Thursday, August 16, 2012

Projek Raya...continue

Wah...pagi-pagi menangis baca blog 'kau dan aku'... dah lama dia tak tulis, lebih 6 bulan tetiba dia tulis lagi sempena setahun pemergian puterinya...sebak terus. Dulu memang asyik menangis jer bila tatap apa yang dia tulis....


Well, dah siap la kecuali baju mommy. Ntah sempat ke tak nak buat. Hari ni dah nak packing. Malam balik kampung...nak bawa mesin jahit balik...

 Ini baju raya Adam...memang fed up buat baju ni sebab kain t-shirt so sangat susahnya nak jahit...dah la salah ira kain sebab takde tepi...masa jahit baru perasan sebab bawah lampu. Seriously ingat tak jadi dan dah ready nak beli jer...tapi dek ketabahan menjahit dan menetas jahitan, akhirnya jadi jugak. Janji selesa dipakai di Malaysia yang cuaca hangat ni.

Beg ni menjadi...actually ikut pattern lain tapi direction dia macam salah...at the end, jadi macam ni. Bolehlah kan nak pakai. Puas hati buat sendiri.


Ini baju princess...buat dalam masa 3 hari...sekali imbas nampak macam baju Wendy dalam kartun Peterpan. Suruh si princess pakai nampak comel pula...bahagian zipper kat belakang senget sikit. Sedar yang zipper senget bila dah siap...tensionnya tapi sikit jer. Lepas ni kena bagi attention masa jahit zipper. Kain baju ini yang sama untuk mamanya tapi tak siap lagi...ingatkan nak share pola asas baju ni tapi tunggu lepas raya la yer. Nanti i nak kaji dulu camner nak link file pdf. Dah ada pola asas senang nak buat baju apa pun...
Puas hati sebab jahit sendiri...bukannya tak beli...beli jugak beb...lepas raya nak jahit lagi baju ibu dan anak.

Happy Eid Ul Fitr!

No comments:

Post a Comment

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...