Macam mana nak buat nie?
Lagi 2 minggu kami semua nak ke KL...
Tadak mood memikirkan. Bukan pikiaq apa, pasal anak kucing kat kedai tu.
Last weekend adalah sorang mamat nak ambil tapi dia senyap plak...tak kan kita nak paksa plak kan.
So, dah buat iklan baru, letakkan gambar baru bagi nampak comel sket kucing tu.
Hopefully ada la orang nak. Jenuh nanti nak pi KL sapa nak jaga?
Tak kan nak menyusahkan kak nori plak...dia tu dah la kerja sampai pukul 8 malam...al maklumlah orang singgle. Balik awal pun nak wat hapa. Hmmm camner? Hari Jumaat yang mulia ni memang doa jelah kat Allah.
Tulah, aku ingat kucing tu tak tahan lama dek keciritan-kebiritan. Ini dah 3 minggu la kot.
Still, cirit juga...perut kembung. Badan kurus...cacing ni. Insyallah kejap lagi tunggu klinik haiwan kulim ni bukak, jenguk kejap ambil ubat. Tak kuasa nak bawak kucing tu pegi, berak tak berhenti mati tak juga...panjang umur betul. Dah kol klinik semalam tanya nak bawak kucing ke tak, depa kata kalau cirit macam tu tak yah lah bawak...
Pastu semalam, sembang dengan kak cleaner bangunan mara nie...alamak dia cerita benda tak best. Buat aku ketakutan...bukan cerita hantu. Hantu-hantu ni aku tak percaya. Ni ada mamat bangla mabuk plak lepak kat surau lelaki...ish. Takut plak. Hari jumaat, situ agak sunyi...mau bawak pisau plak aku pi toilet nanti...pak gad (guard) sini memang pemalas...tak buat kerja. Nanti meeting mara akan ku ajukan masalah nie.
hapdet:
Dah pegi la klinik haiwan tue...jumpa doc. Dia kata, kucing ni usus dia dah loose tu sebab tu cirit sampai berdarah. Dia kata, jangan bagi makan apa-apa 24 jam ni untuk relaxkan usus dia yang lemah tu. Bagi minum ORS jer untuk stabilkan electrolyte dalam badan (sama jer macam budak-budak). Dapatla ubat antibiotic, ubat cirit dan ubat cacing untuk bunuh cacing dalam perut tu. Ada bagitau doc dulu dia ni berakkan cacing jer....badan kurus perut kembung dek cacing yang banyak dalam perut tue...oklah. Kena bayar dalam RM20.00.
Semoga hang sihat si kucing. Tak buh nama pun sebab ingat nak foster jer not bela pun. Tapi kalau takde orang nak ambil, terpaksalah bela. Letak kat kedai jelah buat 'pelaris' hah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
baguihnya hg bela anak kucing tu..aku kagum..siap pi beli ubat tu..aku siap suh mak ahmad pi bg org lain lagi..tak sanggup seh nak membela depa, dah la 5 ekoq..anak aku pun tak cukup makan huhu..
ReplyDeletemak ahmad dah bg anak menakan dia bela..lega rasa, tak la rasa bersalah sgt sbb ada org bela..kalau letak kat market tak jamin depa kenyang pun..mati kut ada la..
Kalau takde orang nak ambil by the time nak berjalan next week ...terpaksa lepas lah. Sapa nak jaga? Aku bukannya ghajin sangat pun...kesian jer. Orang suka buang anak kucing kat kedai mara ni sebab ada pasar basah dan kedai makan...mak kata tawakkal jelah. Kita usaha yang lain Allah tentukan. Tak payah risau lebih-lebih...betui gak.
ReplyDelete