Nampaknya plan diet anti sembelit haritu tak berkesan.
Terus tak berak dah 5 hari.
Sejak semalam dia meneran sampai ayah dia jadi tensen terus lari keluar rumah sebab tak tahan kot...
So, aku ni sebagai mak walaupun time tu sibuk nak masak dan prep bahan basah...you taulah kan udang dan daging mesti potong dan siang siap nanti nak masak senang....kenalah layan anak meraung nak berak. Kita nak lari mana?
Tapi nampak gaya...budak ni tak boleh berak nie.
Daripada memandai jadi doktor baik jumpak pakar....
Memang, seminggu nu dah kurangkan milk intake, yogurt pun makan, buah? tak makan. Prune, ada bubuh dalam susu...jagung ada la sekali dan buh dalam muffin dia...nasi pun makan banyak jugak. Air masak, ada lah minum dari tak der langsung. Tapi jadi teruk plak... :(
So, sebab dah 5 hari toksik dalam badan, doc memang cucuk 'benda' tu. Meraung macam kena histeria...dai memang anti 'benda' tu. aku pun...Benda ni tak elok amalkan nanti rosak saraf dubur.
Ramai orang kat klinik harini...aku pi kui 10, pukul 11.30 siap ngam2 nak ambil adam kat tadika. Hubby tak ikutlah, hari ni kan kerja. Dia ikut pun buat buang masa ajer...kalau nak pegi dengan dia kena pi weekend...MasyaAllah orang...tengok selipar kat luar pun gerun nak masuk.
Dapat ubat berak...makan 3 bulan. Fiber drink lah. Dalam masa sama KENA makan buah, sayur...lemah la bahagian nie...ingat nak cari buah tembikai/pear la hat manis dan banyak fiber. Pastu doc suh makan oats campur dengan honey star or cereals lah....OOOoooo. Bolehlah makan sekali kurangkan kolesterol. Oats cookies tu, amalkan lah yer.
Macam biasa, yogurt kena selalu lah.
Kena pastikan najis lembik bukan macam tahi kambing. FAHAM?
Pastu doc bagi probiotic tak pasti untuk apa. Rasanya untuk perut kot.
Inilah ubatnya TADA! Nasib baik anak dara aku tak de masalah makan ubat.
Oh, yang aloevera tu beli kat kedai akak kat bawah nie, aloevera gel boleh campur dalam jus.
Harapnya takde masalah lepas nie. Tensen mak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
No comments:
Post a Comment