Semalam pergi check mata si Adam...
Sebab dah dapat surat refer pergi hospital.
Kali ni follow up jer. Last month dah check sekali..
Next month lagi sekali.
Untuk Adam ni, doc tak galakkan buat pembedahan sebab nanti kena bius full body dan bila bius...akan ada komplikasi. Kalau dah besaq sikit, buat local anesthetic saja. So,,,sapu ubat jelah dah kena cuci mata masa mandi dan demah mata dengan air suam supaya bersih. Bulu mata mamat ni panjang sikit so cepat kotor. Bakteria mudah membiak kat bulu mata...
Tapi kan...doc tu ada check power mata...dan dia nak check sekali lagi on next appointment sebab dia kata ada power. Ha? Anak aku rabun ker? TIDAK!!!!!!
Bukan apa, aku tak mau dia rabun macam aku....kesian dia.
Tapi...masa test semalam, Adam ni sebenarnya aku tak pasti samada dia tak nampak atau malas nak jawab. Bila tanya huruf apa itu? Macam biasa, dia bosan. Hmmm...
Mama pun kena lah print gambar 'eye test' dan tanya dia. Baru jer print. Mama ni nak pasti betul ke dia rabun atau dia buat perangai jer. Hopefully tak rabun. Budak umur 5 tahun kalau dah rabun...kesian. Sepupu dia pun dah rabun...nanti nak tanya cikgu tadika dia ni ada kenyit-kenyit mata atau menunjukkan keadaan budak rabun ke tidak kat sekolah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
No comments:
Post a Comment