Untuk pengetahuan pihak pembaca (jika ada), kami dah pindahkan anak2 dari sekolah kebangsaan ke sekolah swasta integrasi. Sebabnya:
1. faktor jarak
2. faktor risau dengan Adelina
3. faktor Adam di buli
4. faktor diabaikan dan ketinggalan dalam pelajaran (Adam)
5. faktor keputusan teruk (Adam)
6. faktor tak pergi kafa
Pendek cerita, Adam amat tak fokus dalam pelajaran lantas tambah pula soalan kbat yg diluar kemampuan dia...al maka nya, dia terus ketinggalan di belakang. Sayu setiap kali jumpa cikgu. Ada juga cikgu cadangkan pergi jumpa pakar untuk diagnosis...suruh masuk kelas khas kot. Sedih tau. padahal dia ni tak tau asas. Asas taktau terus naik bab dan bab sebab kejar silibus.
Time ni, kami ambil tutor personal datang rumah tau. Tapi tutor pun duk kejar kpi...nak cepat habis silibus saja tapi tak faham pun...2 sem la ambik tutor pastu tengok result duk fail jugak, kami decide nak tukar pi sek integrasi yang dekat rumah...
Lama juga fikir. Nak tukar ke tak...nak tukar ke tak...lepas husban kata tukar, so tukarlah.
Sek integrasi ni dari pagi sampai pukul 5. Solat 3 x makan minum aktiviti sukan dan kelab all in.
Mula2 tak biasa la nak sekolah sampai petang....rasa kesian kan. Lama2 oklah depa. Adam happy sangat. Kelas dia ada 12 org saja. Adelina macam biasa, takut nak pi sekolah...(masalah SM)
Depa masuk lepas periksa first sem. Tengah tahun lah. Ada 1/2 tahun saja nak belajar di sekolah baru sebelum exam....
Sebelum exam, ada tuition bagai cikgu2 buat... memang kita as parent boleh tarik nafas lega la.
Results...
Saya sebenarnya tak mengharapkan apa2 perubahan lah dalam masa terdekat...tapi bapak depa...stress pula lepas jumpa cikgu2 tadi....terus dia berasa tensen sebab Adam ni fail semua kecuali English. Ada pula cikgu yang suruh pergu tuition tambahan lagi (aduih balik pun dah pukui 5 kot). Terus si bapak pergi fofular beli buku latihan BM. Nak latih especially bahangian penulisan...cikgu pun tak kasi can langsung...tak ikot format teruih bagi markah kosong habaq hang....giloss.
Soalan math as usual susah la...kbat sikit terus kantoi. Cikgu pula kata ada masalah pembelajaran pulak...dia kata Adam tak fokus suka berkhayal dlm kelas....Ntahlah. Ish mak kalau nak ajukan cadangan jumpa pakar tuk diagnose mesti apak mengamuk pulak.
Hati mak kata Adam ni no problem. Bila buat slow2 dengan dia tadi ok je boleh buat ayat bagai. So kali ni terpaksalah mak kembali bekerja keras pastikan Adam ni menbaca buku BM. Kita duk fokus BI yg BM terabai...
Yg adiknya Adelina, walaupun tak cakap result ok. Taklah cemerlang dan tak lemah. Average saja. Cikgu kata dia ni kalau mau cakap mesti cemerlang....takpa, slow slow la anak mama sesuaikan diri ya. Untuk Adelina mama KENA buat iqra, jawi, baca hari2 sebab dia tak cakap dengan cikgu, camne nak buat iqra.... ?
Oh ya, untuk pastikan basic depa ni kukuh, kami masukkan depa ke kelas eye level. So, basic Adelina ni tambah tolak mantap la...Adam sebab start lambat, lambat la naik level. Kelas ni fokus individu ya bukan group. Sebab tu Adelina boleh join kelas ni...
kesian budak2 ni belajar terhegeh-hegeh duk kejar apa ya?...tujuan apa belajar ni. daripada nak dapat ilmu dah terpesong untuk cemerlang exam.
tapi nak buat gumana...sebagai parent terpaksa lah push. Duk tengok la friend yg hapdet status anak depa dapat seratus...takyah lah post sedih kami ni. Samalah kes org duk post pregnant walhal ada yg still berusaha tapi tak lekat2...unfriend la.
kbai...
#mamakenakerjakeras
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
No comments:
Post a Comment