Semenjak 2 menjak ni sibuk sungguh. Serius...sampai diri sendiri sakit pun diabaikan. (Biasalah tu).
Sebenarnya buku ni ok. Dulu aku ingat tak ok tapi ok. Ha....tulah nak bagitahu.
Kan cikgu tadika anak aku tu ajaq lambat sangat move on. Sebab kat bahagian gambaq pun depa duk pulon suruh budak sebut sampai buleh...yang b (beh bola)...tak payah lah nak tegas sangat. Tak semua budak sama suka sebut. Ada bila yg suruh sebut dia menikus...pastu stuck kat page sama 2-3 bulan. Worst ...setahun duk baca satu page (macam anak aku).
Buku ni bagus...cikgu la kena bijak...
Hat BM, anak aku dah masuk buku 3...(serius tak sempat habis buku 8 sebelum buka sek). Tapi, aku akan teruskan sampai habis buku 8 lepas start sekolah.
*sesi cuba baca agak mencabar. Asalkan anak anda dapat membaca rangkai kata tersebut walaupun dengan membuat kesilapan, tidak perlu risau...teruskan ke muka surat baru* - macam tu arahannya kat buku no 3.
Bagi buku English plak...anak aku dah di akhir book 4. Untuk pengetahuan, book 4 memang banyak new words tapi disusun dengan elok supaya budak mudah baca....itu jelah nak cerita.
Jangan stress sangat pasal anak tak leh baca....kita buat yang termampu dan jangan give up. Lama-lama mesti buleh...
Untuk latihan pulak....aku buat sendiri atau print dari website. Kadang2 aku tak sempat suruh dia buat. Selalunya pastikan dia buat juga selepas tengok kartun dora pagi2. Lepas tu tutup tv dan buat latihan. Kalau tak sempat buat pagi, suruh dia buat petang kat kedai...yg basic jer supaya tak lupa. Macam abc order, number order...count up/down. Tambah tolak yg senang dan bergambar..
Kalau ikut tahap sebenar latihan depa, pengsan. So, buat yg termampu jelah na....mama bukan cikgu.
Untuk kelas iqra, aku dah jumpa tempat. Kat Kulim Square In-Sha-Allah. Tapi tak pi jumpa lagi ustaz, sebab pilih situ....kelas sekejap saja so tak perlu pi 2 kali dan ada member kedai sebelah memang hantar anak dia kat situ. Dia kata ok ustaz bukan jenis cubit perut (macam sesetengah tempat). Situ juga ajaq jawi. Senanglah aku lepas tutup kedai terus tuju situ...pastu terus balik. Kalau tempat lain kena hantar pi pastu kena mai balik ambik...aku serius tak sempat kejaq masa macam tu. Nanti bila aku dah pi jumpa ustaz aku bagitau nombornya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
No comments:
Post a Comment