Thursday, September 26, 2013

I want IKEA kitchen...bahagian tiga: Room prep @ penyediaan ruang

Aku nak dapur lantai kayu....
So, aku call kontraktor kayu suruh dia pasang kat dapur. Untuk dapur aku, kena RM1k. Aku sponsor.
Tapi keesokan harinya, paip bawah sinki bocoq!!!!
Aku lupa bab ni, sinki aku memang selalu bocor, suka hati dia nak bocor ke tak...(developer rumah ni pakai barang semua yg paling murah/cikai!. Rumah ni paip tersumbat, karat, tandas tak level dsb) patutnya kami buat piping dulu. Pindahkan paip ke kedudukan sinki dalam design, then flooring. Lantai kayu ni bukan kalis air, aku ingat macam tiles la, kalis ayaq.
(ada yg kalis air, vinyl type....dah pasang baru tau, kot ya kontraktor tu nak bagitau jenis lantai kayu yg sesuai untuk dapur...)
So, panggil depa mai balik buka papan-papan tu semua....then, panggil plumber pindahkan inlet dan outlet. Tebuk tiles apa bagai....berabuk habis dapur aku. Nasib baik dah buang papan, kalau tidak hancur papan kena konkrit...pengajaran. So kalau you all nak pasang lantai kayu, pasang yg 4G (kalis ayaq atas bawah). Mahal kot.

Comel kan lantai kayu....lepas paip bocor, buka balik sampai toilet. Sabar jelah...dugaan.

Lepas tu, aku cat dinding....guna easy clean paint. Senang cuci lepas comot. Penat gaklah. Guna banyak tenaga kena makan nasi sebelum mengecat. Kalau tidak, pening2. Aku ni low blood pressure....

Dah siap prep the room....hubby suruh aku study video nie...aku malas. Sampai barang kat rumah, time pasang kabinet baru aku study.



Lepas ni bolehlah pi shopping kat IKEA tue...

Monday, September 23, 2013

I want IKEA kitchen...bahagian dua: Research & Design

Aku tak tahu berapa ratus kali aku study katalog ikea tu....sampai overwhelmed dan rasa banyak sangat info sampai buat aku jadi tak keruan....taktau nak yg mana. Semua cantik....penat3x. Study kalah subjek bio masa spm. Cuma kali ni barang study semua masuk otak asyik terbayang. Kalau time study bio dulu semua masuk otak macam study katalog nie, aku dah jadi doktor sakit puan dah lanie...kan?

So, aku narrow down ke dapur aku yg kecil molek tu dan budget yg sikit, tak banyak lah sangat boleh masuk....lagi murah lagi bagus. Sebab kami sekeluarga nak cari rumah lain yg lebih besar yg boleh buat swimming pool kat sebelah, rumah ni biar selesa untuk penyewa ler....aku nak dapur ekonomi, cantik, moden dan functional.

Memang aku banyak habiskan masa untuk design....berbulan-bulan untuk dapur kecik aku ni. Sebab kena pilih A-Z. With so many options to choose from. Worth it? Definitely worth your time and effort.

Untuk design, just go to ikea website dan download program kitchen design dia....dah siap donlod pastu mulalah design....jangan lupa ambil ukuran dapur setepat yang mungkin. Tandakan tingkap, pintu. soket, plumbing dan sebagainya....kalau you all kat KL/Selangor, bolehlah panggil ikea personnel pi rumah hangpa semua buat ukuran. Macam aku duk hulu banat nie, ukuq sendiri jelah....sampai ikea cuma bagitau ' saya dah buat measurement, saya nak beli faktum kitchen hari ni. rumah saya jauh'. Kalau tidak dia suruh mai lain. Mana boleh mai lain, beratus KM rumah aku dan damansara nun. Buat muka macam mak datin sikit. Baru orang takut. Jangan lupa dress up macam orang kaya. hahaha!

Untuk dapurku, aku ambil sebaris sahaja. Dapurku kecil, ada dapur zunishu lagi nak muat. Freezer lagi. Memang tak ambil corner cabinet sebab corner cabinet RM900+ satu...Untuk jimat kos, cuma ambil yg harga patut saja....tapi cantik & moden. Tak murah sangat dan tak mahal sangat...

Salah satu designku guna lagan top dan harlig door....RM3xxx.00

Salah satu design guna Pragel top... RM3xxx.00
Ini design final...Lagan top with Harlig White door. Rubrik Glass door wall cabinet...RM4xxx.00. Lepas ni aku tukar sikit lagi bagi rega jatuh balik ke 3k. Cuma tukar wall cabinet kat kiri tue ke shelves with door saja.  Ada duit tukat pintu saja nanti. Yg best pakai ikea, kita boleh tukar door panel, pintu, shelves, metal racking...anytime in the future and I love the accessories.


Bila dah siap, print out the list of item....tunjuk kat hubby untuk mendapat persetujuan. Bila dia kata ok, check stock setiap item kat website.
Pastikan stok ada, jauh perjalanan ni.
Jangan lupa telefon ikea untuk pastikan mereka ada deliver ke kulim...depa kata 'ADA'.
'Kena buat appointement?"
'Tak perlu'
Delivery charges: RM800+ untuk lori 1 tonne (masa aku call minyak tak naik lagi)
Harganya lain semasa kami dah shopping kat ikea sebab minyak dah naik....erk!
Shipping charges ni, kami ada check dengan lori lain (persendirian) lagi teruk, RM1k+....so kami ambil lori Ikea jelah...selamat pun selamat kan?

Bersambung...

Thursday, September 19, 2013

I want IKEA kitchen...bahagian satu: Impian

Sebenarnya aku lebih suka panggil cina kedai dapur buat...just bagitau nak macam mana pastu siap...senang kan?
Lagipun aku rasa Faktum Kitchen tu mesti mahal....
Tapi hubby aku suka ikea kitchen...
Tapi kami di kulim....ikea di damansara....jauh tu.
Camner nak bawak mai sini....baik amik kedai cina kan?
So, kami pun panggil kedai cina berdekatan mai buat quotation...

dapur aku memang kecil. dalam 2 meter x 3.8 meter. Boleh pasang kabinet sebelah saja. Tak muat pasang 2 belah...cina tu quote aku RM11,000. Tak termasuk hood/hob/oven....
Bajet kami: RM6000 saja....
Sedih sebab dalam hati macam impian nak kabinet dapur hancur berkecai....

Adik suruh minta quote tempat lain, hubby suruh design guna ikea kitchen....
Masalahnya aku malas dan takdak masa nak design2 ni....maklumlah usahawanita berjaya. Mana ada masa...

Penyuntik semangat
Cuba intai dapuq aku sekarang ni....selerak dan penuh barang....meluat duduk kat dapur.

dapuq ni aku nak simpan dan combine sekali dengan kitchen baru....save cost.

antara aksesori ikea yg dah dimiliki

tangkap muat....dapuq ni, taktau nak sumbat freezer di mana....geram kat arkitek rumah ni sebab tak reti design dapur.

tudia....antara aksesori ikea yg dah pasang....ikea kitchen wannabe...

Bersambung....

Thursday, September 5, 2013

Vintage DIY Ring Holder


Salam semua,
Idea ni dapat dari favourite site iaitu: Pinterest. What would i do without Pinterest....
FYI, orang putih memang kreatif. Ibu-ibu rata-rata berhenti kerja atau SAHM dan sangat aktif buat kraf dan ada aktiviti macam-macam....seronok baca blog depa. Depa pula tak kedekut ilmu....suka share.

Ok, jom kita buat satu benda ni aku sangat suka. Sesuai dibuat hadiah. Mula-mula you kena print gambar vintage. Aku memang suka gambar vintage. Save dulu dalam komputer, then print. Boleh rujuk link pinterest board Mamalina>print it. Semua ada koleksiku untuk di print....jangan lupa beli frame dan hook. Penting sekali aku cuma gunakan gam PVC yang warna putih tu. Senang didapati di kedai runcit. Gam ni sebenarnya sangat kuat dan boleh bond banyak benda. Kalau omputeh, depa suka guna mod podge. Kat Malaysia ni ada mod podge tapi....rega RM50++ untuk kuantiti yg kecil. Tak gamak nak guna nanti buat perhiasan plak. Gam putih ni RM3.90 sebotol. AKu simpan dalam botol kaca senang sikit nak guna....


Lepas tu, potong gambar vintage tadi dan lekatkan pada board frame (macam gambar di bawah). Lepas kering (2-3 jam) Sapukan gam putih tadi pada permukaan gambar vintage...jangan tebal sangat. Agak-agaklah.



Bila dan siap, tinggalkan 5-6 jam sampai kering betul-betul...lepas kering akan nampak bersinar macam kena wax.

Dah kering....glaze effect.

Bila dah kering, masukkan lah balik dalm bingkai frame. Tak perlulah letak yang kaca tu. Kaca frame tu boleh guna untuk tujuan lain. Di sini, kita lekatkan hook terus pada permukaan gambar vintage tadi...

Dah pun siap....bolehlah gantung cincin/bracelet...

Projek yang sama boleh dipelbagaikan, aku suka buat note board untuk lekatkan gambar dan nota. Enjoy...



Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...