Semenjak 2 menjak teramat sibuk al nak mampus...tak sempat nak memblogkan diri pun. Alhamdulillah la kan? Dah ujung tahun ni kena wat sale. Clear stock lama tu.
Hari Sabtu, 3th Dec haritu dah 6 kali la sesi terapi bersama ms Kok. Kali ni, dia bagi kertas mahjong...dia suruh Adam lukis. Tanya Adam nak lukis apa? Tanya open ended question. Jangan tanya yang jawapannya Yes/No. Tapi hari tu Adam malas. Sebab apa? Sebelum tu masa kat rumah ayah dia bagi dia main game. Then suddenly kena tutup sebab nak pi kelas terapi...hu hu hu. Mood pun hilang. Cakap pun tanak. Tapi lepas 1/2 jam oklah. Lepas dapat reward star. Ms Kok suruh dia punch star dia, pastu lekat di kertas. Dia pun suka.
Then, Ms Kok bagi kertas yang ada gambar atas dan bawah. Tanya dia mana atas, mana bawah. Gunting kepingan dan lekat...kena go on with atas/ bawah, dan soalan wh Q, repetition, s-v-o setiap hari. Jenuhlah bagi aku yang not talkative ni.
So far, Adam dah improve banyak. Walaupun banyak ayat berbentuk kartun (yang tak dapat di fahami). Dia nak bercakap, cuma vocab takde. Slow-slow la baca kamus hari-hari. Rasanya tiap hari banyak sangat nak buat tapi masa tak mencukupi...tetiba dah Dec. Next month, he is supposed masuk tadika lagi. Rasa macam tak ready. Camner? therapist suruh masuk tadika bagi sosial? Terpaksalah, cari tadika subsidi kerajaan jer.
Setakat ni dah jumpa 2-3. Yuran 60-70 sebulan. Cuma keadaan tadika tu macam...dot3x. Tak sama lah macam tadika Q-dees. Sedih sebenarnya rasa bila Adam masuk tadika balik (walaupun half day)....hope can adjust the learning activities to the afternoon and evening. Selalunya, after 12, aktiviti leasure----> tengok cd grolier, wonder pets, kartun disney...lepas ni terpaksa cut wonder pets dan kartun tv9. Petang kena baca kamus, buku disney...homework (kalau ada). Balik rumah petang baru aktiviti bebas...
No comments:
Post a Comment