Aku selalu rasa yg bisnes aku ni lambat...yelah kekangan kewangan memang faktor utamalah. Biz jual beli untung banyak manalah sangat...selalu stress especially hujung tahun macam ni tengok balance dalam bank sama macam tahun lepas...sales banyak tapi untung pi mana taktau? yelah, selalu tambah produk baru...semente nak jual hat nun restock lagi...duk macam tu lah, sewa, utilities lagi mau ingat.
(sebab tu kalau pi pasar malam, malas nak tawaq rega, sebab untung banyak mana sangat peniaga2 ni...sewa tapak, modal...)
Tengok kawan2 semua dah maju, dah ada phd, ada yg pi oversea sambung, ada yg kursus sana sini. Aku? sedih. Memang look at the bright sight juga tapi cloudy sight jangan tak tengok.
Tambahan dengaq lagu 'kalau aku kaya....hari hari hari raya' anak aku pun duk nyanyilah lagu tu...bila nak kaya? apakah definisi kaya? orang kaya pun still duk cari harta bagi lagi kaya? kaya tu apa? Semua orang nak kaya. Kaya duitlah.
Tengok kawan dah banyak anak, aku dua jer tupun dah besar. Ingat nak berjaya baru nak buat baby. Nak pindah kedai baru nak buat baby, nak ada pekerja baru nak buat baby....tengok2 dah tua. Entah2 lepas dapat baby baru, baru dapat semua tu. Kan baby tu rezeki? April start projek baby.
Merepeklah aku ni. Haritu ntah kenapa suami aku mai jenguk kat kedai. Dia tu kengkadang mai juga buat sport check. As usual aku busylah duk pack barang. Tetiba dia suruh aku baca pasal e-commerce marketing dan apa nak buat kalau nak sales contohnya $200 000 setahun. Apa target untuk capai matlamat...so on. Sebenarnya lama tak buka google analytic check berapa banyak visit. Dulu rajin buat analisa dan rajin buat marketing but lately graf menurun mengikut mood aku...
So, aku agak 'up' sikit...walaupun hujan dan asyik duk pikiaq pasal baju tak kering...buka berita duk tengok pasal perhimpunan aneh sedangkan kat sebelah timur orang duk mati lemas....(Ya Allah permudahkanlah urusan mereka).
Tahun depan target sales RM100,000 (saja).
Yes, dream BIG...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
biaq pilah depa nk ada PHD, depa nk wat anak banyak. Kalo nak wat anak tak yah buat keputusan bersyarat, ingat t tak sakit kepala..buat keja macam nak pengsan, tapi nk dapat pmt sampai 2-3 tahun..tu pun nasib baik dari jadi bad debt. hujung bulan byr gaji staff, sewa opis, kindy anak dan macam-macam lagi yg tadak dalam list. La ni tadak maid lagi tak cukup napas. Bebudak kena jaga sendiri kat opis, takkan nk bg kat mak..dia mana larat nak kawai depa ni. nak buat keja lagi, jaga anak lagi, balik umah dah kemas umah lagi..kalau bukan ingat Tuhan mungkin dah jadi separa gila. Takpalah..hidup ni sementara saja. T rasa ti kaya sebab t ada kesihatan yg baik dan anak2 yg sihat. Tulah definisi kaya bagi t.
ReplyDelete