Baru jer dikejutkan oleh rakan FB bahawa kawan masa sekolah menengah telah meninggal sebentar tadi...
I knew her. Not too close. Same class...
Dia terlibat dalam kemalangan seminggu lepas di mana bayinya telah pun meninggal dunia. Dia pula khabarnya ok tapi tiba-tiba berlaku pendarahan dan terus koma sehingga meninggal. Dia meninggalkan suami dan 2 orang anak yang masih kecil...baya Adam dan Adelina.
I macam terkelu...terkedu...semoga dia ditempatkan dikalangan orang beriman yang dicintai Allah. Kau dah selamat Zai, kami ni tak tahu bila...
Kadang-kadang rasa cepatlah Ya Allah...tak sanggup rasanya menanti tanpa mengetahui bila saatnya. Tapi mengenangkan anak-anak yang masih kecil, kasihan...sapa nak jaga sebaik aku jaga...walaupun aku ni ibu yang amat garang tapi lebih baik dari mak tiri kan?
Aku dah confirm...lepas aku meninggal nanti, mesti orang kampung laki aku mai bertandang bawak anak dara masing-masing. Aku dah pesan kan dia, kalau cari mak baru kat budak-budak ni carilah yang sembahyang dan tak berpura-pura baik...depan baik belakang macam jemuan.
Tadi dengar tanyalah Ustazah tau, pasal buta hati....biar buta mata jangan buta hati...dalam segmen dia ada cakap anak-anak ni pencen akhirat. Jagalah mereka supaya tak terpesong. Jangan asyik pentingkan pelajaran saja...nak dapat A saja. Kalau dapa A pun tapi minum arak, tak sembahyang...zina (Masyallah...) memang tak guna langsung.
Apa-apapun, Al-Fatihah untukmu Zai.
No comments:
Post a Comment