Kadang-kadang terasa cepatnya masa berlalu, anakku Adam masih tak boleh membaca. Buku bacalah anakku masih buku satu....macam mana nak buat ni?
Tahun ni aku memang sibuk sangat....dari pagi sampai petang. Sempat tolong dia buat kerja sekolah lepas tu...terus sambung kerja balik. Sampai malam....tiduq....zzz. Esok ulang benda sama. Setiap hari.
Si Adik masih tak habis Brillkids sebab dia tak minat pun dah. Bila buka dia tak tengok pun...takpelah kita on jelah sampai habis semester 2. Tahun depan dah masuk tadika lega sikit aku ni.
Berbalik kepada Adam,masa perjumpaan ibu bapa haritu, sembang-sembanglah dengan cikgu pasal perkembangan dia...macam mana di sekolah, pergaulan dengan kawan sebaya...semuanya ok cuma dia ni payah nak fokus dalam kelas...Sebab tu buku satu tak lepas2...sebab bila tanya dia tak jawab....diam membatu. Aku pun takde nak ulang di rumah....tak sempatlah beb aku buat hal rumah dari A - Z....kadang rasa tak menang tangan....so bertekadlah aku nak buat bacaan setiap hari untuk BM dan BI. Jawi tolak tepi dulu maaf lah....IQra bolehlah kalau sempat tangkap lepas maghrib kalau dia dah turun bawah main tablet memang tak buat....itupun, adoihlah naik darah akak duk ajaq dia, 2 huruf saja suruh ulang dia tak mau ulang....memang geram gaklah ajaq dia nie...harap Apak dia, takyah haraplah orang laki ni nanti sakit hati. Kalau nak buat kita buat jelah ok. So, baru seminggu ni berhempas pulas usaha juga baca buku sebelum lelap. Boleh lah...hopefully cepat sikit progress membaca budak ni. Yang penting kena boleh baca sebelum darjah satu. Aku ni pun, cepat sangat naik hangin....payah jadi cikgu ni. Tu yang kadang fedup terus tak ajaq....jadi macam tulah harap cikgu tadika ajer ...semoga aku tak hangat2 najis ayam.
Apakdia, hari ni aku bagi tugas suruh ajar Adam buat kerja rumah matematik 'tolak' (substraction)...banyak gila soalananya. Bab matematik memang selalunya tolak kat dia sebab mak kuat naik angin. Apak lebih sabar kononnya. Tapi malangnya Apak dia kata 'banyak sangat ni' si anak pun kata ' banyak sangat'....baru buat 5 soalan dia dah cari alasan nak main game....Apak kata ok (Apak nak tengok utube). Mak tensen....Bila petang dah, mak suruh lagi Apak sambung buat homework dengan anak...Apak ajak anak buat, anak takmau, dia nak main kapal terbang....Apak kembali denga tablet dia. Pastu mak panggil anak bagi rasuah, kalau nak mandi kolam pi buat homework bagi siap. Anak pun semangat terus lari ambil buku buat homework...Apak nak tolong tapi adik pula jerit-jerit nak attention Apak...dah stuck kat soalan no.5....semua ada 32 soalan...mak plak dah petang sibuk di dapur masak juadah berbuka...tetiba marah kat cikgu. Kenapa cikgu bagi soalan banyak sangat....?
Dipendekkan cerita mak lah tolong anak siapkan kerjarumah dia. Guna spiral spageti buat bahan mengajar. Faham kot budak tu. Tak tau kat tadika depa ajar macam mana. Takkan nak suruh budak ni imagine kot...konsep pun tak faham lagi kita pula kena terangkan 'tolak' itu macam 'buang'....
Kesian jadi budak zaman sekarang ni....kita dulu enjoy ajer....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
Ni mengulang sejarah anak aku..
ReplyDeleteDari umur 3 1/2 tahun aku anta tadika..
Sampai laa umur 6 tahun..
Dok Na Nu Ni.. A.. I... U...
Tak sudah2..
Lastnya dia masuk sekolah rendah tanpa tahu membaca..
Kes yang sama jugak.. tak boleh fokus..
Sampai sekarang..
Tapi,
cikgu sekolah dia ada la cara2 dia nak mengajar macamana.. tak sama dengan kaedah kita mengajar kat rumah..
Khaleef boleh baca pada pertengahan bulan Februari..
Linus BM kali pertama gagal sbb smpi mukasurat 7 dia cakap dengan cikgu "KALEP MALAS DAH NAK BACA"
2nd time lulus..
Linus English.. sekali ambik je dah lulus..
So, SABAR.. tunggu dia masuk sekolah rendah nanti ;)
Sebenaqnya kaleplah idola aku hahaha! Buat aku tak risau sangat...Kalep boleh Adam pun mesti boleh.
ReplyDeleteBuku bacalah anakku tu kan, kalau aku ajaq bunyian jangan haraplah dia nak sebut, macam lagi confuse budak tu. Kat tadika pun cikgu tak buat bunyi dah. Sebut huruf terus baru boleh...tak semua budak boleh fonetik nie. Budak biasa bolehlah kalau hyper/active...tak sesuai kot.
Tadi masa hantar dia pi sekolah ternampak budak pempuan ni duk baca buku advance dah depan cikgu....budak2 macam ni lah buat aku tensen tau! pandai terlebih.
t pun masalah yg sama. Tercungap-cungap macam ikan kat atas darat. Masa tak cukup!!! Nak kerja, nak wat kerja rumah, baby kecik yg perlukan perhatian. Laki tak mau tolong langsung..siap sabotaj time membaca dan buat kerja sekolah. Sometime, i feel so lonely in this children matters, nobody to talk. So hopeless. Buka saja buku bacaan, Cup buat muka disgusting, start lompat2, kacau baby sampai menangis. Bila baby menagis, i have to stop teaching...sigh!!
ReplyDeleteBuku anakku tu sbnrnya tak sesuai..
ReplyDeletesebab kat sekolah nanti depa guna sistem LINUS..
dia kena sebut huruf.. bunyikan.. baru baca..
kalep pun ada hyper.. redho jelah..
ReplyDeletedah takdir :)