Tuesday, October 18, 2011

Sedih

Petang ni rasa sedih dan pilu...mana taknya, salah sekor baby cat yang aku rescue haritu macam nak mati. Sebab ni lah malas nak adopt ni. Satgi mati sedih. Walaupun baru jer...but still. i am feeding her like crazy...day and night. Kenapa? Apa pun ku reda dengan ketentuan-NYA. Semoga baby cat maafkan dosaku. Mungkin tersalah bagi makan. Tak cukup makan...lain-lain sebab. Sedih....

Tuesday, October 11, 2011

Second session

The session was yesterday. Well, really want to wrote yesterday but Adelina kept waking up so had to care for her...she is teething again, very fussssy, doesn't want to eat anything, really skinny now. 

I was very sleepy during the session coz slept late and not enuf sleep the night before. He just sat at the table for a short time and got distracted by other toys in the room. The therapist is a pro, I was worry coz Adam could not sit still. Then he would make his own word and noise. Nothing much, she just wanted to know Adam's level. Not Ms Ohh. She asked about colors, action words, animals, numbers. Adam was more interested in the toys instead of answering her...But when we waited then he would answer. She said that we have to be firm so that Adam will obey. No yelling or high pitch voice. Everyday is a therapy. Keep talking to Adam. At the mall, during driving, having lunch...(but sometimes Adam just scream at me whenever I ask him...what is this, that is what....) coz he is not in the mood to learn.
Sigh....Adam, mama really hope that you can be a good boy. Forgive me for everything. I love you...Now, he is talking and asking me question. Sometimes it feels annoying, but just layan...whenever ayah says bising la. I would remind ayah. He is in this too. I cannot do this alone. I cannot afford to give up. God, help me.

Thursday, September 29, 2011

Aku kecewa

Day of frustration...even feeling it right now. Frustnya.
Pagi-pagi dah masak bekal bawak ke kedai, nak makan. Keluar keter simpan botol susu adik dalam plastik beg yang ada bekal tadi. Masuk dalam kedai....susu tadi tumpah. Kena samsung galaxy kesayangan. Kalut. Terus keluarkan plastik yang ada bekal, tiba-tiba tudung terbuka dan tertumpah atas lantai....S***. Come ON!!!

Bungkus order...takut barang rosak sebab kotak tak sesuai. Selalunya kalau ada guts ni mesti barang rosak. Nanti customer call marah-marah nak barang diganti. Hmm...just cross my finger. 

Nak balik...masa tengah angkut barang, kak cleaner ajak tengok baby cat kena buang kat pasar basah. Malas nak ikut sebab nanti kesian...Dah sudah kesian. Bahlul mana buang baby cat baru lahir situ...mesti mati kelaparan. Si Ibu pasti meroyan sebab dipisahkan terlalu awal. Kau...si pembuang anak kucing ni memang pembunuh nyawa. Semoga Allah membalasnya di dunia ni...ke kat akhirat sana. 

Bawak balik pulak kucing lagi 2 ekor. Semalam rescue sekor....Malam ni nak letak iklan di Mudah. Sapalah nak adopt ni. Payah la nak cari....menyesal tengok tadi. Kalau tak tengok takpe...sebab tak tahu.

Kecewa lagi dirumah...dengan Adam's attitude...ayah lagi suka buat aku end up in frustration. Kadang-kadang...sangat kecewa. 

Oklah, I need to clean the house, wash dirty cd, give baby cats milk...lap lantai...buat teh panas, libas tablet, masukkan iklan di Mudah, read at Kobo, sleep....(I dah Isyak awal tadi).

Monday, September 26, 2011

Aktiviti untuk Adam di rumah

Okay...haritu lepas balik dari assessment speech therapy tu,  aku punya la surf the net. Nak cari action flash card...takde yang aku nak (free & gambar action jelas). Semua kena bayaq.

So, weekend haritu ingat nak ajak ayah gi ke kedai educational toys kat BM. Tapi bila fikir balik, I can make it my own. What I did is, print all the coloring pictures (free from the net), that have action like swimming, dancing, walking...etc. Adam loves to color. So, everyday, I have to explain to him about the pix he's coloring. Keep it and revise it another time. Untuk perbandingan lak, aku kumpul toys yang berselerak tu, objek kecil dan besar...esok start differentiate the object. 

Ada juga flash card 'action' ni di Tesco. Okay la. Boleh guna. Ada satu mainan potong buah di Tesco, sama cam di kelas therapy...ambil gak. RM10 saja. Kena berjimatla. Therapy session is expensive. 
Nampak set dapur mainan kaler pink...teringin nak beli kat adik. Tunggu besday mama belikan kat adik...mama simpan $$$ dulu ni. Nak beli Brillkids lagi. Kesian adik, bila dapat komputer mama, adik asyik click kat icon Brillkids...sedih lak tengok. 

Buku Bacalah Anakku, Adam dah kenal a, i, u. Na, ni , nu dia confuse... b kenal. Dia ni cepat boring so, lambat la. Alternatif...aku tulis semua bunyi tu dalam tablet kesayangan ku...samsung tablet. So, bila ada masa je aku libas-libas la bunyi-bunyi tu. Dia pun dah pandai tulis...ni, nu...na (belum lagi).

Ya Allah, terangilah hati anak-anakku Adam dan Adelina...untuk mudah, cepat dan minat belajar. Amin,

Friday, September 23, 2011

Speech Therapy - assestment

Hari yang ditunggu telah tiba, nyaris batalkan appointment coz supplier katanya nak hantar stok harini, tapi pagi tadi dia tak confirm boleh datang so proceed with the therapy. Glad...selesai satu urusan yang bersarang di dada kami sejak begitu lama. 

Therapist namanya Ms Ohh. Tempat tu letaknya di residential area..Island Glades. Masa sampai ayah macam tak suka sebab lokasi macam tak best. tapi aku kata Dr. Lim yang refer kita tengok dulu kalau tak best kita pi yang satu lagi...kat Loh Guan Lye.
Pacific speech therapy ni, kalau tak pakai gps tak jumpa kot...ingatkan kat shop lot.

Okay, masuk terus dia bawa ke therapy room, banyak mainan! apa lagi raya hindu la budak dua orang ni. Then macam macamlah dia tanya Adam, warna, binatang, suruh susun, suruh ambil, dia bagi flash card then dia tanya what are they doing, differences kecil besar, puzzle...tu je yang aku ingat. Adam ni dia cepat bosan, but he can play, warna tadi dia jawab tak betul but i know he knew colors, puzzle lulus cemerlang sebab dia suka main susun susun, flash card doing tu ....dia just sebut object saja. action tak tahu. Eye contact ada..thank god! since ms. Ohh tu specialist so dia tau cara berinteraksi dengan kanak-kanak bermasalah.

According to ms. Ohh, Adam is not autistic (Thank YOU ALLAH!!!) He is just in the border of being hyperactive and normal. So, it is difficult for him to pay attention. He's not listening and thus causing him this speech problem. He is in the range of 2-2.6 year old (in term of speech development). So, he needs a one-to-one session. Kindy is not for him thus my decision to take him out of kindy is a good decision. 

He needs to come for therapy...maybe 6 months to 1 year. Depend on his development. If he is fast to pick up the pieces, he will be discharged early. The fee: RM75/hour however ada discount...rabaklah ayah...

Me, she gave us homework, ada 3 benda iaitu:
1. Arahkan dia buat sesuatu (listening skill). Jangan tunjuk. No gestures. Eg Adam, please color the eye red.
2. Doing what. Action words. Dia buat apa? Dia main layang-layang. 
3. Imitate. What is mama doing? Mama is cooking. Then tanya: Mama is..........?

Lagi 2 weeks, we will go to the session again. 1 hour session. 

Wednesday, September 21, 2011

Memang suka jadi SAHM tapi kengkadang...entahla

Tensen, bukan sebab apa, geram. Aku tahulah...budak memang nangis. Cubalah angkat. Ni tak, kata dia berak nak salin lampin. Aku tengah nak email customer ni, dia duk push-push pastu ugut nak tutup internet. Tutuplah, aku ada internet sendiri sekarang! Lemasla, hantar email kalut-kalut pastu tengok-tengok tak berak pun? Mana tahinya? Satgi dia berak sungguh aku lempaq atas komputer dia kot. Dahla aku jaga sepanjang hari dan masa...24-7 non stop. Nak push aku lagi...cukuplah. Satgi aku pi cari kerja balik kot. Balik kul 10 malam padam muka. Geram la. Setakat jumpa anak petang-9.00 malam pun....bila fikir ni memang rasa cam no more kids. Kalau takde pembantu sorry. Aku penat jaga anak sorang-sorang. Demam/sakit/susu semua aku sorang. Biarlah, niat buat kerana Allah. Apa-apapun kita buat ni satu ibadah. Kerana Allah Insyallah Dia menghargai apa yang aku buat. Fikir cam tu tak lah stress sangat. At least ada yang memahami.

Malam ni lantaklah, aku takmo sapu sampah, kemas mainan, biar semua. Cuma basuh pinggan sebab aku tak suka dirty dishes.

Aku ni memang takde human contact. Adalah tapi cuma kejap-kejap la. Takdelah sembang rabung hari-hari. Sejak benti keje, memang no adult interaction. Bila bosan, call mak. La ni, duk cakap dengan Adam sebab nak bagi dia buleh bercakap. Kalau dulu asyik marah jer. Mana nak bercakap budak tu. So, tempat aku bercakap ialah si ayah. Tapi ayah cam bosan dengar aku cakap...sebab aku asyik cakap pasal nak beli....
ish, nak beli ni...nak beli nu...and pasal anak-anak di rumah. Maybe dia bosan. Dia selalu cakap taknak la cakap dengan you nie. Asyik cakap pasal nak beli saja...

Habis aku asyik fikir tu jer. Apa yang boleh aku buat lagi? Selain uruskan bisnes yang tak berkembang tu, aku teringin nak beli ni...beli nu...adik tu rantai gelang takde beli...Anak-anakku, doakan bisnes mama cepatlah maju. Dah 3 tahun dah, still dapat sale, beli stok, dapat sale, beli stok....mana untung? Kadang-kadang rasa fed up dengan biz yang asyik macam tu. Tak tahulah apa nasibku. Apa yang tertulis untukku di masa hadapan.  Semoga yang baik-baik harapnya. Semoga esok lebih ceria dan bermakna.

Tuesday, September 20, 2011

Lama tak marah

Sedih baca blog Lin, tiap kali baca mesti bergenang air mata. Dia asyik teringat-ingat anaknya, teringat segala perbualan, tingkah laku semuanya macam tengok video. rewind...rewind semahu mahunya, kesian sangat dia. semoga kau tabah dan menyedari anak itu hanya satu pinjaman, bukan untuk kita...dia sorang-sorang. Hubby dah tinggalkan dia. Sedihnya kisah dia. Tiap kali dia entry, nak baca ke tak? nanti sedih...tapi baca jelah. Dia tulis ikhlas untuk luahkan isi hatinya yang pilu. Kau tabahkan hatimu Lin. Mana mungkin kau dapat melupai puteri kesayangan, walaupun pedih, hanya masa pengubatnya...

Semalam entah kenapa aku tak dapat mengawal short fuse ku... cepat je tangan naik pukul Adam bila dia buat nakal....Astaghfirullah,...kesian anakku. Ayahnya takde so dia nangis sorang-sorang...then lupa what happened. Lama aku tak buat visualization. Aku penat layan tetamu sama. mak dan As family bertandang. Campur lak aku tensen coz adam malas belajar...ya Allah jauhkanlah api amarahku ini...mereka hanya pinjaman, bukan milikku.
Maafkanku kerana memukul kurnianmu yang amat bernilai itu. Aku sedar kelemahanku. Namun aku lalai...

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...