Apa pula ni?
Masuk kali ni dah 4-5 kali dah si Adam ni naik macam biji ketumbit kat mata...
kali ni besar gila. Dah sebulan lebih nak masuk dua bulan...kira sebelum raya haritu dah ada, just titiskan ubat biasa yang dr bagi. Maklumlah nak titis masuk mata budak, bukan senang. Kena tunggu tidur baru boleh curi titis...makin lama makin besar biji nya.
Benda ni bukan ketumbit...kalau ketumbit 3 minggu dah pecah, ini boleh sampai 6 bulan! mau sakit psikologi pulak si Adam...
doc bagi antibiotik...sebelum ni tak pernah dapat antibiotik untuk sakit air mata tersumbat ni, tapi kali ni dapat...dah terpaksa pujuk dia suruh makan...nasib baik dia dah faham reasoning, dia makan sebab nak bagi baik mata...
Tapi, ubat dah habis, mata makin bengkak...pergi mana-mana orang asyik tanya kenapa mata? memang sangat obvious...kesian anakku Adam...mesti dia malu.
dulu doc ada cakap, kalau naik lagi kena jumpa pakar mata buat surgery...tapi time tu, mata dia beransur pulih...so aku just ambik tak kisahlah...
cuma kali ini...biji makin besar, Adam pun asyik tengok cermin check biji kat mata....kesiannya dia.
Dah bagi tahu cikgu dia, ini bukan ketumbit, so tak berjangkit la. Memang lambat baik...
TAPI BILA?
Dah nekad, kalau Jumaat depan biji masih besar atau makin besar, aku akan suruh doc Lim tu bagi surat refer untuk jumpa pakar mata kat Hospital. Kena ada surat refer baru buleh claim insurance...
Buat masa sekarang, bersabarlah nak....mama cuma boleh urut je dari kening ke hidung...dah la nampak macam ada satu biji lagi nak naik kat sebelah lagi mata...Masyallah...kasihan anakku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
No comments:
Post a Comment