Sunday, July 28, 2013

DIY kids seat belt pillow


Tak lama lagi nak raya....yippie! Haritu ada surf Lelong...terjumpa la seat belt pillow...mahal gakla kalah bantal biasa. Nak lagi untuk budak....so kita diy as usual.

I guna kain fleece. Sebab lembut. Guna kain lain pun takpe. Bantal ni kena ada flap buka tutup untuk masukkan seat belt. This is my idea....
Mula-mula, you gunting kain. Untuk sarung bantal, flap dan bantal. Kalau tak nak buat bantal pun takpe. Nanti dah siap terus stuff dalam sarung. Tak perlu jahit banyak-banyak.
Dot 3 biji ialah lipatan kain.
Maaf, untuk sarung, lipatan kain ialah di bawah bukan di sisi. Tengok gambar pillow tu boleh tahu di mana lipatan, bukan di dot 3 biji tu ya.
So bila buka, ukuran jadi double la ok.


FLAP
Buka lipatan flap tadi. Pin kan jalur getah pada satu sisi ke arah dalam. Nampak tak anak panah tu. I letakkan 5 jalur getah dalam panjang 6cm lipat 2 setiap satu, pin kat situ. Tujuannya untuk tutup flap. Getah tu lubang butang la...


Lepas tu lipat balik...getah akan tersembunyi kat dalam. 


Untuk flap, jahit keliling kecuali satu sebab nak terbalikkan. Lepas terbalikkan baru lengkapkan jahitan.

Bila dah siap beginilah rupanya.

SARUNG
Lepas itu, ukurlah tempat mana nak lipat untuk jadikan sarung. Kalau terasa macam keliru, boleh rujuk sarung bantal yang ada di rumah. 

I pin kan bahagian bawah untuk tandakan di mana nak lipat...

Letakkan flap tadi di bahagian yang sesuai...di atas sarung bantal.

Di sini i sembunyikan getah ke dalam supaya tidak terjahit semasa menjahit tepi sarung.

Ukur betul-betul, kat atas tu saya akan lipatkan.

Kedudukan flap, pastikan tidak terkena pada lipatan bantal. Maksudnya flap di belakang. Lebih senang kalau tak lipat-lipat sarung itu. Jahit terus saja...letak getah macam bantal peluk pun ok . Suka hati.

Lepas berpuas hati....inilah posisi lipatan. Bolehlah mula jahit bahagian tepi kiri dan kanan.

 Dah siap jahit kiri dan kanan...

Terbalikkan, inilah hasilnya.

 Flap tadi....sedia untuk dijahitkan butang untuk setiap getah. Kalau you tak nak jahit lubang butang getah, bolehlah guna magnet button hole atau velcro strap...ataupun guna riben saja

 I made two

Pandai dia berlakon... happy traveling you guys. Travel safe ya!

Wednesday, July 24, 2013

Lupa

Harini aku banyak sangat terlupa...
Lupa ini...
Lupa itu...
Last-last, sampai kedai si Adik pakai kasut sebelah lain-lain.
Kalau mak aku nampak ni mesti marah. Pantang orang tua2.

Tetiba teringat kat ibu malang yang baru2 ni terlupa anak dalam kereta tu. Malangnya anak dia meninggal....
Banyak sangatlah komen kat pehbuk....
Ada yang tanya "bukan ke ibu selalu akan ingat kat anak nya?"

Malangnya ibu merupakan insan yang selalu lupa.
Contohnya aku sendiri....mungkin usia dah meningkat, tadi masa kat ruang tamu ada nak ambil barang kat dapur tapi bila dan sampai dapur, tak ingat apa barangnya....
Lupa nak bawa baju salinan Adam ke kedai, kesian budak tu pakai baju sekolah sampai petang....
Kadang-kadang simpan satu barang ni sebab semak rumah, bila nak cari balik dah tak ingat langsung kat mana....
Lupa hari Jumaat ada kelas lukisan untuk Adam....lastly decided to quit the class.
Lupa hari Ahad hari sekolah di Kedah....ponteng.

Banyak lagi la...lupa la apa bendanya.
Dulu takdelah lupa macam ni...kadang2 rasa macam ada short term memory loss.

Tapi aku doa sangat kat Maha Esa, biarlah aku lupa benda lain, janganlah aku lupa anak aku....takut sangat sebab lupa ni bukan kawalan kita....you cannot boast about it.

Ya, aku sedih kat ibu itu...macam mana dia nak hidup mengetahui yang dia lupa anakknya sendiri dan anakknya meninggal...aku rasa ini dugaan terhebat untuk ibu.
People will ask 'how can you forget?'
Kalau suami tak understanding, serius boleh terjerumus ke arah perceraian.
Kes ini....namanya forgotten baby syndrome....banyak sangat terjadi.

Kita ni kadang2 otak shut down. Kalau kita fikir banyak sangat...banyak sangat multitasking....kita tak dapat fokus. Don't you know that multitasking is damaging your brain. So kalau nak buat benda, fokus satu2. Biar lambat. Take a pace....don't rush.

Untuk ibu-ibu, anak itu selalunya tinggalkan kat nursery, mana tahu haritu anak demam dan tidur di belakang. You bawa ke pejabat sebab takde siapa nak jaga di rumah. Maid takde, parents jauh. You ingat nak minta cuti tapi masuk pejabat bos panggil, terus ada meeting apa bagai...sedar-sedar 6 jam berlalu....langsung tak ingat pasal anak tadi cuma akan teringat pabila nampak tubuh tak bermaya kebiruan di dalam kereta. Apa perasaan anda?

Untuk ibu terpilih dengan dugaan ini....tabahlah ya. Sesungguhnya walaupun dia tak lupa pada hari itu, anak kesayangannya akan pergi jua kerana memang sudah sampai ajalnya...Siapalah kita untuk menafikan qada & qadar Allah S.A.W.
Sesungguhnya Allah S.A.W tidak akan menguji kita dengan ujian yang tak mampu kita tanggung.
Kita yang lain jangan tambahkan beban dia. Dia dah cukup menderita...
Wallahualam.

Tuesday, July 23, 2013

What would you do if your man has another woman...???

Sekarang ni orang kan sibuk duk cerita buruk pasal ashraf muslim kawin 2 kat thai....Walaupun Ramadan tapi orang masih suka mengecam orang lain...bukannya dia buat salah pun. Dia menggatal ajer...
Seriously aku tak kenal pun dia ni sapa....lepas dia kawin 2 baru tau...
Kesian lah juga kat 1st wife dia sebab muda lagi....
Alasannya 1st wife tak pregnant. Tapi orang laki ni, hang beranak 7 pun kalau dia nak kawin lagi, dia akan kawin lagi. Faham?
Tapi, tak salah dia nak kawin lagi, rasanya dia akan tambah bini sampai 4. Once kawin banyak memang akan kawin lagi.
Orang alim selalulnya gitulah, so redha jelah kalau dapat suami ustaz....tapi tak semua ustaz suka kawin ramai. Kadang2 perempuan yang gedik nak kat ustaz tu jugak walaupun dia tak nak, sebab nak elak fitnah, terima jelah rezeki kan....lebih baik dari buat affair macam non muslim. Betul tak?

Tapikan kalau terjadi kat diri sendiri macam mana? Lani memang la masih cantik dan muda tapi lepas 10 - 15 tahun dari sekarang macam mana? Tahap kewangan laki kita mesti dah stabil dan time tulah akan ada perempuan tergedik nak kat laki kita padahal kita yang bersusah payah dari muda hingga tua dengan dia.

Kat Malaysia ni, memang ada undang2 untuk minta izin 1st wife dulu....tapi ikut Islam tak perlu pun. Sebab tu pi siam boleh kawin tapi kat sini perkahwinan tu tak iktiraf...so kalau 1st wife tak mau gak bagi izin, second wife tak akan dapat apa2 kalau laki mati...kat Malaysia ni lah....kesianlah jugak kat second wife. Lantaklah sapa suruh gedik nak ambil laki orang kan?

Aku ada kawan cina, dia tak boleh terima Islam boleh kawin 4. Dia tanya aku, you boleh terima ke kalau hubby you kawin lagi? I said i don't know yet....hope it won't happen to me-

Kalau aku....aku bagi izin tak? Bagi kot....sebab ntah. Sebab kalau aku mati awal bolehlah dia jaga anak2 aku....tu jelah sebab. Tapi aku bagitau laki aku kalau dia kawin lagi, jangan harap aku nak bagi izin biaq si gedik tak dapat satu sen pun nanti....kejam2.

Nak cerai? Aku ni kalau cerai ke laki mati ke...serius tak kawin lain. Sebab laki ni menyusahkan kena jaga macam budak. Kalau cerai, anda pasti anda happy atau hanya melepaskan geram? Isu cerai memang tak pernah timbul bialah dia nak kawin 4 pun....syiokkan jadi laki aku.

Tapi aku tau,,,dia tak akan cari lain. Hanya ajal yang boleh memisahkan kami.

Sunday, July 21, 2013

Antara jenis homework yang tak membantu anakku...

Hubby aku cakap...homework budak ni melampau. Budak lain macam-mana?
Tukar tadika lah!

Senang dia nak tukar tadika....dah tinggal suku tahun jer lagi...tak koser aku nak layan.

Kan encik Adam ni masih belum literasi....so bila dapat soalan macam di bawah ni...macam mana dia nak jawab? Matematik pun masih tak reti konsep. Aku plak kena terangkan kat rumah. Buat carta nombor tunjuk mana besar mana kecil....tambah tu macam tambah nasi, tolak tu buang dalam tong...dapat la sikit budak tu. Kat tadika buat apa ntah...khayal kot.
Cikgu bagi soalan standard macam ni, tak membantulah...bagilah soalan yang boleh memajukan dia. Tak faham la aku...bilang pun tak lancar...baca tak boleh, dapat soalan dalam bentuk ayat...pengsanlah budak tu. Frust dengan tadika ni. Taktau tahun depan nak masukkan si Adik kat situ ke atau hunt for a new tadika...

Tapi takper...slow2 aku ajaq anak aku ni. Bukan semua, just fokus ke literasi. Matematik biar faham naik turun dulu. Tambah dan tolak. That's all... tak payah cita2 lebih.

Cikgu suruh siapkan di rumah....nak suruh aku jawab ke? Aku biar jer kosong...

Ni satu lagi aku buatkan....apelah bagi kerja macam ni. Budak ni tak lepas lagi alif ba ta....tetiba suruh tulis sambung-sambung....

Budak ni still tak faham kalau dalam bentuk gambar boleh la kalau bagi bentuk macam ni serius kantoi. Cikgu suruh siaplan di rumah...nak suruh aku jawab lagi...aku tinggalkan kosong sampai anak aku reti baru suruh dia jawab nanti.

Yang ni selalu dapat suruh buat kat rumah......bolehlah tolong dia faham. Rasa macam kat tadika tu dia nga-nga aja....takpelah nak kita buat slow2. We can do it!

Friday, July 19, 2013

Al Kisah di Seoul Korea Selatan....

Bukannya apa, dulu kami pernah melawat pekan seoul...tapi tak de buat catitan pun pasal kegiatan kat sana.
Sebab lepas balik, rasa cam takmo pi dah....sebab apa?

Sekarang ni ntv7 tengah tayang 'oh my lady'...pasal artis lelaki ni tetiba bekas kekasih tinggalkan anak kat dia so dia terpaksalah jaga. Dia ni duduk kondo mewah so bila budak nangis, nanti reception akan call....suruh diam.

What the....

So terkenanglah kembali kisah meluat kat korea...so kalau kak zel hang tunggu anak besaq baru pi hahahah.
Back in 2011, kami dengan teruja naik kapal terbang pi sana...setelah book tiket hampir setahun. Kami duduk kat business district tak ingatlah nama hotel bodoh tu. Kertas booking hotel semua balik Malaysia saja terus masuk tong sebab menyampah. Kami ni ada budak 4 orang. Time tu Adam dan sepupu dia umur 4 tahun memang takde kerja lain lompat lari lompat lari itulah kerja pastu jerit jerit jerit....adik baru setahun lebih masih susu badan.

Hotel yang kami duduk tu, bila budak bising nanti depa call sebab orang bawah mengadu....aduhai...setiap 5 minit call nasib baik sabaq rasa cam nak cari sapa orang duk ngadu tu...yang reception pun tak consider ker kita ada budak kecik....bodo betuila terus hilang mood nak jalan. Memang spoil. Ingat nak balik Malaysia ajer....Hotel bukannya murah walaupun yang paling economy kat sana....convert balik duit kita, rabak jugak.
Lastly kami buat jer bising takkan nak marah anak setiap kali berjalan, even lompat sikit pun nanti reception call. Lantaklah, dia call kami tak jawab. Bagi phone tu engage. Mangkuk punya manusia. Ini ke negara maju?

Kita kat sini, hang duduk hotel 5 bintang pun, kalau anak hang bising takde sapa berani call suruh diam...

Memang child unfriendly...takde tempat salin lampin, tenpat susu badan...berbanding negara membangun kita ni semua dah lengkap dari aspek kekeluargaan...tensen sekali masa naik metro....adeh....jenuh angkut stroller naik tangga turun tangga....lift ada stesen ada...ada yang takde. Lift pula banyak orang tua que....nak berebut dengan depa lagi dah semua bau kimchi....kami lebih banyak angkat stroller dari tolak stroller. Kesian kat budak2 macam tak enjoy...letih je lebih...dan takde orang kat sana bawak baby naik stroller masuk metro/subway....maybe depa naik kereta kot kalau ada baby.
Anything else...ok lah. sejuk dan nyaman macam duduk dalam ekon 24 C. Tempat yang kami pi pun menarik....cuma itu jelah not child friendly. So kalau sesiapa nak pergi dan ada baby, anak kecil, pilihlah hotel yang sesuai dengan family jangan main book ajer. Ingat, depa lain dari kita. Ya, depa mungkin bersopan santun tapi tidak sesopan dan sesantun kita...

Kalau boleh, tunggulah anak besar dah boleh berjalan tak perlu stroller dan napping, it would be great.

Dan worst part, tengah beratur masuk lift, ada paderi ajak pi church....bersungguh pulak tu. Kalau kat Malaysia ni dah tampaq dah....

Aku....teringin nak pi lagi especially ke istana ok jung duduk tue...dan shopping kat myeondong & insadong.

Thursday, July 18, 2013

Demi Cinta seorang Lelaki...

Maaflah....masih mamai dengan drama ok jung, living in love.
Demi cinta, wanita sanggup buat apa saja daripada innocent dan baik hati sampai boleh jadi kejam.
Demi lelaki, wanita sanggup bersikap kejam terhadap golongan wanita sendiri...

Malangnya memang terjadi dalam real life kita di dunia moden dan nyata ini. Memang manusia tak akan belajar dari sejarah. Apa yang manusia belajar dari sejarah ialah tidak belajar dari sejarah. Ha Ha!

Tapi apa yang ada dengan cinta? Sebab cinta akan pudar akhirnya padam...
Sebab tu ada yang bercinta seminggu dah kena dump....

Nasib baik kita orang Islam...cinta kita hanya satu yakni Allah Yang Maha Esa...

Esok& weekend -  nak tengok citer....yang adik ipaq bagi haritu apa tajuk ntah...teman wanita saya ialah musang berekor 9, should be fun.

Kim Tae-Hee...you are so beautiful and amazing actress!


Tuesday, July 16, 2013

Jom tulis blog...

Untuk mengelakkan kadar mengantuk, stop kejap dan tulis dulu...seriously kantok mungkin tak cukup tidur sebab bangun sahur. Pastu nanti petang lepas berbuka serius rasa letih sangat dan akan lelap awal...Ntah kenapa bulan puasa aku selalu tak produktif...bertentangan dengan kehendak agama. Orang lain masak apa bagai aku? beli ajer...balik petang sebelum mandikan budak, buka tv kartun buat nanny, aku pun zzz kejap.
Then sebelum berbuka akan tolong Adam buat kerja rumah dia yang tahap darjah 2 tu...tahun ni tak terawih lagi....korang berbanggalah dengan tarawih korang dan updatelah status berada di masjid tu yea....aku ni pukul 9 malam dan mata jadi macam garfield....terus gone sampai waktu sahur....

Walaupun begitu, siap juga projek terbengkalai berbulan....nanti pi jeju island boleh pakai. Kat sini orang ingat meroyan pakai benda macam ni.
Pattern bunga: May Flower Attic24
Pattern infinity shawl: Fiber Flux Pavement Scarf




Saturday, July 13, 2013

Time is running out

Kadang-kadang terasa cepatnya masa berlalu, anakku Adam masih tak boleh membaca. Buku bacalah anakku masih buku satu....macam mana nak buat ni?
Tahun ni aku memang sibuk sangat....dari pagi sampai petang. Sempat tolong dia buat kerja sekolah lepas tu...terus sambung kerja balik. Sampai malam....tiduq....zzz. Esok ulang benda sama. Setiap hari.

Si Adik masih tak habis Brillkids sebab dia tak minat pun dah. Bila buka dia tak tengok pun...takpelah kita on jelah sampai habis semester 2. Tahun depan dah masuk tadika lega sikit aku ni.

Berbalik kepada Adam,masa perjumpaan ibu bapa haritu, sembang-sembanglah dengan cikgu pasal perkembangan dia...macam mana di sekolah, pergaulan dengan kawan sebaya...semuanya ok cuma dia ni payah nak fokus dalam kelas...Sebab tu buku satu tak lepas2...sebab bila tanya dia tak jawab....diam membatu. Aku pun takde nak ulang di rumah....tak sempatlah beb aku buat hal rumah dari A - Z....kadang rasa tak menang tangan....so bertekadlah aku nak buat bacaan setiap hari untuk BM dan BI. Jawi tolak tepi dulu maaf lah....IQra bolehlah kalau sempat tangkap lepas maghrib kalau dia dah turun bawah main tablet memang tak buat....itupun, adoihlah naik darah akak duk ajaq dia, 2 huruf saja suruh ulang dia tak mau ulang....memang geram gaklah ajaq dia nie...harap Apak dia, takyah haraplah orang laki ni nanti sakit hati. Kalau nak buat kita buat jelah ok. So, baru seminggu ni berhempas pulas usaha juga baca buku sebelum lelap. Boleh lah...hopefully cepat sikit progress membaca budak ni. Yang penting kena boleh baca sebelum darjah satu. Aku ni pun, cepat sangat naik hangin....payah jadi cikgu ni. Tu yang kadang fedup terus tak ajaq....jadi macam tulah harap cikgu tadika ajer ...semoga aku tak hangat2 najis ayam.

Apakdia, hari ni aku bagi tugas suruh ajar Adam buat kerja rumah matematik 'tolak' (substraction)...banyak gila soalananya. Bab matematik memang selalunya tolak kat dia sebab mak kuat naik angin. Apak lebih sabar kononnya. Tapi malangnya Apak dia kata 'banyak sangat ni' si anak pun kata ' banyak sangat'....baru buat 5 soalan dia dah cari alasan nak main game....Apak kata ok (Apak nak tengok utube). Mak tensen....Bila petang dah, mak suruh lagi Apak sambung buat homework dengan anak...Apak ajak anak buat, anak takmau, dia nak main kapal terbang....Apak kembali denga tablet dia. Pastu mak panggil anak bagi rasuah, kalau nak mandi kolam pi buat homework bagi siap. Anak pun semangat terus lari ambil buku buat homework...Apak nak tolong tapi adik pula jerit-jerit nak attention Apak...dah stuck kat soalan no.5....semua ada 32 soalan...mak plak dah petang sibuk di dapur masak juadah berbuka...tetiba marah kat cikgu. Kenapa cikgu bagi soalan banyak sangat....?

Dipendekkan cerita mak lah tolong anak siapkan kerjarumah dia. Guna spiral spageti buat bahan mengajar. Faham kot budak tu. Tak tau kat tadika depa ajar macam mana. Takkan nak suruh budak ni imagine kot...konsep pun tak faham lagi kita pula kena terangkan 'tolak' itu macam 'buang'....

Kesian jadi budak zaman sekarang ni....kita dulu enjoy ajer....

Wednesday, July 10, 2013

Cupcakes Lamp


Got this awesome idea from Pinterest where else? My daughter asked my to buy this festive lamp when we were in DIY shop last time, she cried and refused to go out from the shop and forced me to buy it...i use it as a decoration at my shop since festive season is coming soon...now after upscale-ing the lamp...i can use it all year! Please take a look. Quite nice huh?








Tuesday, July 9, 2013

Let's finish it off...PART 3

Part 1
Part 2
Been bz with life and balancing work-life effectiveness.
Tomorrow is 1st Ramadan =  public holiday in Kedah, so i have some time to blog tonight and...
I am becoming bored with all these parts....and badly wanting to post about something else...huarghh!!!
So...where were we?

Sewing sleeves...After you cut the sleeves from the pattern given, just stitch a straight line either using machine or hand....i used my machine.
The sleeves and bias tape i cut from left over cloth. 
 Then, pull the thread to make ruffles until measuring the same length as your bias tape.

Then, pin the bias tape to your sleeve...go sew! You must know how to sew bias tape. If not, just refer youtube.

This is how it's look when it's done. This is the 'look' from the outside.

Do the same thing to the other opposite side of the sleeve to create a puff sleeve. Just pull the thread.

The 'look' from inside.

The 'look' from outside. Outside must look good.

Then place your sleeve to the sleeve part at the dress. Pin it together. Make sure it's on the right side. If not you will end up crying tearing everything off!

Testing whether it's on the right part together...yes it is. If not, the outside sleeve will be on the inside dress or inside sleeve will be on the outside dress. Go sew!

Done...almost done. Then, just sew your finishing touch at the neck area and skirt area. If you want to add some embellishment like ribbon/button/applique...you may do so. Remember, less is more. 

I just crocheted a rose as my embellishment...
Happy sewing + stitching!

Wednesday, July 3, 2013

I hate Paypal....

Pulak dah....Haritu hate FB....kan?

Takdelah....kan aku guna paypal as my payment gateway for credit card payment...tapi sejak paypal di asia ni diuruskan oleh paypal singapore, meluat aku....kerja depa nak charge....charge...charge....tulah kerja! Now, you cannot send money as freely anymore you know? They will charge you 3.4%+ RM2...so ta lehlah kalau sesaja nak transfer money into your kid's paypal account ke...satgi anak hang kena charge. Kalau 20 hengget takpelah sikit...kalau 5K...rugi3x!
There's no more...'send money' only 'send payment'....

Alkisahnya aku ni walau dah lama buat biznes ni, kalau nak withdraw aku akan send money ke my personal paypal account, then withdraw into my local bank. free...FREE! not free la sebab depa dah charge 3.4%+RM2 per transaction for my customer. PER TRANSACTION!. Kalau customer beli barang tak sampai 10ringgit dan bayaq kredit card....aku rugi tau...tapi tak gamak nak limit kat customer (banyak online biz buat cam ni)  kata kalau nak bayaq kredit kad at least rm50....(taklah rugi sangat aku ni). Customer pun, setakat barang 5 hengget takkan takleh bank in....nak pakai cc jugak....

Then, i want to withdraw...naper tak withdraw straight from bisnes paypal account? Sebabnya, aku letakkan nama bisnes aku kat situ (paypal biz account), bukan nama aku. Takkan nak charge kat orang buh nama 'MINAH' kot. Tak prolah gitu kan? Kita tak boleh la pulak nak setkan nama pemegang akaun bank tu. Nama pemegang akaun tu depa pepandai letakkan nama biznes so takleh la withdraw sebab nama bank akaun holder tak sama. Satgi kalau kena return money depa nak charge lagi. Sebab tu aku akan send money ke personal akaun dulu, then dari personal akaun aku akan withdraw masuk akaun bank....macam tulah setiap kali sehingga policy baru nie....no more send money as personal share...

I nak withdrawlah kan....so depa charge 3.4% + 2.00....meaning depa charge 3.4%+2.00 2 kali lah...Tak boleh jadi nie. So I refunded back the money (that i send to myself from paypal biz account to my paypal personal account)....went to the bank and opened a biz account. Percayalah aku selama ini hanya guna akaun peribadi untuk online transaction. Esok nak pegi bank cimb plak, sebab cimb kena ada introducer kena bawak hubby sebab dia ada current account, boleh jadi introducer. Sebenaqnya bagus gaklah insiden ini...kalau tak jangan harap aku nak buka akaun biz...

I understand Paypal is doing business. How ever, this 'send payment' thing is really a crap and and bulls***! I am looking for other payment gateway. Well, i won't pay even sekupang for services i already paid.
Darn!


update 9/7/13: you can change your paypal business name actually, without requesting them to change it for you...at your main paypal 'my account' page, move your cursor to 'profile' and click it! if you just mouse over it...no magic! Then, edit whatever you want to edit. If you change your business name the same name as your banking account holder name, you can safely withdraw your money....duh! Read the f*****g FAQ!

However, i successfully created two new business account at maybank and cimb....more professional then using my personal name to deal with strangers right? It happens for a reason...

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...