So maksudnya, umur 4 tahun tadika lain, 5 tahun tadika lain dan 6 tahun tadika lain.
Kesian kat dia sebab kan dia memang excited nak ke tadika. Sampai sanggup pakai uniform yang dia meluat sangat tue...
Masa ambil. ingat nak bayar yuran lah kan...hikmah gak bayar lambat :)
Cikgu kata depa dah tak leh run tadika ni...sebab tak cukup cikgu. Semua dah berhenti secara mengejut. Dia pun tak sangka sampai kena tutup...dan keputusan nak tutup tadika telah di ambil pada hari itu jugak...jadi kan, kesian kat adam sebab rupanya hari pertama jadi hari terakhir jumpa kawan-kawan dia.
Balik rumah terus inform hubby suruh keluar cari tadika lain hari ini juga! Sebab esok dia dah start kerja takkan i nak cari sorang-sorang? Bab anak kena sama-samalah kan.
Mana plak nak cari tadika dalam masa singkat. Kalau lah dah inform awal-awal dah cari bukannya pada hari orang mula belajar nie.
Kat sini banyak tadika tapi semua orientasikan....dot dot dot. Tak berapa like. Yuran pulak mahal nya. Mana nak cari Islamik nih?
Takpelah kita random...adalah sorang parent tadi sembang dia kata kat tesco ada. Tapi agak jauhla sebab kena seberang taman...bukan area taman i.
Pastu teringat ada tadika kat tepi jalan besaq nie. So, pegi tanya, ... tak berapa like sangat sebab cikgu dia ..... tapi oklah untuk kelas intensif masuk darjah satu bulan december 2013 nanti. Tak perlulah cari tutor mai rumah ajaq Adam sebelum darjah satu. Yuran RM95 + RM25 (komputer) + RM20 (iqra 3 x seminggu). Registration RM610. Tadika ni di kendalikan oleh non-muslim. Katanya ada cikgu muslim datang ajaq Iqra.... hokay, i ada pengalaman tak best masa Adam umur 4 tahun dulu masa dia tadika kat geng nie, so....
Takpe, kita cari tadika Pasti...tadi ada parent cakap pasal tadika ni. I memang dah dengar pasal tadika pasti cuma tak tahu lokasi kat kawasan rumah ni. Memang tak tahu pun...tetiba ntah macam mana ternampak la satu tadika masa lalu tepi jalan. Suh hubby patah balik, kita tanya dulu apa salahnya. Hubby i orang BN mungkin dia tak suka tadika nie. Buruk sket la tadika ni. Cat baru nampak ceria gaklah. Takdelah mainan hebat kat depan premis macam tadika lain. Masuk tanya cikgunya friendly bertudung labuh. Sejuklah mata nie. Tapi i rugged pakai jeans koyak dan baby T ajer. I suka gak la dengan kokurikulim tadika nie...kelas kat dalam cantik. Tak sangka hubby kata ok sebab hubby i ni...tak berapa sangat bab-bab agama nie. Yuran RM35 saja sebulan. Registration RM300++. Ajar solat dan baca quran hari2. Yang lain sama saja macam tadika normal.
Satu lagi ternampak pamplet tadika ni masa lunch...so, pegi check out. Cantek sangat tadika ni sebab baru. Seriously terpersona. Letaknya kat taman sebelah. Kena seberang traffic light nak sampai. Semua cukup tapi takde kelas iqra pulak...Sebulan RM110 termasuk makan. Yg lain tadi kena bawa bekal. Registration RM500++
Tadika ni okay...untuk Lina sebab depa ambil budak 3 tahun. Bulan 6 ni i hantaq.
Kesimpulannya kesemua tadika berguna untuk i. Kita sebagai parents memang nak ini itu nak semua untuk anak kadang-kadang lupa yang mana lebih penting.
Adam akan ke PASTI sebab hubby i kata OK. I pun suka. Mak i kata, jangan risau hantar budak-budak belajar agama masa kecik-kecik sebab nanti hati dia akan terang so dia boleh nak belajar apa pun pada masa akan datang...Insyallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2
How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...
-
Ya...sama macam pengguna lain, i hate voicemail/mel suara. Kalau dapat mel suara, mesti caller itu tak tinggalkan apa-apa mesej...and i pa...
-
Sebenarnya dah boring tulis entry nie.....pasal dapuq ni. Semasa aku tulis entri ni, dapuq aku dah 99% siap. Tinggal nak pasang plinth kat ...
-
I am not promoting whatsoever... Just want to share with others who have kids with communication problems. At the time we discovered about...
No comments:
Post a Comment