So, aku narrow down ke dapur aku yg kecil molek tu dan budget yg sikit, tak banyak lah sangat boleh masuk....lagi murah lagi bagus. Sebab kami sekeluarga nak cari rumah lain yg lebih besar yg boleh buat swimming pool kat sebelah, rumah ni biar selesa untuk penyewa ler....aku nak dapur ekonomi, cantik, moden dan functional.
Memang aku banyak habiskan masa untuk design....berbulan-bulan untuk dapur kecik aku ni. Sebab kena pilih A-Z. With so many options to choose from. Worth it? Definitely worth your time and effort.
Untuk design, just go to ikea website dan download program kitchen design dia....dah siap donlod pastu mulalah design....jangan lupa ambil ukuran dapur setepat yang mungkin. Tandakan tingkap, pintu. soket, plumbing dan sebagainya....kalau you all kat KL/Selangor, bolehlah panggil ikea personnel pi rumah hangpa semua buat ukuran. Macam aku duk hulu banat nie, ukuq sendiri jelah....sampai ikea cuma bagitau ' saya dah buat measurement, saya nak beli faktum kitchen hari ni. rumah saya jauh'. Kalau tidak dia suruh mai lain. Mana boleh mai lain, beratus KM rumah aku dan damansara nun. Buat muka macam mak datin sikit. Baru orang takut. Jangan lupa dress up macam orang kaya. hahaha!
Untuk dapurku, aku ambil sebaris sahaja. Dapurku kecil, ada dapur zunishu lagi nak muat. Freezer lagi. Memang tak ambil corner cabinet sebab corner cabinet RM900+ satu...Untuk jimat kos, cuma ambil yg harga patut saja....tapi cantik & moden. Tak murah sangat dan tak mahal sangat...
Salah satu designku guna lagan top dan harlig door....RM3xxx.00 |
Salah satu design guna Pragel top... RM3xxx.00 |
Pastikan stok ada, jauh perjalanan ni.
Jangan lupa telefon ikea untuk pastikan mereka ada deliver ke kulim...depa kata 'ADA'.
'Kena buat appointement?"
'Tak perlu'
Delivery charges: RM800+ untuk lori 1 tonne (masa aku call minyak tak naik lagi)
Harganya lain semasa kami dah shopping kat ikea sebab minyak dah naik....erk!
Shipping charges ni, kami ada check dengan lori lain (persendirian) lagi teruk, RM1k+....so kami ambil lori Ikea jelah...selamat pun selamat kan?
Bersambung...
No comments:
Post a Comment