Friday, March 9, 2012

Al-Fatihah....again

Baru jer dikejutkan oleh rakan FB bahawa kawan masa sekolah menengah telah meninggal sebentar tadi...
I knew her. Not too close. Same class...
Dia terlibat dalam kemalangan seminggu lepas di mana bayinya telah pun meninggal dunia. Dia pula khabarnya ok tapi tiba-tiba berlaku pendarahan dan terus koma sehingga meninggal. Dia meninggalkan suami dan 2 orang anak yang masih kecil...baya Adam dan Adelina.
I macam terkelu...terkedu...semoga dia ditempatkan dikalangan orang beriman yang dicintai Allah. Kau dah selamat Zai, kami ni tak tahu bila...
Kadang-kadang rasa cepatlah Ya Allah...tak sanggup rasanya menanti tanpa mengetahui bila saatnya. Tapi mengenangkan anak-anak yang masih kecil, kasihan...sapa nak jaga sebaik aku jaga...walaupun aku ni ibu yang amat garang tapi lebih baik dari mak tiri kan?

Aku dah confirm...lepas aku meninggal nanti, mesti orang kampung laki aku mai bertandang bawak anak dara masing-masing. Aku dah pesan kan dia, kalau cari mak baru kat budak-budak ni carilah yang sembahyang dan tak berpura-pura baik...depan baik belakang macam jemuan.

Tadi dengar tanyalah Ustazah tau, pasal buta hati....biar buta mata jangan buta hati...dalam segmen dia ada cakap anak-anak ni pencen akhirat. Jagalah mereka supaya tak terpesong. Jangan asyik pentingkan pelajaran saja...nak dapat A saja. Kalau dapa A pun tapi minum arak, tak sembahyang...zina (Masyallah...) memang tak guna langsung.

Apa-apapun, Al-Fatihah untukmu Zai.

Wednesday, March 7, 2012

Brillkids update, week 4 day 16

I nak sangat update Brillkids...
Sekarang dah week 5, tapi time picture taken is week 4.

So far Adelina loves the Brillkids program. She's repeating the words and pointing to her body when words are pronounce by the program. 
For Little Maths dia tak focus. While babies will be amazed with the dots and pictures, toddler like her are more interested in the object...example: the program are showing 10 rubber duckies...she is more interested to say ducks instead of the numbers...

For week 1, Little reader.. program akan dibahagi kepada 3 bahagian: Action words, Parts or the body dan Common Animals. 
Contohnya Action words: clap, wave, kick, point, laugh, eat
Parts of the body: hair, eye, nose, ear, mouth, chin
Common animals: dog, cat, horse, pig, bird, duck

Yang menarik ialah, gambar akan berubah, suara orang yang pronounce pun berbeza...ada video bergerak so babies/ todd suka dan tak bosan.
Perkataan itu akan diulang dan ditambah setiap hari, hari demi hari...

By day 10, segment Common Animals ditukar kepada Kids Things dan part of the Body ditukar kepada Colors. 
Segment akan ditukar-tukar tetapi kekal 3 segment sampai week 5.

Lepas week 5, baru start pattern phonics...words ending with 'at'...cat, vat...chat...so on
Colors pula ditukar kepada Things we wear.
Adam start join this program at week 5. Dia pun seronok...:)))))

I hope I can take video budak-budak ni sebut perkataan tu. Sebab tu hantar tablet servis. I ni pemalas nak cucuk USB, pastu transfer...edit video/gambaq...no time for that. Hopefully lepas ni buleh buh gambar video pulak...

Yang best guna Brillkids ni...kita buleh tambah program kita sendiri. Ingat dak dulu I beli satu set buku Bacalah Anakku yang fail tu? Well, I dah buat program tu dalam sistem Brillkids. Buku 1 baru jer siap. Tengok Adam suka tak, kalau dia suka baru I proceed with the next book.

Insyallah akan terus update Brillkids. Mana tahu, kalau ikut iklannya...next year dah buleh baca buku...by age 3 years old...wow!!!

Weekly Lesson Plan

Day 19 Lesson, just press the play button

Buleh belajar numbers

Belajar tambah tolak bahagi darab

Ada 2 semester untuk satu tahun sahaja

Percubaan buat Program Bacalah Anakku di dalam Brillkids

Ni gambar little Math..patut letak di atas...macam ni la, keluar flash of patterns  and numbers pronunciation,
macam kena brain wash gitu. 

sebut bunyi 'nnn'...percubaan

n.....nangka, macam tulah, bagi reward gambar. Kalau buku tu takde apa2 yang menarik perhatian Adam yang
mudah bosan.

 bunyi 'uuuu'

uuuu bi, letak banyak gambar utuk sebutan 'u'

 sebut 'iiiii....'

iiii----> ikan

Sunday, March 4, 2012

marah-marah

Tak taulah, sejak semalam asyik marah-marah...
yang jadi mangsa, adik dan adam...
adam pun, yang pi cucuk pipi adik dengan pensel tu kenapa? nasib tak kena mata...
adik pun, saper suruh menjerit kat abang adam masa dia buat homework?
mama pun...lain kali marah untuk mendidik, bukan melepaskan ggggrrrrrr......
ayah pun, tolong la mama...i tak buleh jaga anak sorang-sorang...buat anak sama-sama, jaga pun sama-sama la kan?...asyik dengan hobi baru.

Oh, i tak dapat la pergi majlis kebumi Opah. I sedih sama...Maybe that was the reason of my being such an angry bird...even today still pantang salah sikit. Nanti jerit sampai keluar anak tekak. Budak bukan faham pun apa yang dijeritkan...Yes, i know that...tak payah la nak menasihati i ni. Memang iman i kurang banyak dalam hal ni. Sabar i cetek....

Opah dah dikebumi malam tadi, dah lewat baru adik i sms...apelah awat tak gitau awal? Tahulah semua sibuk...Anyway memang i takmau pi. I takmau tengok Opah dalam keadaan terbujur kaku tak bercakap dan senyum kat aku. Biarlah i ingat dia seperti kali terakhir i tengok dia dulu...

Harini pulak, sibuk la...pagi dah ke kedai lepas hantar adam dan breakfast. Adam school on Sunday. Ni kan Kedah...Ada customer nak datang...tima kaseh yer...banyak dia beli. Alhamdulillah. Then gi Tesco beli phone baru...bulehla nak baca emel sementara tunggu SGT kena servis seminggu...mati kutu la takde internet di kedai tu. Pastu tetiba ada orang kol, nak hantaq barang...eh bila masa aku order. Adala barang nak sampai tapi hari Selasa...takpelah sebab dah balik suh dia hantaq rumah, ooo rupanya ada satu order tapi aku tak bayaq lagi pun...dia dah hantar? bagus bagus...Petang lagi, plumber lak datang pebaik sinki...Alhamdulillah sinki tersumbat yang amat memeluatkan dah settle...

Cuma tak sempat aku nak drill dinding gantung rak...sebab apa? ni jiran aku ni balik pulak nanti menggangu depa...bunyi drill kan bising + bingit. Takpelah aku buat weekdays projek tu.

Well, now is 6pm, nak masak pulak.
Esok Insyallah pi mendaftar Adam masuk darjah satu...

Saturday, March 3, 2012

Opah I dah takde...

Sebenarnya nak tulis pasal lain, tapi baru jer mak tepon dia kata opah dah takde...
Semoga opah ditempatkan di tempat orang baik-baik dan beriman...Opah memang seorang yang sangat baik hati...Opah tak pernah tinggal sembahyang. Tak pernah lupa Quran. Mulut Opah asyik terkumat kamit dengan zikir Allah...Tangan Opah asyik pegang bacaan doa. 
Tak sangka Opah dah takde. Tak sempat tengok Opah buat kali terakhir.
Opah memang tak sabar pun nak 'pergi'...Macam tak percaya Opah dah takde...gonna miss you. Your soft spoken voice, your stories...your 'tuah' at your back, you will always be in my heart...nanti kita jumpa lagi ya Opah. Kita jumpa di Padang. You take care now...Al- Fatihah.

Friday, March 2, 2012

MeluaT!!!

Aku cukup meluat dengan orang kiahsu...
Dulu pun salah satu sebab benti keje sebab orang kiahsu... lagi satu aku tak suka orang kerdil aka dwarf. Long story la...

Harini...ingat nak lepak rumah jer...Jumat kan. Lagipun bangunan mara tu tutup. Tetiba regular customer nak datang...so takpelah jom jumpa disana. Takpelah...dalam biz ni takde istilah malas, kerja sampai lewat malam, setiap hari...cuma flexi la.

Semalam ada sorang customer ni beli banyak...dia mintak diskaun. Takpelah, i bagi 15% diskaun dan free shipping. Ok. Harini dia balas, dia kata barang dia kotor...tak sama...quality kureng...
Terus mood aku hilang. Ni orang pun ada. Dah banyak aku diskaun lu komplen lagi meh? Aku malas nak deal with this kind of poeple. Aku reply, you hantar balik itu barang at your own cost and i will return your money back...

Lepas pos barang, balik dalam keadaan marah. Orang yang macam gini sikit jer tapi impak besar. Cukup untuk aku rasa nak tutup kedai...(HA HA HA). Hubby kata, saper suruh suka-suka bagi diskaun. Tu kita bagi betis nak paha. Lepas ni memang tak bagi diskaun dah. Sebelum ni takde la customer minta diskaun cam ni. Kalau nak order whosesale lain cerita la kan? Kira first time la situasi ni. Kebetulan hari yang sama ada sorang omputeh ni mintak charity....hadoih. Macamlah biz aku ni juta-juta. Kalau jutaan no problemo...Sebab tu la si kiahsu tu mintak diskaun aku tak fikir dah terus bagi.... Untung berapa sen jer...

So gitau hubby, nak change T&C....all items are fixed price....kalau bukan time promotion, sakidap.
Hubby kata, you ni ikut angin, sat nak tambah, sat nak buang...
Benda kecil camni kenalah tulis. Next time kalau jadi lagi just refer to T&C. Senang tak payah pikir.

Hilang mood aku ni...

Thursday, March 1, 2012

I kempunan...

Aku nak soping...baju, seluar, dalaman...
Pagi tadi dah beli kasut. Balik tanyak en hubby, cantik tak? dia tengok...sama jer macam hat dulu...katanya.

Memang sama! Tak pun lebih kurang...kaler coklat gelap, bentuk wedges. Tulah kasut aku. Kat pekan Kulim ni, takde lah tempat sopin yang seronok...oklah beli kasut XES tu. Selesa dan tahan lasak juga. Teringat masa kerja dulu kasut aku banyak...beli almari simpan kasut. Hari-hari tukar ganti. Lani...takde nafsu la nak berkasut banyak. Bila dah nampak buruk, baru beli lain...hat lama ok lagi. Hantaq pi derma. Buat charity sikit. Maybe next week beli sepasang lagi kot. Saja syiok-syiok. Gila. Takde benda nak buat...beli beli beli. Kena bagi sokongan gak kat kedai di Tesco dan Giant tu. Nanti tutup saper susah? aku gak. Mana nak sopin? 

Cari baju...takde lah yang sesuai ngan aku. Seluaq? takde jugak. Seluaq yang muat dengan aku lani  ada 3 helai saja...yang len semua yang dalam transition phase punya. Longgar...kalau naik berat sikit baru buleh sarung balik...jeans pun pakai yang 4 tahun lepas punya. Letak getah bagi ketat...tapi jadi tak selesa pula. Susah gak ada bentuk badan cam aku ni....sigh. 

Ajak mr hubby pi teman i sopin kat Jusco Bandar Perda, dia takmau...bosan la laki ni...
Takpe, dah ajak kak Nori. Tapi bila nak gi...Dia kata next week. I need to upgrade my wardrobe...semua baju buruk. Baju yang beli online pulak, pendek la, kain panas, ketat terlebih...lastly semua simpan. RUGI. Tak suka soping baju online...

Sebelum tidur, sudah menjadi tugasku tuk menyapu sampah...mop? not tonite. Keep all the toys and clear the dirty dishes. Buat teh panas, tengok TV till 1 am while surfing internet then sleep...Esok, banyak kerja kedai jugak nak settle. Barang pun banyak dah sold out. Tengah fikir samada nak beli stok sekarang atau tunggu dulu...Esok, nak tulis about speech therapy. Lupa nak update...Esok, semoga lebih dimurahkan rezeki. Esok hari Jumaat.

Nothing much today...

Pagi-pagi dah dapat mesej dari my sister, opah masuk hospital...mak kata dia minor stroke. My opah is 92 years old. Dia menyaksikan perubahan Malaysia dari zaman jepun, zaman komunis...sampai sekarang. I don't know, to visit her, she is very far away...hope everything is okay...mom says she can't talk anymore. She still in er...the docs still deciding...

Anyway, semalam ada satu accident di Pasir Putih Kelantan di mana ayah dan anak meninggal terbakar di dalam kenderaan. Sedih...macam mana yer rasa mati? Mereka mati berpelukan. Saksi tak sempat nak selamatkan sebab kereta meletup dan terbakar...hanya dapat melihat si ayah menarik si anak cuba selamatkannya. Anak baru umur 4 tahun...Semoga roh mereka dicucuri rahmat. Macam mana perasaan si isteri? Sedih kan...
Aku kan, memang obses pasal kematian ni. Aku selalu tertanya-tanya macam mana rasanya? Kita pergi mana? Kenapa ada orang mimpi pasal orang yang dah mati? Mereka hidup di dimensi lain? Aku pernah jadi tak keruan tau dulu fikir pasal mati ni...dulu la. Aku rasa macam ...nak buat apa sibuk-sibuk sangat, nanti mati juga. Harta semua ni tinggal tak bawak...tak berguna pun...Aku suka tengok/dengar ceramah pasal mati...tok imam kata, kita patutnya tak perlu takut mati, sebab kita akan jumpa Tuhan kita...
Hiduplah seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi, berimanlah seperti kita nak mati esok...Kita tak tau bila kita nak mati... tengok adik Harris tu, 3 minggu jer dah mati...Aku tengok muka anak-anak aku ni....macam mana ya? Kalau dia ada 3 minggu lagi. Kalau kita tahu bila saatnya? Mesti kita hargai masa yang ada...tapi kita tak tahu...kalau kita tahu, mesti asyik sembahyang tak berhenti...
Tujuan tulis blog ni pun sebenarnya nak tulis wasiat kat anak-anak kot la aku mati muda...
Tapi baru tulis sikit jer pun...kena speed up the letters tue.

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...