Sunday, September 2, 2012

Apa ada dengan beg COACH bahagian 2

Akhirnya...dapat jugak sebiji beg Coach.
Sempena hubbyku pergi ke usa baru-baru ni, kami pun telah mengonline shopping kat Amazon.com.
Hasilnya:
Lambakkan beg-beg telah dibeli.
Pada mulanya memang rasa takmaulah beli beg coach...sebab rasa macam mahal walaupun lepas diskaun. Pastu teriba, masa sambutan Birthday Adam, my BFF telah berkunjung ke rumah dengan membawa beg COACH! Dia pakai apa tue....Coach Signature Stripe Tote tote kecik jer tapi harga kalau kat Malaysia ni mau tau la...680++ gak. Dia suh hubby dia beli masa kerja kat US jugak la. Dalam USD150 jer. Dalam hati, ni tak boleh jadi ni. Pastu terus pergi Amazon dan beli. Pada waktu tu, hubby dah belikan beg lain untukku. Sebab dah bagitau tak nak beg Coach. Mahal sangat. Jadi tak sampai hati suruh dia bayar lagi dek mengikut nafsu aku ni...
Beg Coach ni takde jual kat Malaysia...sebab dulu dah cuba search cari nak tahu berapa harga dalam RM kat dalam Malaysia. Tajuk beg tu: Coach SOHO Optic Linen Flap Shoulder Bag Handbag. Haa, kalau retail kat sana dia tulis harganya: USD348.00 mau pengsan tengok price tag. Tapi...beli kat Amazon depa jual USD130 saja. Shipping USD19. So, bayar RM470.00. Murah jugak la. Tapi kalau depa jual kat Malaysia ni mungkin RM348.00 x 3.1 = RM1078 ++. ERKKK!!!
Sapa-sapa nak beli beg COACH sila order kat sesapa yang nak gi USA yer. Takyah ler beli kat sini memang mahal. (Note: Beli online di Amazon dan ship to my hubby's friend di sana, FYI, Amazon tak ship ke Malaysia)

APA ADA YG BEST SANGAT TUE? SAMPAI AKU TERMASUK DALAM GOLONGAN NI?
Jahitan memang kemaslah...no bulu. jahit pemati pun taktau dimana. Kualiti memang top. Lagi...mungkin terasa riak dan takbur bila pakai. Macam pakai kereta mahal la bagi golongan perempuan ni. Hubby kata, kaler macam baru kuar mesin basuh jer. Apa yang istimewa sangat?...bagi orang yang suka beg Coach, sekilas pandang pun tau, itu COACH! Walaupun wrislet kecik aku dapat detect...Aku ni pun tak pasal-pasal termasuk dalam ' fashionable thing to do in Malaysia'.

Maaf gambaq tak jelas...pakai tablet saja.

Dalamnya ada 2 bahagian...sesuai nak letakkan lampin.

Ni kalau jual kat Malaysia laris ni.

Beg lain beli: Biasa je, Guess & satu lagi beli sebab ada chain kat tali beg...
Beg G dalam RM150 saja.

Beg ni boleh masuk tablet kat dalam...harga USD68. Maaf, si Oren menyibuk kat belakang. Hubby kata macam beli kat pasar malam...kat pasar malam takde macam ni. Especially segment kat bahagian dalam beg memang kemasan teliti. Suka sangat kat rantai kiri kanan tu. Jumpa jenis ni masa tengok desperate housewife...cari punya cari jumpa satu saja dalam Amazon...tak kira apa brand, beli jer.
Takde bulu-bulu...jahitan mati tak nampak. Itu beza utama beg murah & mahal.


Lagi beli nose pad...penat cari di Malaysia tak jumpa.
Lepas ni spek mata tak melurut especially semasa basuh anak lepas buang air di tandas...he he he


Hubby i hanya beli tupperware...

Adik aku punya beg pesanan...beg Hello Kitty...(hello kitty?) Adik i memang kebudak-budakan walaupun status makcik.

*** Penulisanku mungkin membuatkan orang terasa hati. Jika ada, maaflah. Blog ni hanya untukku meluahkan perasaan. Juga bukan untuk menunjuk ke apa ke...hanya berkongsi idea dan pendapat. Jangan ada orang nak berdakwah kat sini pula ya. Sekian terima kasih di atas budi bicara masing-masing. Yang baik dari Allah, yang buruk dari diri sendiri...

apa-ada-dengan-beg-coach

No comments:

Post a Comment

Congenital Scoliosis Hemivertebra Excision Part 2

How Aisha's Spine Looks Like (Image from google). The 2nd one : Complete unilateral failure of formation. Image from google For...