Harini bangun2 mood tak baik. Walau dah pesan esok sekolah esok sekolah.
Cabaran hebat betul.
Harini alasannya, tandas kotor. Share tandas.
Ye, sekolah depa ni tengah renovate so tandas perempuan tak boleh guna. Kena guna tandas lelaki...
Kata tak larat, sakit lutut tak boleh berdiri...
Saya tak marah tapi rasa gagal.
Setiap kali dia tak pergi sekolah saya rasa gagal.
Dia ni pandai guna apa saja alasan kecil untuk dijadikan sebab tidak ke sekolah.
So tadi saya takut dia tahan kencing ke hapa kot terkencing dalam seluar ke hapa, so biarlah.
Lepas saya pasrah terus dia seronok. Boleh jalan dah tak sakit lutut dah.
Jadi dia ikutlah saya pi pos barang harini di AEON. Suka sangatlah pergi mall. Saja test dia suruh cashier tanya nama dia, dia tak jawab.
Saya kena lebih prihatin lepas ni. Kalau kat restoran, bila waiter tanya order saya nak tengok dia boleh jawab tak. Baru saya perasan dia tak pernah respon sendiri, kami yg jawabkan. Dia diam jee. WRONG step there. Bila fikir balik kejadian lepas2 semua dah masuk akal kenapanya jadi gitu.
---
Esok bila fikir dia akan guna alasan kejadian yg terjadi malam ni dah buat saya mengah. Saya penat.
Bapak dia, kalau ikut bapak dia, hari2 duduk rumah je. Malas nak layan perangai dia ni. Seronok kan? Senang hidup.
Harini saya dah info dengan cikgu besar sekolah pasal masalah fobia dia ni. Cikgu besar bersedia nak bantu dan bekerjasama.
Saya pun dah beli trampolin untuk Adelina lompat. Lompatlah anakku lompat. Rupanya aktiviti lompat amat baiklah untuk ransang budak yg ada masalah sensori. Kita duk marah depa lompat atas katil. Kita duk marah depa main pusing2 takut pening...Kita tak bagi main pasir takut kotor rumah....kita tak bagi main plastesin kotor lantai/karpet. Walhal aktiviti itulah yang terbaik.
Tadi pi makan kat luar, adalah group meja sebelah ni sambut besday kott...so bisinglah sikit. Kita yg lain ok je tapi bagi SM ni, bising terlampau kot sampai dia tak selesa...budak SM ni, tahap sensitiviti dia sangat tinggi so dia tak boleh atasi bising ni. Dia ajak pindah meja...kalau dulu kami mesti ingat dia mengada-ngada tapi sekarang lepas faham masalah dia, kita pindah meja, takda masalah dan boleh teruskan makan malam...
---
#dailylifewithSMchild
#kehidupanhariandengananakSM
#sheisgifted
#mamakenakerjakeras
#ujianAllah
#journalina
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
No comments:
Post a Comment