Tuesday, February 19, 2019

HS Encounter part 2

Banyak aktiviti yg kami join tahun 2018. Antaranya, menyusuri Sungai, River Scientist, herbalist, book club, Exibition and so on so forth. Yg penting, mak kena rajin. Mak terpaksa rajin demi anak ye.

Tapi..... Saya tengok keadaan dia macam makin teruk. Saya ingat dia akan relax bila bebanan nak ke sekolah tu tiada. Harapan saya untuk tengok dia bercakap dengan kanak2 lain macam tipis.

Saya risau.

Dia, bila jumpa budak2 lain memang dia berdiri belakang saya saja. Pegang tangan. Geleng2 kepala dan nervous sangat. Tak cakap langsung. Kadang2 saya jadi fed up dan nak marah tengok kelaku dia. Nak ketuk ketuk luku luku je kepala tu dalam hati ni la....
Nak jerit kenapa hg macam ni haa?

Memang malu. Selalu kena explain kat ibu2 lain kenapa anak saya mcm ni.
Adiknya Aisha pun ikut. Dia pun mcm terikut dengan perangai kakak.... Stress gila. Cerita kat husband. Dia kata buat la apa nk buat. Dia dah fed up. Senang je dia fed up.... Tensen tau bila fikir. Semua atas kita je. Nangis saja saya bila sorang2. 😭😭😭😭😭😭

Sebagai org Muslim mestilah saya doa ... So saya sgt hangat hati bila org suruh saya doa. Tu yg malas nk cerita kat soc med. Semua tak faham masalah saya ni. Ramai yg kata nanti oklah tu... Anak dia pun mcm tu.... Huhuhu. Tak.. Anak kita tak sama 😭😭😭

So saya fikir2, tak boleh jadi ni. Kena ada intervention. Saya perlu proper diagnosis untuk anak saya. Takmau pi jumpa 'pakar' duit habis tapi takde diagnosis. Yes it is very important to me. Sebab I tau dia ada sm tapi takde diagnosis macam mana?

So kawan suggest pi satu center kt kajang... Mcm Islamic la. Yg sebelum ni tak... Budaya pun tak sama. Susah. Buat appointment. First session rm600 tak silap. Hangus dibuat ya 😧😱😔😑

Tapi takpe demi intervention dan diagnosis saya korek tabung haji. Laki tak cukup duit untuk belanja di luar budget. Semua family members kena hadir mcm biasa sebab dia nk rule out mcm2. Biasalah selalu budak trauma mesti ada sebab.
Ada psycologyst terus aim mak bapak sebab kes dia selalu berunsur seksual.... Kena pandai pilih psycologyst la. Cek dulu background dia. Memang sesuatu yg saya tak suka bila kena cerita masalah lampau sampai tahap masa pregnant. Kalau boleh taknak lalui sesi ni lagi.

Mcm2 test la. Banyak yg kena jawab soalan questionairs tu. Biasa ya. Adelina pun kena jawab secara bersendirian.

Dia tak bercakap di center tu.

Akhirnya dia di diagnose dengan memang saya tau dah iaitu selective mutism. Dan dia berada di tahap yg tinggi. Jika tak rawat mungkin dia akan kekal macam tu. Dia kena pi sekolah semula...

Tensen saya bila dengar kena pi sekolah.

Dan kena buat terapi. Rm200 per hour. Terberak lagi.... 😔

Tbc.

Friday, February 15, 2019

Sepanjang homeschooling 2018

Hs encounter part 1

Selepas Adelina berhenti sekolah April 2018, cita-cita saya terus nk start homeschool.
Homeschool?
Tahu tak susahnya nak homeschool...hs lah singkatannya. Tambahan untuk org yg takda plan. Memang macam meraba dalam gelap. Total darkness.
Nak start dari mana? Nak ajar apa? Silibus apa? Periksa macam mana? Nak ikut darjah 2 silibus ke? Sampai overwhelmed saya dibuatnya. Asyik gugle gugle sampai back to square one. Takda progress. Taktau nk start dari mana. 😭😭😭😭😭😭😭. How I wish she is just a normal kid just go to school to learn.
Oleh sebab ada kawan yg hs, dia suggest untuk join group fb. So saya pun request lah untuk join Homeschool tribe Malaysia.
Terkejut saya banyaknya yg hs. Sebelum ni tak tau kewujudan hs ni. Dunia yg terselindung tapi it's fun.
Dari group tu, saya kenalkan diri. Kenapa saya pilih hs anak saya. Time tu saya nk jumpa orang yg berdekatan untuk buat playdate.
Syukur ada yang reply. Semua sangat supportive.
Bila dah buat playdate, saya pun diperkenalkan dengan group yg berdekatan. Jadi bila dah masuk group maka adalah support untuk saya. Bersyukur sangat time tu...... Saya pun dapat jumpa kawan baru saya yg memilih untuk jadi sahm, housewife walaupun educated. Macam semuanya dirancang Allah.

Monday, February 11, 2019

Wah! Lama tak update entree

Assalamualaikum semua.
Punya sibuk sampai tak sempat. Tambah pula dengan saya punya gugle adsen akaun kena tutup. Hoi frust tau nak tulis pun takda mood. Dari tahun lepas (2018) duk appeal tapi nampak macam takde tindakan dari pihak gugle.
Sekarang saya dah create baru. Tunggu aproval. Kalau dapat baru saya cerita macam mana nak buat tu.
Banyak sangat cerita nak cerita.
Ok Assalamualaikum dah salam sejahtera,
Wajah terbaru makcik dengan anak bongsu.. Tahun ni naik taraf jadi makcik.
Update...
Malangnya adsense tak aprove.
Jadi, saya akan tulis dengan ihklas, bukan sebab duit iklan....
Sedih. Frustrated.

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...