Tuesday, June 12, 2012

Rutin Harianku

Bangun pagi, siap-siap nak hantar Adam ke tadika. Pukul 8.00 pagi dah gerak. Then, balik breakfast dengan Adelina sambil tengok TV chanel 722. Sekarang ni tengah air Greys Anatomy season 6. Lepas tu cepat-cepat buat Brillkids Little Reader & Maths bagi selesai sesi pagi. Nanti budak ni nak main tablet la, tengok kartun dah sudah susah nak patah balik...
Pastu basuh baju...sambil layan internet dan facebook, baca online paper. Time nilah nak update email, edit gambar produk, buat description ke hapa ke...kalau takde, memang ada-ada je kerja kedai nak settle. Dah habis basuh baju terus ampaikan... dah pukul 11 pagi, time ni selalunya dah start tutup komputer, salin lampin adik, bancuh susu, kemas beg nak ke kedai.
Kalau nak kena beli groceries, akan keluar pukul 10.30am pergi Tesco.
Pukul 11.45 pagi terus gerak ambil Adam dari sekolah...terus ke kedai. Beli makanan kat kedai tomyam, lunch pulak sambil layan cerita Korea NTV7 dan berita. Lepas lunch, Adam akan kena buat homework dia. Kalau takde, suruh dia buat aktiviti lukis ke, puzzle ke, kadang-kadang dia pandai cari tablet dan terus main...(habislah!!!).
Lepas tu, aku akan sibuk membungkus barangan pelanggan...dalam seminggu setiap hari ada walaupun satu. Sekarang ni Alhamdulillah memang laris juga. Kadang-kadang bila takde order rasa leganya...relax.
Adelina akan buat Brillkids sesi petang masa di kedai. Nanti dah balik rumah memang tak buat dah. Sebab tu selalu miss sesi petang kalau sibuk sangat bungkus barang. Pukul 4.30 petang aku akan turun pergi beli kueh kat gerai berdekatan. Anak-anak nak tea time pulak.
Lepas Asar, pukul 5.30 baru gerak ke Poslaju. Lepas poslaju ke pejabat Courier pula. Dalam pukul 6.00 petang ke atas sampailah rumah, salin baju terus ke dapaur masak dinner...buang sampah...semua kerja rumah, angkit baju, jirus pokok...Dinner at 8.00 pm, kids tidur pukul 9.00pm. Aku akan sambung kerja print invoice, address, menjahit, mengkait, sapu sampah, kemas rumah, mop lantai...jangan lupa baca Quran sebelum tidur. Memang packed dan penat dengan rutin harian. Penat melayan karenah budak-budak 24 jam 7 hari seminggu non-stop. Tu tak termasuk kes melayan suami lagi. Alah bisa tegal biasa.

Cuma, i happy with my schedule now.

No comments:

Post a Comment