Macam-macam dah bagi, forlax pun dah, satu lagi peket fiber pun dah tapi tak jalan.
Dari pagi dia tak selesa sebab ada 'barang' kat dalam.
Cepat la berak adik oii nanti balik ayah tengok adik tak berak lagi, dia kecoh.
Tapi dia takmo berak...bila nak berak dia nak duduk atas toilet tapi lepas duduk relax ajer takdelah nak teran ke hapa. Macam tulah cycle aku nak kena layan...kat kedai takde toilet kat dalam kan kena menapak 500m ke hujung bangunan...guna potty jelah yang berbentuk toilet. Kalau potty bodo memang dia sepak ajer potty tue...
Sama ajer, duduk relax, bangun baru rasa nak buang, bila duduk dia relax...ulang itu ajer... :X
Sampai rumah, proses yang sama berulang...dah ayah nampak dia mula bising nak bawa pi jumpa doc. Tengok jam...serious malas nak beratur kat klinik. Kalau pi petang memang tunggu lama gilaaa. Selalunya aku pi pukul 11.30pagi time tu patient lain dah balik.
Aku tengah solat, dia menjerit-jerit nak berak pulak....ayah plak keluar ntah ke mana...jenuh la solat macam ayam. Dia plak lari turun masuk toilet nak berak, aku turun cepat-cepat nak angkat dia duduk atas toilet tue, rupanya dah selesai...keras macam batu besaq amat! Tak logik! Magik!
Okeh, projek anti sembelit pun bermula dengan keluarnya 'batu' tersebut.
- Susu: kurangkan hanya 2x sehari sahaja. Tengah hari dan time tiduq saja. Hat dalam time tiduq tu aku lenyekkan buah prune dan masuk kat dalam susu botol. Puting susu tu dah dibesarkan 30% supaya fiber prune boleh keluar. Aku kurangkan susu sebab nak galakkan dia makan benda lain.
- Makan jagung at least selang sehari...dia suka jagung. Dah beli jagung dalam peket tadi.
- Ayah dia ada belikan supplement buah-buahan kat farmasi. Makan hari-hari.
- Air...tiap hari mesti bubuh air dalam bekas pink dia dan pastikan habis botol tu. Sebelum ni memang tak minum air masak pun.
- Makan benda tak keras...dia suka sup. So every meal mesti ada nasi + sup yang tak masukkan stok maggi/knor. Bukan apa takutlah ada efek makan hari2 perasa. Sekali sekala ok. Untuk budak tak beranilah aku.
- Akan selitkan buah prune dan epal hijau dalam muffin untuk dia makan.
No comments:
Post a Comment