Wednesday, March 14, 2012

Mom...sudahla.

Kereta aku tu...sound sistem rosak. Tak boleh dengar sound...
Entah bila si hubby nak bawak ke kedai baiki...i tak tau.

Kalau tidak, biasanya akan pasang dvd grolier bagi budak-budak tengok. Bolehlah concentrate bawa kereta.
Oleh disebabkan radio rosak...aku pun suruh la Adam nyanyi lagu...apa-apalah lagu dia nyanyi...twinkle2 little star dah lulus, wonderpets...bolehlah. Happy birthday pun dah lulus...kereta kecil, belum lulus...macam-macam lagilah. Dia ni tak boleh diam...lompat, jerit, kacau adik...aku pun buleh hilang anak tekak la...penat tau layan anak seharian.

Tadi petang, masa perjalanan balik rumah tu, suruh dia bilang 1,2,3....aku pun bilang sekali. 1,2,3,4......10......20....25,26.27...tiba-tiba dia tepuk belakang, "MOM, sudah la. sudah"...Aiyoh...itulah Adam ni. Nak tergelak aku...seronok juga bila dia dah buleh cakap. Walaupun pening kepala layan dan cuba teka apa yang nak dicakapkannya... 

No comments:

Post a Comment

Akhirnya home school menjadi pilihan - No more cry

Sebenarnya home school adalah pilihan terakhir mama.... Sebabnya mama tak yakin dapat mendidik anak mama ni sebaik cikgu2 di luar sana. M...