Saturday, June 9, 2012

Surirumah???

Aku tahulah aku surirumah...tapi bila orang panggil kita surirumah rasa geramlah....
Walaupun ada kedai but still kerja rumah menjadi tanggungjawab no.1.
Surirumah tu istilah zaman dulu-dulu. Surirumah sekarang semua educated ada masters degree taw...
Sebab tulah kat barat depa dah tak sebut housewife, semua educated dah. Panggil stay at home mom or dad.

Kejadian ni dah berlaku lama dah...tapi masih segar di ingatan.
Kat Kulim ni masa tu ada restoran baru, happening la restoran ni sebab ada live band wa cakap lu...ada minah nyanyi macam kat kenduri kawen...ha caya tak? kat Kulim ni macam2 ada. Dekat jer dengan rumah. Kat rumah pun boleh chek in four Square kalau nak. Menu mahal gakla...saja la pegi sana dengan hubby dan anak-anak nak test water. Kalau sedap boleh pegi lagi. Kat Kulim tak banyak restoran sedap dan servis bagus.
Kami pegi 2 kali. The third time ajak kawan pegi nak sembang-sembang sambil dengar muzik live...
Makan...minum...sekali DJ kat situ nak beramah mesra dengan pelanggan, dia sebut kat microphone "surirumah tu?" sambil tunjuk kat aku. Aku macam...huh? Aku ke?, dia angguk, "you lah, tadi datang suami hantar kan?" aku senyum sumbang jelah.
Kawan aku macam..."Eh, muka aku nampak cam surirumah tak?"
Aku pakai sikit punya vogue dia panggil surirumah. Tadak manners betul. Panggilah puan bodoh!
Balik tanya hubby, muka i nampak sangat macam surirumah ke sebab kebetulan ke sebab suami hantar ke...macam-macam persoalan lah.

Aku dah banned restoran tu semata-mata dia panggil aku surirumah. Tak pegi dah dan tak rekomen kat kawan-kawan whatsoever.
Funny.... :)

No comments:

Post a Comment