Harini kan...aku pun tak berapa sihat. Kena sakit perut...bangun pagi perut berangin dan sakit hulu hati...dan cirit birit...sampailah lewat malam time tulis nie. Tapi sebab kita ni jadi mak, terpaksa gagah buat kerja macam biasa. Kalau hubby pening ke sakit kepala ke, senang jer depa terus lena sampai esok. Kita ni terpaksa lupakan kesakitan kita kan?
Tetiba si oren ni masuk rumah pagi-pagi berkelakuan ganjil...dia bunyi macam pelik dan tak 'purr' bila pegang atau usap dia. Then keadaan tak terurus. Dia ni memang pembersih jarang tengok dia tak cuci bulu dia...ahh kenapa plak, aku dah sakit perut amat nie...Sebenarnya memang nak bawak dia visit vet pun harini untuk second injection imunisasi dia...Lagi satu, dia asyik muntah...sebenaqnya kucing memang biasa muntah furball tapi kali ni rasa macam aneh.
Takpelah kan bagitau hubby dia (oren) berkelakuan ganjil. Tapi hari Jumaat kan, vet kat kulim ni akan ramai orang...maklumla orang kan cuti. Aku ni dah la sakit perut satgi berterabur lah kat sitew...so ingat nak pegi sesi petang jadi first customer dan mungkin perutku dah lega sikit.
Bila dah tengah hari dalam pukul satu gitu, keadaan dia makin parah lah. Sampai hubby pun suruh aku cepat-cepatlah pi klinik. Hubby aku ni sebenarnya dia tak nak masuk campur dalam bab kucing ni. Tapi nampaknya dia concern jugak...so bagitau lah dia, klinik vet session petang buka pukul 3 pm. Tepat pukul 3 terus pergi. Kebetulan hubby duduk rumah tinggal si Lina dengan dia. Bawak Adam jer buat teman.
Doc kata, dia ni kena infection kat hati. Hati dia dah bengkak besar juga...huhuhu. Doc pun bagi 2 das injection, spot on ubat kutu...tanya doc agaknya bila boleh pulih? dia kata...kalau bab hati ni lambat lah mungkin 2-3 minggu baru ok balik. Tanya lagi, boleh mati ke doc? dia kata kalau lambat boleh kiok! Ish, nasib baik alert...sebab esok nak balik kampung tau kalau lah jadi esok masa kami takde...(kami tinggal jer kucing kat rumah masa balik kg).
Dapatlah ubat 3 jenis dan vitamin serta ORS. Total RM80/=
Kalau anak sakit pun free jer tau sebab insuran cover.
Terpaksalah sumbat masuk mulut kucing ni segala ubat-ubatan nie.
Malam ni, dia memang baring jelah makan tak minum pun tidak. Kena inject masuk air ORS sikit-sikit dalam mulut dia. Sedih rasanya...esok bawa dia balik kg sekali...hopefully he will be fine. He's my buddy i love him.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
No comments:
Post a Comment