Monday, November 6, 2017

Misi Mencari Baju Konsert Tercapai

Hari ini saya spent 1 hari tonton video tentang Selective Mutism di utube. Menangis saya...saya kesal saya gagal kesan lebih awal.

Sekarang bulan November, maksudnya bulan yang ada aktiviti penutup untuk sekolah dan kelas music. Saya ni bila ada konsert saya takut sebab saya takut Adelina tak boleh.

Anak saya ni, memang tak akan suka benda2 yang menjadikan dia sebagai tumpuan. Nanti saya syare video konsert tahun 2015. Ibu bapa lain seronok je, saya menangis kenangkan anak saya ni. Masa birthday party, semua orang seronok, anak saya sedih je muka. Kawan pun takde...saya balik menangis. Setiap kali fikirkan betapa dia tak seronok di sekolah buat saya takut dengan masa depan dia dan di tempat yang saya tak ada untuk lindungi dia...contohnya di SK. Dia jatuh, sebab ada budak tolak masa turun tangga (kelas tingkat 2). Dia masuk kereta baru menangis...orang ambil pensel warna, esok nya jadi cabaran la untuk suruh dia ke sekolah. Apa yg berlaku di sekolah dia akan bawa balik ke rumah dan lepaskan emosi dia di rumah...kalau yang gembira ok. Kalau yang tak, jenuhlah.

Untuk konsert piano, masa mula2 dapat lagu, asyik nangis. Masa ni saya tak tahu lagi pasal SM (belum dapat official diagnosis lagi). Dia ada 2 konsert. Satu ramai2 main alat music. Dia ni main triangle. Praktis setiap sabtu. Memang cabaran la nak suruh dia pergi kelas sampai saya bagitau cikgu dia ni tak payahla join. Haa...bapak dia pun bising marah saya sebab paksa dia masuk jugak. (time ni kami tak tau). Tapi minggu depannya saya nak pergi beli baju konsert la untuk abang Adam. Tetiba dia nak masuk pulak...sudah. Jadi masuklah balik, lagipun baru seminggu missed praktis. Saya pesan kat dia, jangan nangis depan ayah kalau tak dah tak boleh join....ini satu dah settle.

Untuk main piano pulak satu hal....dia ni tak boleh salah. Kalau salah terus stop tak boleh sambung. Beza dengan abang, main salah teruk boleh sambung lagu ikut musik....dahlah cikgu piano ugut pulakkk kata kalau main salah nanti orang gelak. Teruslah dia stress...tertekan. Saya pujuk dan suruh praktis, kata takpe pun salah. Tahun lepas ada budak main salah takde sapa gelak pun. Semua pun mak bapak yang datang tak akan gelak...jenuh gaklah nak pujuk. Pastu mesti suruh depa ni praktis setiap hari...setiap hari...setakat ni ok lah. Ada lagi 3 minggu nak konsert music nii.

Untuk di sekolah, since dah pindah dari SK so terpaksalah masuk konsert...(kalau kat SK budak yang top top jelah masuk konsert ni, tak pun anak cikgu sekolah tu, kita anak pun tak score, melangut jelah taktau apa)

Cikgu kata semua budak mesti terlibat. Nasiblah cikgu ni memang dia faham dan rapat dengan Adelina ni. Dia suruh masuk jugak jadi pokok (persembahan berlakon)...asalkan masuk walaupun tak dak line...jadi saya bersyukur la sangat sebab dia tak disisihkan kerana masalah dia.

---

Berbalik kepada konsert piano, masalah utama ialah baju, baju tu lengan pendek. Adelina tak akan pakai baju lengan pendek...sebab? Saya tak tahu saya tak pernah suruh dia tutup aurat pun sebab dia tak perlu lagi. Dan kena pakai skirt...Adelina tak akan pakai baju yang nampakkan kaki dia. Semua seluar panjang je...sebab? tak tahu, saya tak pernah suruh dia tutup aurat sebab tak perlu lagi. Dia start jadi macam ni (baju/seluar panjang) masa umur 4 tahun kot...Saya akan tanya doktor pasal ni.

Yang saya tahu, dia kena ambil juga bahagian dalam konsert/persembahan ni. Dia tak boleh skip. Kalau skip, masalah ni akan berada dalam gegelung (circle) dan tak akan selesai/diatasi. Jadi betullah tindakan saya paksa dia masuk juga, ambil bahagian.

Dan saya tak boleh jawab bagi pihak dia jika diajukan soalan...dia kena respon (tak respon pun takpe jangan pressure) bagi masa 5 saat lepas tu tanya soalan lain atau tukar ayat soalan....kena info cikgu sekolah pasal ni.


Wish me luck in this coming concert...thanks for reading whoever you are.


No comments:

Post a Comment

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...