Memanglah cikgu, dia ni umuq 5 tahun baru boleh bercakap so memang lewatlah dia nak catch up dengan kawan sebaya-
Takpelah cikgu kata depa tak strict sangat dengan dia walaupun homework tak siap....kalau budak lain mahunya kot 'kena',

Walaupun begitu ku rasa tak berapa seronok....check beg Adam, ada homework tertinggal ke? Takde pun...takpelah kita buat ajer homework tak habis semalam, Homework tu suruh tulis 'spell the numbers' kalau 1 spell lah 'one'...2 = two... susahnya nak suh dia buat ni. Dia tak faham...kenapa kena spell. Ada gambar sebelah tue, dia nak tulis 1 instead on 'one'...jenuhlah aku pun menggelegak.

Dia plak buat takmau tengok lah....macam biasa nak balik rumahlah...Suara aku pun start naik dah...
Then, i stopped. Tarik nafas 2x3 kali. Cari kad nombor dengan tulisan spelling...bagitau dia ini kena spell bukan tullis nombor. Lama-lama dia faham lah... lepas tu puji sket, ha...pandaipun.
Dia pun seronok...Adam pandai ke? Yelah, Adam dah pandai dah.

Kesian plak marah macam rimau beranak tak lepas tadi...
Susah betul nak mengawal temper.
Selalu ingat nak berzikir banyak tapi selalu tak sampai tahap...
Tahun ni, seriously kena rajin!

p/s- balik rumah, saja check beg Adam sekali lagi, betullah ada lagi buku homework tertinggal, nak kena siapkan....ARRGGGGGGGG!!!!!!

Sunday, February 3, 2013

makin meluat...

macam mana nak buat?
bagi makan sekilo sayur dan fiber pun...
dia tahan tak mau poo poo?
pastu buat perangai 'baik' punya.
i dah professional hot tempered.
meluatnya dengan masalah ni.
jelak...bikin tensen!
donno wattodoo...

dalam toilet, banyak iblis taw.
aku yang iman kurang ni, memang loose it.
pastu kesian plak.
harini dah 5 hari jugak dia tahan.
hadoihla awat anak aku lagu nie?
kenapa? dalam jamban nak boleh baca doa apa nak buat penyabar diri?
sebelum masuk baca doa dulu.
tapi bila dia start meraung...Masyallah...stressnya. Hasil tak kuaq pun.
satgi nak turun, pastu ada 'rasa' plak, nak masuk...cam biasa.
Pak dia tak tahan....harap mak hot tempered ni gak.
Ya Allah tolonglah!

Haritukan, ada kes mak dok rotan anak dia sampai dah meninggal masa tidur...tapi takde follow up citer ni. Tak tahu apa jadi. Anak dia hyper crying non stop. Seriously kalau dapat anak hyper memang boleh stress especially kalau sang suami asyik keluar lepas tangan. Harap si Mak ajer nak handle. Dia pula ada baby kecik lain nak jaga. Tak cukup iman dan takde suara suruh 'stop' memang akan terbabas. Si Mak pulak suriumah....lagilah buat anak bantal lepas geram.

Selalulah baca Quran dan doa kat Allah S.A.W agar terhindar dari gangguan iblis yang sentiasa cucuk-cucuk.

Semoga harini anak aku boleh berak dan aku boleh buat kerja lain dengan aman dan tak perlu berulang alik masuk toilet setiap 3 minit lepas keluar...dugaan dugaan. Tengok orang baru kawin kan. seriously nak bagitau si bride..please don't! be single forever!

update: untuk yang single eloklah berumahtangga ikut sunnah nabi ya. Tak baik kalau tak berusaha cari jodoh ya :). Nanti kot baca post ni dah takmau kawen ah susah plak i.

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...