Tuesday, June 12, 2012

Rutin Harianku

Bangun pagi, siap-siap nak hantar Adam ke tadika. Pukul 8.00 pagi dah gerak. Then, balik breakfast dengan Adelina sambil tengok TV chanel 722. Sekarang ni tengah air Greys Anatomy season 6. Lepas tu cepat-cepat buat Brillkids Little Reader & Maths bagi selesai sesi pagi. Nanti budak ni nak main tablet la, tengok kartun dah sudah susah nak patah balik...
Pastu basuh baju...sambil layan internet dan facebook, baca online paper. Time nilah nak update email, edit gambar produk, buat description ke hapa ke...kalau takde, memang ada-ada je kerja kedai nak settle. Dah habis basuh baju terus ampaikan... dah pukul 11 pagi, time ni selalunya dah start tutup komputer, salin lampin adik, bancuh susu, kemas beg nak ke kedai.
Kalau nak kena beli groceries, akan keluar pukul 10.30am pergi Tesco.
Pukul 11.45 pagi terus gerak ambil Adam dari sekolah...terus ke kedai. Beli makanan kat kedai tomyam, lunch pulak sambil layan cerita Korea NTV7 dan berita. Lepas lunch, Adam akan kena buat homework dia. Kalau takde, suruh dia buat aktiviti lukis ke, puzzle ke, kadang-kadang dia pandai cari tablet dan terus main...(habislah!!!).
Lepas tu, aku akan sibuk membungkus barangan pelanggan...dalam seminggu setiap hari ada walaupun satu. Sekarang ni Alhamdulillah memang laris juga. Kadang-kadang bila takde order rasa leganya...relax.
Adelina akan buat Brillkids sesi petang masa di kedai. Nanti dah balik rumah memang tak buat dah. Sebab tu selalu miss sesi petang kalau sibuk sangat bungkus barang. Pukul 4.30 petang aku akan turun pergi beli kueh kat gerai berdekatan. Anak-anak nak tea time pulak.
Lepas Asar, pukul 5.30 baru gerak ke Poslaju. Lepas poslaju ke pejabat Courier pula. Dalam pukul 6.00 petang ke atas sampailah rumah, salin baju terus ke dapaur masak dinner...buang sampah...semua kerja rumah, angkit baju, jirus pokok...Dinner at 8.00 pm, kids tidur pukul 9.00pm. Aku akan sambung kerja print invoice, address, menjahit, mengkait, sapu sampah, kemas rumah, mop lantai...jangan lupa baca Quran sebelum tidur. Memang packed dan penat dengan rutin harian. Penat melayan karenah budak-budak 24 jam 7 hari seminggu non-stop. Tu tak termasuk kes melayan suami lagi. Alah bisa tegal biasa.

Cuma, i happy with my schedule now.

Monday, June 11, 2012

Brillkids Week 13 & 14

Week 13

Phonics op, ug
Math until Day 55


Week 14

Phonics ub, words starting with 'b'
intoduce Capital Letters.
Math until day 58.







How Little Maths look like?
This  video that I made has delay about 1 second of the speech and the object shown. Using computer the object and speech are accurate.


Saturday, June 9, 2012

Surirumah???

Aku tahulah aku surirumah...tapi bila orang panggil kita surirumah rasa geramlah....
Walaupun ada kedai but still kerja rumah menjadi tanggungjawab no.1.
Surirumah tu istilah zaman dulu-dulu. Surirumah sekarang semua educated ada masters degree taw...
Sebab tulah kat barat depa dah tak sebut housewife, semua educated dah. Panggil stay at home mom or dad.

Kejadian ni dah berlaku lama dah...tapi masih segar di ingatan.
Kat Kulim ni masa tu ada restoran baru, happening la restoran ni sebab ada live band wa cakap lu...ada minah nyanyi macam kat kenduri kawen...ha caya tak? kat Kulim ni macam2 ada. Dekat jer dengan rumah. Kat rumah pun boleh chek in four Square kalau nak. Menu mahal gakla...saja la pegi sana dengan hubby dan anak-anak nak test water. Kalau sedap boleh pegi lagi. Kat Kulim tak banyak restoran sedap dan servis bagus.
Kami pegi 2 kali. The third time ajak kawan pegi nak sembang-sembang sambil dengar muzik live...
Makan...minum...sekali DJ kat situ nak beramah mesra dengan pelanggan, dia sebut kat microphone "surirumah tu?" sambil tunjuk kat aku. Aku macam...huh? Aku ke?, dia angguk, "you lah, tadi datang suami hantar kan?" aku senyum sumbang jelah.
Kawan aku macam..."Eh, muka aku nampak cam surirumah tak?"
Aku pakai sikit punya vogue dia panggil surirumah. Tadak manners betul. Panggilah puan bodoh!
Balik tanya hubby, muka i nampak sangat macam surirumah ke sebab kebetulan ke sebab suami hantar ke...macam-macam persoalan lah.

Aku dah banned restoran tu semata-mata dia panggil aku surirumah. Tak pegi dah dan tak rekomen kat kawan-kawan whatsoever.
Funny.... :)

Tuesday, June 5, 2012

Apa ada dengan beg Coach?

Sebenarnya aku tak faham kenapa wanita sanggup beli beg harga beribu ringgit...
Kalau memang mampu, duit tak toroh nak wat per, takpelah.
Yang kesian bila ada yang sanggup bayar bulan semata nak pakai beg Coach...pathetic.
Baik beli barang emas, boleh bagi anak cucu cicit nanti.

Jadi aku pun surf internet, why women love Coach bag...dapatlah jawapannya...kualiti memang tinggi tapi made in China jer. Adalah yang made in Italy, tapi some made in China. Okey...apa-apalah.
Kalau pakai untuk kepuasan diri maybe okey boleh diterima pakai.
Kalau pakai nak menunjuk...please-lah. Who cares? Kat FB banyak iklan jual beg ni.
Beg aku paling mahal....tupun hubby yang beli kat US. Kat sana murah jer. Beg Liz Clairborne pun 10-20 USD jer. Out of season punya...Hubby aku main rembat jer dia bukan tau apa brand handbag ni.
Kalau aku beli sendiri, beli kat katalog jer...takdelah mahal...aku tak mampu pun.
Comel kan beg ni? beg ni jenama Cael Deon. RM69.00. Beg katalog.

Bukan apa, bulan lepas ada minah ni tetiba out of the blue call aku minta tolong tengokkan bag Coach yang kebetulan ada di Kulim. Ada sorang blogger jual beg ni murah...murah pun RM500 ke atas beb. Beg buh duit syiling pun RM300!!! Masalahnya si blogger ni acuh tak acuh bila aku tanya. Dia bagi address tapi address salah. Handphone pula asyik tutup. Yelah minah satu lagi suh gi tengok beg. Takpelah boleh gi tengok, masalahnya minah blogger ni. Ntah beg palsu...dipendekkan cerita, tetiba minah yang nak beli ni pi kutuk aku lak kata tanak tolong dia bersungguh-sungguh. La, aku yang sibuk tepon/sms si blogger haram ni buang masa jer taw. Dahlah meluat kat beg Coach. Minah yang nak beli ni relative aku tapi takde blood relation la (minta simpang). Cuma kawen dengan mine. Sesuka hati 'label'kan aku pulak. Aku ni orang baik taw...Aku bagitau mak, dia kata, takyah layan minah senget ni, takde mentaliti punya orang. Biarlah. Tapi aku bagitau mak, nanti Raya kalau dia ada rumah, saya tak mau balik. Tak mau jumpak dia...Raya ke bila ker...Dah lah menyusahkan aku, kutuk aku pulak, ingat aku tak tau dia kata kat aku...apelah. Biarlah kalau dia baca pun peduli apa aku. Berlagak...macam kaya. Keja gomen jer pun...hutang je banyak.

Dah puas hati meluahkan perasaan yang terbuku sejak sebulan lepas. Nanti hujung tahun ni bila hubby aku pi US, dah suh dia borong beg Coach banyak-banyak...Biarlah!!!

Baca lagi: apa-ada-dengan-beg-coach-bahagian-2

Monday, June 4, 2012

Stupid ME

Story cut short,
last fortnight ago, there was a customer...
who paid by cheque...
stupid me, take for granted that it had been cleared by the bank...
Never check the transaction again, actually it just floated, not cleared...
Just realized that it bounced because got a letter from my bank...
The cheque has no date...cek tertunda?

So, I lost my stocks and couple of hundreds...
Tried to contact the customer but the customer did not reply my email...gonna email her 3 times.
I hope she accidentally forgot to write the date, not purposely.
No, I won't take any action, just ban her from my site.

Maybe it's not mine. Not my rezeqi. I pasrah...
It just a couple of bucks...
Never happen again.

Sunday, June 3, 2012

Semangat Mengkait

Semalam, seharian layan maraton Revenge....tu pun tak habis. Hari ni sambung.
Semalam patutnya ada Therapi Sesion tetapi ku terlupa, patut la ada reminder kat tablet tapi bila dah tengok, sudah terlambat...miss K pun telefon, Alamak!!! Maaf Miss K, kita tunda lagi 2 minggu. Kali ni set reminder 24hours before....

Cerita Revenge, best....sebab pelakon Emily VanCamp tu cantik....memang suka tengok dia berlakon, ala-ala girls next door gitu...Storyline pun menarik la...
Penat...Desperate housewife ada lagi 4 episod. Grey's Anatomy 8, tak start lagi....

Semalam, ntah tiba-tiba tengok bakul crochet....lamanya tak sentuh. Benang banyak lagi. Cuma jarum takde yang sesuai. Kat Kulim ni takde kedai jual jarum besar 5mm ke atas, semua jenis kecil-kecil...
Buka page Theresa Richardson, ada snow cap yang ada dandan kat earflap. comel....nak buat!!!
Pastu surf gambar crochet purse....COMEL....nak buat!!! Nak jual!!!
Takpelah, aku beli online jelah, terjumpa pulak website Daknit, memang dah bookmark blog dia dulu...tapi tak buka...WAHHHH!!!! Banyaknya hooks!!!! Benang pun banyak!!!! BELI BELI BELI....ha ha ha. Tidur lambar layan Daknit. ----->http://yarnsonlineshop.com/

Nak buat satu hari ni.... :)

Projek Berjaya

Projek Fail

Projek Berjaya

Fail

Friday, June 1, 2012

Sahabatku....

Kepada sahabatku, sabarlah yer...memang jadi auswipe ni ada ups and mostly down...
Aku dah kurang sikit down sebab boleh keluar sejak ada kedai nie. At least there is somewhere for me to go instead of terperuk di rumah...Walaupun working from home, you still need other adults interaction, right? other that hubby and in laws or talking to mom.
Nanti bila aku ada idea business aku akan suggest you okay? I have lots of ideas.
You might feel that you have nothing. Me too, I have no harta. No car, ho house. I sold my car. I live in my hubby's house. My sisters all have harta benda...I have nothing. Remember you have people you love and they love you. You can be with them all the time...right?
Harta yang sebaiknya ialah anak-anak yang bertakwa. Semua harta benda rumah kereta, semua nanti tinggal bila kita mati. Tak guna sesen pun...takpe...biarlah ya. Tengok, bila dah berharta, orang akan mula sombong, pandang rendah kat orang....pakai beg coach mulalah nak membebel kat FB beg mahal...
Janji kita kaya budi bahasa kuat iman...
Don't be sad my dear. I love you. Hope can hug you... :((

(sebenarnya nak tulis pasal beg coach, later yer)

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...