Thursday, March 1, 2012

I kempunan...

Aku nak soping...baju, seluar, dalaman...
Pagi tadi dah beli kasut. Balik tanyak en hubby, cantik tak? dia tengok...sama jer macam hat dulu...katanya.

Memang sama! Tak pun lebih kurang...kaler coklat gelap, bentuk wedges. Tulah kasut aku. Kat pekan Kulim ni, takde lah tempat sopin yang seronok...oklah beli kasut XES tu. Selesa dan tahan lasak juga. Teringat masa kerja dulu kasut aku banyak...beli almari simpan kasut. Hari-hari tukar ganti. Lani...takde nafsu la nak berkasut banyak. Bila dah nampak buruk, baru beli lain...hat lama ok lagi. Hantaq pi derma. Buat charity sikit. Maybe next week beli sepasang lagi kot. Saja syiok-syiok. Gila. Takde benda nak buat...beli beli beli. Kena bagi sokongan gak kat kedai di Tesco dan Giant tu. Nanti tutup saper susah? aku gak. Mana nak sopin? 

Cari baju...takde lah yang sesuai ngan aku. Seluaq? takde jugak. Seluaq yang muat dengan aku lani  ada 3 helai saja...yang len semua yang dalam transition phase punya. Longgar...kalau naik berat sikit baru buleh sarung balik...jeans pun pakai yang 4 tahun lepas punya. Letak getah bagi ketat...tapi jadi tak selesa pula. Susah gak ada bentuk badan cam aku ni....sigh. 

Ajak mr hubby pi teman i sopin kat Jusco Bandar Perda, dia takmau...bosan la laki ni...
Takpe, dah ajak kak Nori. Tapi bila nak gi...Dia kata next week. I need to upgrade my wardrobe...semua baju buruk. Baju yang beli online pulak, pendek la, kain panas, ketat terlebih...lastly semua simpan. RUGI. Tak suka soping baju online...

Sebelum tidur, sudah menjadi tugasku tuk menyapu sampah...mop? not tonite. Keep all the toys and clear the dirty dishes. Buat teh panas, tengok TV till 1 am while surfing internet then sleep...Esok, banyak kerja kedai jugak nak settle. Barang pun banyak dah sold out. Tengah fikir samada nak beli stok sekarang atau tunggu dulu...Esok, nak tulis about speech therapy. Lupa nak update...Esok, semoga lebih dimurahkan rezeki. Esok hari Jumaat.

No comments:

Post a Comment