Harini aku banyak sangat terlupa...
Lupa ini...
Lupa itu...
Last-last, sampai kedai si Adik pakai kasut sebelah lain-lain.
Kalau mak aku nampak ni mesti marah. Pantang orang tua2.
Tetiba teringat kat ibu malang yang baru2 ni terlupa anak dalam kereta tu. Malangnya anak dia meninggal....
Banyak sangatlah komen kat pehbuk....
Ada yang tanya "bukan ke ibu selalu akan ingat kat anak nya?"
Malangnya ibu merupakan insan yang selalu lupa.
Contohnya aku sendiri....mungkin usia dah meningkat, tadi masa kat ruang tamu ada nak ambil barang kat dapur tapi bila dan sampai dapur, tak ingat apa barangnya....
Lupa nak bawa baju salinan Adam ke kedai, kesian budak tu pakai baju sekolah sampai petang....
Kadang-kadang simpan satu barang ni sebab semak rumah, bila nak cari balik dah tak ingat langsung kat mana....
Lupa hari Jumaat ada kelas lukisan untuk Adam....lastly decided to quit the class.
Lupa hari Ahad hari sekolah di Kedah....ponteng.
Banyak lagi la...lupa la apa bendanya.
Dulu takdelah lupa macam ni...kadang2 rasa macam ada short term memory loss.
Tapi aku doa sangat kat Maha Esa, biarlah aku lupa benda lain, janganlah aku lupa anak aku....takut sangat sebab lupa ni bukan kawalan kita....you cannot boast about it.
Ya, aku sedih kat ibu itu...macam mana dia nak hidup mengetahui yang dia lupa anakknya sendiri dan anakknya meninggal...aku rasa ini dugaan terhebat untuk ibu.
People will ask 'how can you forget?'
Kalau suami tak understanding, serius boleh terjerumus ke arah perceraian.
Kes ini....namanya forgotten baby syndrome....banyak sangat terjadi.
Kita ni kadang2 otak shut down. Kalau kita fikir banyak sangat...banyak sangat multitasking....kita tak dapat fokus. Don't you know that multitasking is damaging your brain. So kalau nak buat benda, fokus satu2. Biar lambat. Take a pace....don't rush.
Untuk ibu-ibu, anak itu selalunya tinggalkan kat nursery, mana tahu haritu anak demam dan tidur di belakang. You bawa ke pejabat sebab takde siapa nak jaga di rumah. Maid takde, parents jauh. You ingat nak minta cuti tapi masuk pejabat bos panggil, terus ada meeting apa bagai...sedar-sedar 6 jam berlalu....langsung tak ingat pasal anak tadi cuma akan teringat pabila nampak tubuh tak bermaya kebiruan di dalam kereta. Apa perasaan anda?
Untuk ibu terpilih dengan dugaan ini....tabahlah ya. Sesungguhnya walaupun dia tak lupa pada hari itu, anak kesayangannya akan pergi jua kerana memang sudah sampai ajalnya...Siapalah kita untuk menafikan qada & qadar Allah S.A.W.
Sesungguhnya Allah S.A.W tidak akan menguji kita dengan ujian yang tak mampu kita tanggung.
Kita yang lain jangan tambahkan beban dia. Dia dah cukup menderita...
Wallahualam.
Wednesday, July 24, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
No comments:
Post a Comment